I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 30, 2012

Testing Blog~

Cubaan..cubaan..1,2,3....

*Cubaan blog untuk kau Puan CT...hihih

Monday, October 29, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU BOB~

Tanggal 21 Okt 2012, Mohd Safuan a.k.a Bob selamat dinikahkan dengan Isterinya Zuhriana. Tahniah! Tak sangka dah kawen dah abg aku sorang nie. Aku memang anggap Bob ni macam abg aku sendiri. And untuk pengetahuan korang jugak, bob nie lah yg dah kenalkan aku dengan ipin. Tak sangka, dia kawen dulu. Jodoh-jodoh~.

Okay, ni aku tunjuk sikit gambar dihari perkahwinan beliau. Tak sempat nak amik semua sebab terlampau buzy sangat pengantin kite ni :-
Aku dan Bob~

 Lain keje kami. he3

Ni lagi teruk hi3

Ape2 pun aku ucapkan tahniah sekali lagi dekat Bob. Jage bini2 elok yer. Sayangilah bini anda =)

MC

As'kum and hai !!

Hari ni MC daripada g kerja. Demam rasa nak pitam. Bangun pagi macam biasa, tapi tetiba rasa nak pitam. Lepas 20 minit duduk depan cermin, baru decide tak nak g kerja sebab takut nanti pitam plak dalam msa otw nk pergi kerja. Sape nak tolong???.

Mata pun tetiba plak bengkak bangun2 tadi. Adoi, sakit mata plak ke..rasa nye tak. Sebab tak merah pun, cume rasa tak selesa. Kejap  lagi nak g klinik nak check and amik MC sekali. Nasib~.

Jauh di sudut hati risau sebenarnye. sebab hari ni kan hari isnin. Bos aku plak sebelum raya dia dah cuti 2 hari. Hari ni dia masuk opis mesti banyak kerja yang tertangguh and perlukan approval dia. So, aku mintak tlg ain untuk tolong pass kan pada bos aku.

Semoga esok mata nie okay. =)

Thursday, October 25, 2012

Hai ~

Assalammualaikum and Hai !.
Lama giler aku tak update blog aku nie, dah berabuk dah..fuh..fuh~~.
Aku rasa lebih 6 bulan kot aku tak update blog sebab ape almaklumlah buzy dengan kerja katakan.
Oh, sebelum aku terlupa aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, selamat balik ke kampung. Aku nie belum pun start cuti lagi taw, hari2 terakhir pun still lagi bekerja. Tapi orang lain yang sibuk tanya dekat aku dapat kerja half day ke tidak sebab diorang nak aku tolong tanyakan pada bos aku. Memang TAK lah kan.

Kalau korang nak sangat half day napa taknak amik jek cuti awal-awal, skunk taim2 nie plak nak mintak cuti  dengan aku. Kalau aku bos takpelah, nie nak mintak aku tanyakan bos aku boleh amik half day ke tidak. Kunk tak pasal-pasal nama aku jugak buruk, bukan nama diorang. Kunk tak pasal-pasal bos aku ingat aku plak yang yer-yer nak balik awal. Amik cuti taknak kan.Konon-konon nak jimat cuti lah gamaknye. Puih~.

Oh, korang ape cerita? sihat ke? dha membebel banyak-banyak baru nak tanya khabar korang kan?. hehehehe. Sorry lah, lepas kan geram dulu apa-apa pun. Dah nama pun blog aku, suke hati aku lah nak tulis ape dulu. weeeee~~

Ha, ni aku tengah sibuk macam mane aku nak un-Private kan blog aku nie..waaaa!!. Dulu blog ni lain, sebab guna yahoo, lepas tu skunk nak bukak pun kena guna google akaun, tapi aku tak tukar pun lagi. adoi, nak explain dekat korang pun aku sendiri dah pening nie. =)

Eh, nanti kite sambung lagi yer. Tapi tak tahulah bile lagi aku dapat update =). Bye guys!

Wednesday, August 1, 2012

Kembali =D

Assalammualaikum dan salam ramadhan semua =). Tak terlewat kot kalau aku nak ucapkan selamat berpuasa dan meyambut bulan ramadhan al mubarak pada semua kan?. Pose jangan tak pose taw. 

Lama dah aku tak menulis dekat blog nie, bukan ape aku jadi malas sebab ada a few bebudak ofis yang suke nak stalker-stalker blog aku ni. Tak tahu lah ape masalah diorang sampai sanggup cari dekat google pasal blog aku yg tak bape nk famous nie. Lepas tu asal jumpe aku nk sibuk nak citer2 pasal blog aku ni.  Amik kau , kan skunk aku dah privatekan blog aku ni, hanya yg diinvite sahaja boleh baca. bahaya lah staff dekat ofis aku nie. Diorang semua suke jadi PENYIBUK ANTARABANGSA. 

Banyak benda nak cerita sebenarnya, tapi tak tahu nk mule kan dari mana dan mana satu. Banyak benda yang berlaku lately..Takpelah, nanti-nanti lah cerita, tak pun lupe kan aje, kite start dengan cerita baru. Okaylah, Jumpe lagi. 

Tuesday, January 3, 2012

December Trip..LANGKAWI ~!!!!!

Sebelum aku bercerita dengan lanjutnya, aku rasa better aku wish dulu, sbelum terlupa.

SELAMAT TAHUN BARU
Semoga Azam baru korang tahun nie dapat dicapai seperti tahun-tahun yang lepas =D
Kalau mana yg tak tercapai lagi tu, korang forward lah ke tahun nie yer. hehe

Ok. Sila duduk dengan selesa, kedudukan kerusi dan punggung anda semua perlulah selesa, sebab sesi penceritaan aku nie panjang taw. Agak-agak korang dah penat nak baca boleh sambung kemudian sebab aku punye cerita nie banyak sambungan nya. hehe. Kalau nak sediakan cekedis ke, minuman ke, sila kan..silakan..jangan malu-malu yer =D.

Untuk pengetahuan korang start dari 29 Disember 2011 - 2 Jan 2012 aku bercuti. Memang lah 31 Dis 2011 - 2 Jan 2012 public holiday, tapi yg dua hari tu, aku amik cuti. Tak pernah-pernah dalam sejarah selama aku bekerja di SUHAKAM nie aku amik cuti yang bagi aku agak lama lah. 2 hari. Bos aku memang tak boleh nak cakap apa lah, ini hak aku untuk bercuti kan, lagipun bukan selalu aku bercuti. =D

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kemana aku pergi cuti lama-lama kan?????. Ini yang aku nak cerita nie. Aku, Ain dan Kak Zety pergi bercuti ke Langkawi!. kitorang bercuti selama 3 h 2 m.

Bertolak dari KL 29 Disember 2011 jam 11 pm, dekat Puduraya, Kuala Lumpur. Aku bertolak dari rumah jam 5.30 pm. Ayah aku yang hantar aku ke KTM Nilai. Dalam perjalanan ke KTM Nilai, tiba-tiba aku dapat mesej dari Ipin. Ipin bagitahu yang dia ada dekat KTM Nilai tengah tgu aku dekat sana. Aku masa tu dah pelik sekejap, pahal tetiba mamat nie ada dekat KTM tu. Nak buat ape dia kat stu, nak hantar aku ke?. Bila aku tanya Ipin, Ipin kata dia saja nak hantar aku, even tak dapat hantar sampai Pudu, hantar sampai KTM Nilai pun takpelah. So sweet~!!!, terharu sekejap =D. Sempat jugak aku lepak dengan dia dekat KTM tu dalam 20 minit. 5.50 pm, KTM ke Rawang pun sampai.

7.00 pm, tiba di Sogo. Sebab kitorang decide nak berkumpul di Sogo ramai-ramai dekat sana. Kak zety sampai dulu, dan dia tunggu aku dekat Secret Recepi (SR). Jumpa dengan Kak zety, kitorang call Ain, so bincang-bincang kitorang decide nak tunggu Ain dengan Apit dekat Pizza Hut Maju Junction. Apit nie kira dia murah hati nak hantar kitorang dekat Puduraya. Alhamdullilah, senang kerja kitorang =D. Tak payah nak susah payah naik cab ke LRT ke nak ke Pudu. Sebelum Apit hantar kitorang ke Pudu, kitorang pergi makan dulu. Kebetulan Ct pun join jugak hantar kitorang. Kitorang semua makan dekat Sukhumvit (Makanan Thailand).

9.30 pm, kitorang pun bergerak ke Pudu. Sebelum Apit hantar kitorang, Apit hantar Ct dulu dekat parking kereta dia. Sebab takut nanti kalau Ct ikut hantar kitorang, dia sampai rumah lewat malam pulak. Lepas jek hantar Ct, kitorang terus ke Pudu. Apit hantar kitorang dekat tepi jalan jek sebab dia malas nak masuk cari parking dekat sana. Sempat lagi dia jadi macam bapak kitorang pesan itu ini =D. Lagi satu pesan Tshirt Langkawi untuk cenderamata dia. Dalam Pudu, sebelum nak naik bus perlulah ke ladies dulu, sebab perjalanan dah lah jauh nie. Kunk kalau nak membuang, nak membuang kat mana kan. Toilet first yang kitorang pergi, dah siap bayar 30$ sorang nie, masuk-masuk jek TAKDE AIR plak. Adoiyai~. Bukan nak bgtahu awal-awal. Nak untung diorang jek. Terpakse pergi ke toilet kedua. Nasib toilet tu ada air.

11.00 pm, kitorang pun naik bus ke Kuala Perlis. Bus yang dinaiki ialah PLUSLINER. Dalam bus, kebanyakannya student, lelaki plak tu. Ramai giler. Aku rasa hampir separuh dari penumpang bus tu adalah geng2 diorang. Aku, Kak Zety dan Ain duduk sebaris dan duduk dihadapan bebudak tu. Nasib-nasib. Al maklumlah, perjalanan nye jauh, jadi haruslah kitorang rendah kan sikit kerusi nie untuk kitorang tidur dan demi keselasaan kitorang. Bila nak turun kan sit, tiba-tiba "ADUH". Budak lelaki belakang aku nie menjerit. Bukannya betul-betul pun, dia saja nak kenakan kitorang lah tu. Lepas tu, siap perli kitorang " Turunkanlah sit tu, nak baring pun takpe". Ciss~!!!. Perjalanan memang lama. Mata aku pun tak leh nak lelap sangat. Pejam celik masih lagi tak sampai-sampai. kematu punggung weyh~. Kitorang dijangka tiba 6.30 am macam tu. Dalam bus sangat-sangat sejuk, nak tidur pun tak selasa sangat sebab duduk kan, dengan sejuknya lagi. Kitorang sampai Kuala Perlis awal sejam jugak. Kitorang patut sampai sana 6.30 am, tapi 5.30 am dah sampai bus stand Kuala Perlis.

Disebabkan kitorang sampai sana awal, kena lah tunggu sekejap sebab jeti bukak pukul 6.15 am. Dengan barang yg banyak, kena beratur lagi. Fuhh~..seksa giler. Tuhan jek yang tahu. Sambil-sambil tunggu tu ada lah beberapa orang agent nie datang nak tarik kitorang join Island Hopping. Island Hopping nie ialah macam lawatan ke 3 buah tempat iaitu Pulau Beras Basah, Tengok helang dan Tasik Dayang Bunting. Untuk ketiga-tiga tempat nie masing -masing ada cerita tersendiri. Nanti aku akan cerita kan di next paragraph atau next post =D.Untuk pergi ke tiga-tiga tempat nie, sorang kena bayar RM 35 per pax. Seronok tu seronok jugak sebab berpeluang naik bot yang selama nie aku pun tak pernah naik. Pengalaman baru nie.

Then, kena beratur plak untuk beli tiket ferry, dewasa RM 18.00, kanak-kanak RM 13.00. Beratur memang tak payah cakap lah, panjang giler. sebab masing-masing kalau boleh nak naik ferry pukul 7.00 am. Senang nak tunggu giliran kitorang, tetiba datang sorang makcik dengan anak dia. Mula-mula kitorang buat bodoh jek, makcik tu plak macam suruh anak dia duduk tepi jauh daripada dia. makcik tu datang-datang tanya kitorang dari mana?, student ke?. Kitorang buat bodoh jelah, sebab dah tahu makcik nie macam nak potong barisan kitorang jek. Kitorang mula-mula tak nak bagi chance. Siap dia kata kitorang loghat n lagi satu dia siap cakap "kalau bukan orang cnie, buat cara bukan orang cnie". Chit~!!!, apa kau ingat kitorang takut?, kitorang pk kau tu orang tua jek, kalau tak lama dah aku hentak dekat ctu. Pakcik-pakcik yang kat belakang kitorang nie pun siap cakap " aik, makcik ni suka-suka hati jek potong barisan. Tapi takleh watpe, tengok makcik tu pun macam orang tak betul jek. Dapat jek naik ferry, dengan perasaan excitednye, kitorang terus jek menonong duduk tanpa tengok nombor tempat duduk yang ada pada tiket ferry tu. Gamble tak kitorang? hehehe. Padahal, sebenarnya kitorang tak tahu dan tak perasan yang nombor tempat duduk tu ada dekat tiket, sbb dia tulis tangan jek. Tulisan pun halus no.

Kitorang tersedar pun sebab tengok penumpang-penumpang lain macam duk kalut jek cari tempat duduk. Kalau tak salah aku Ain atau Kak Zety yang perasan setiap tempat tu ada nombor tempat duduk. Cek untuk kali kedua. Aah!! memang ada nombor lah. Apa lagi, kelam kabut lah kitorang tukar tempat, nasib pemilik asal tempat yg kitorang duduk tu tak sampai lagi. Kalau tak sure malu weyh! hehehe. Kerusi dia keras, nak tidur pun tak selasa. Perjalanan mengambil masa satu jam. Naik jam 7.00 am sampai jam 8.15 am di Langkawi. Turun jek dari ferry, kitorang terus lah call akak kereta sewa. Sebab plan kitorang turun jek dari ferry, nak terus berjalan, sebab kitorang check in hotel pukul 3.00 pm. Lambatkan?. telefon pemilik kereta sewa, kakak tu boleh cakap dengan kitorang yang dia mungkin lambat sampai. So, dia suruh kitorang cari kereta sewa lain sementara tu. Ada ke patut??, patut tak? patut tak?, tak patutkan????. Nasiblah kebetulan ada sorang bro nie, dia sewakan kereta dia rendah berbanding harga yang kakak tu bagi kat kitorang. Dekat kaka tu dia bagi Saga BLM- RM 180 untuk 3 hari, dekat bro tu plak Wira - RM 140 untuk 3 hari. Ok lah tu, janji ada kereta kan?. dah selesai pembayaran semua, dia tunjuk ereta. Masyallah...buruknya kereta dia. Tang lua memang cantik, kira berkilat lah, nampak elok, tak macam yg dekat dalam. Dalam kereta tu plak, kusyen kereta dah berlubang-lubang, enjin macam motobot. Aku rasa kereta dia enjin turbo kot. Bunyi pun semacam jek. hehehe. Layan lah, janji ada kereta =D.

Dapat kereta, lenjan lah. First tempat yang kitorang pergi lepas dah breakfast semua ialah Makam Mahsuri. Best lah jugak tempat tu. Pergi telaga mahsuri, sempat amik gambar lagi, gambar tu nanti dia akan letak dalam piring dan dijual pada kita RM 10.00 sebagai kenangan. Hasil gambar tu memang superb lah. Putih melepak weyh kulit kitorang, edit punye pasal, ialah kamera yang digunakan pun kamera Yuna. Alah canon warna merah tu. Ada lah jugak dalam 1 jam kitorang duduk pusing-pusing dekat dalam makam mahsuri tu. Cuaca memang panas terik, maklumlah duduk kawasan pulau kan. Lepas keluar dari Makam Mahsuri kitorang decide untuk check in hotel. Harap-harap boleh check in awal. Masa tu baru pukul 12.00 pm. Try tanya dekat reception hotel, diorang kata boleh check in awal, asalkan ada bilik. Hotel yang kitorang menginap ialah Eagle Bay berdekatan dengan jeti dan pekan Kuah. Masa tu memang luck lah, ada bilik, so balik bilik terus rehat-rehat jap, mandi dan keluar balik. lepas dah balik berehat dan mandi, kitorang keluar untuk makan dan jalan-jalan area pekan Kuah. Masa tu masing -masing rasa nak shopping. Jadi, kitorang pun shopping sakan lah~!. Beli coklat, cenderahati utk keluarga dan kawan2, perfume, baju dan banyak lagi lah. Malam pun sambung lagi shopping, dasat kan kitorang. hahaha. Habis ratus-ratus dekat ctu, aku rasa coklat jek yang banyak. Adoi~~~.

Hari Kedua:

Pagi-pagi lah kitorang dah bangun. Masing excited nak pergi Island Hopping. Alah yang kitorang bayar RM 35 per pax tu. Pihak agent tu akan amik kitorang dekat hotel jam 9.00 am. Tunggu punye tunggu, mamat Van tu pun sampai. Sebelum dia hantar kitorang ke jeti, dia kena amik penumpang lain jugak. Penumpang yang seterusnya nie Jejaka..uuuuuuu~~~.. tapi..muke nak kata boleh tahan pun tak lah jugak. Stok macam gay jek aku tengok. Dalam Van tu kitorang rasa macam 3 couple plak, mne taknya, kitorang 3 orang pakai baju hitam, mamat 3 ekor tu pun pakai baju hitam jugak. Kitorang duduk belakang, diorang duduk bahagian depan, kire depan kitorang lah jugak. Sampai di jeti, kena tunggu dalam 5-10 minit jugaklah, sebab nak tunggu bot sampai kan. Sempat lagi tu berposing-posing. memang kitorang tak lekang lah dari kamera. Mana-mana pergi asyik snap picture jek. hehehe

Bila bot sampai kitorang dapat duduk dekat bahagian belakang sekali. Sebab mamat Van tu kata kalau nak rasa seronok and tak nak terasa sangat ombak dia, duduk lah bahagian belakang. Kitorang pun dengan senang hati dan excitednya duduk lah bahagian belakang. Pemandu bot kitorang memang bawak laju giler. Anggaran masa dari jeti ke tempat pertama yang kitorang nak pergi tu dalam 20 minit. Pemandu bot tu pon bawak pun memang laju, jadi cepatlah sampai nya.

Masa dekat Pulau Beras Basah tu tak tahulah apa yang bestnya. Rasa macam biasa jek. Pantai duduk lepak-lepak. Ok lah. Dekat ctu kitorang amik-amik gambar, leka lepak-lepak. Masa nak otw balik, kitorang sempat amik gmbr dekat nama pulau tu, kire macam ada tugu lah. Masa nak take turn amik gambar, ada lah sekumpulan budak-budak remaja nie, aku bajet macam student. Kitorang mintak tolong diorang amik kan gambar kitorang. Dan-dan plak diorang nak nyibuk sekali nak enter frame dalam gambar. Layankan jelah. Yang tak tahan siap amik pakai kamera DSKR diorang tu. Ape lagi emel-emel lah lepas nie yer. hehehe

Sedang syok2 snap gambar. Masing-masing dah borink dekat Pulau Beras Basah tu, tak tahu nak buat ape, kitorang pun nak gerak lah ke bot kitorang. Usha punye usha, tak nampak pon bot. Dalam hati dah terdetik, jangan2 bot dah tinggalkan kitorang. Tetiba aku nampak bot, lantas menjerit " Itu bot kite!!!!, bot dah gerak, tinggalkan kita!!", Ain dengan teruja nye berlari-lari ke arah bot sambil tangan lambai2 ke arah bot. Aku dengan kak zety still cover cun lagi. hahaha. Kitorang perasan yang bebudak laki tiga orang tu gelakkan kitorang berdekah-dekah. Ciss!. Dah lah bot tu tak nak berhenty dekat jeti, dia turun dan amik kitorang dekat tepi pantai jek. Kena panjat plak bot tu satu hal. Ingat kitorang nie biasa ke panjat2 bot?. Daripada elok-elok jek duduk belakang, akibat lambat kitorang kenalah duduk dekat depan sekali. Couple tu duduk tengah2, laki2 3 orang tu duduk belakang sekali. Sang couple tu siap perli-perli kitorang tu, ada ke diorang kata kitorang nie MELAYU MUDAH LUPA. Loghat betul *kan dah keluar bahasa kedah*. Takpe-takpe, kitorang akan balas balik.

Disebabkan kitorang duduk depan sekali, pemandu bot tu pun bawak bot tak pyah cakap lah, laju giler!. Topi kitorang macam nak tercabut dah weyh. Ombak dah lah kuat, melambung-lambung kitorang, pemandu bot tu siap buat lap lagi. Apa lagi menjerit-jerit lah kitorang. Takut weyh. Second tempat yang kitorang pergi ialah tengok helang. Kat cnie takde yang best pun, biasa-biasa jek. Pemandu tu siap offer kitorang nak pergi tengok ikan. tapi sorang kena bayr RM10. Masing-masing mintak persetujuan kitorang. Semua nak tunggu kata putus dari kitorang. Apa lah. So, kitorang decide tak nak pergi. Alah, borink lah tengok ikan. Next, kitorang pergi TASIK DAYANG BUNTING. Dekat tasik dayang bunting nie, kitorang plan nak majalkan diorang plak. hahahahaha*gelak jahat*.

Tapi satu hal yang agak payah nak ke tasik nie ialah, kena daki tangga yang curam dan tinggi. Adoi!. memang tinggi weyh, sampai sekarang nie betis aku terasa sakit lagi tahu taw. Tapi demi nak pergi tengok tasik tu, cekalkan hati nak sampai jugak kat tasik tu. Tengah-tengah main air tasik tu, nampak 3 orang jejaka tu tengah beli apa tah. Tak silap aku dia amik jaket keselamatan sebab dia nak mandi kat tasik tu kot. Nie lah kesempatan kitorang nak kenakan diorang, kitorang nak tinggalkan diorang nak jadi orang first yang naik bot, sebelum tu sempat snap gambar diorang sebab nak masuk dlm blog nanti =D. Yang couple tu plak just jalan-jalan jek sampai makan jajan.

Bila kitorang tengok diorang 3 orang tu tengah syok jek mandi manda, kitorang pun cepat-cepat blah, takut diorang sedar yang kitorang dah takde. Kunk, bila diorang perasan, diorang kejar kitorang plak kan. Part nak naik tangga curam tu memang tak tahan lah. Tinggi giler weyh. Mencugap nak naik atas. Ape pun tak boleh lah macam nie. Adoi. Rasa nak tercabut nyawa kitorang. Pelancong punyelah ramai. Masa otw nak turun tu, boleh plak teserempak dengan bebudak yang amik gambar sama-sama dengan kitorang masa dekat Pulau Beras Basah tu.hehehe. Ramah giler diorang nie.

Sampai jek dekat jeti, duk tunggu pemandu bot kitorang punye lah lama. Dahlah, kitorang tak nak bebudak laki 3 orang tu sampai sebelum kitorang naik bot. Bila nampak jek pemandu kitorang sampai, cepat-cepat aku panggil dia. Kitorang laju jelah naik. Tapi couple tu dapat naik dulu, nasib diorang duduk tengah-tengah. Takde lah hal sangat. Sempat lagi aku perli couple tu "Kitorang taknak jadi MELAYU MUDAH LUPA". Mesti couple tu bengang kan. hahaha. jejaka 3 orang tu tak sampai-sampai lagi masa kitorang dah naik bot. Hahaha, padan muke diorang. Bila diorang sampai,diorang kena duduk bahagian depan sekali bot tu. Tapi yang bengangnye taim kitorang duduk depan kemain lagi pemandu bot tu buat lap lah, bawak laju giler. Tapi taim diorang yg duduk depan, takde pulak kena macam tu. Hangin tak? hangin tak?

Sampai jek dekat jeti, tiba-tiba nampak maca ada orang jual cenderamata. Cenderamata berbentuk pinggan, dalam pinggan tu ada gambar. Gambar kitorang diamik tanpa izin! arghhh...Dahlah gambar tu tak cantik, sebab kitorang amik tak ready kira mcm candid pun yer jugak. Tiba-tiba nak turun ke bot, ada orang sua kamera dia dekat depan kitorang. Kalau korang tiba-tiba ada orang yg korang tak kenali amik gambar korang mesti lah korang taknak kn, mana tahu dia nk buat jampi serapah ke?. Dahlah amik gambar kitorang tak ready, hasilnya memang tak cantiklah. Adoi~.Balik-balik dari Island Hopping, tengok ada gambar yg tak cantik tu, nak taknak kenalah beli, kalau tak sape lagi nak belikan. Satu pinggan tu harga dia RM10.

Panas memang panas. kak Zety siap beli sun block tu. Aku memang tak pernah pakai sun block dan tak pandai lagi nak pakai. Kak Zety lah yang ajar, sebab dia yang biasa pakai. Turun-turun jek dari bot, kitorang beli cenderamata tu, lepas tu terus pergi beli air dan aiskrim. Haus doh. Bgi menyejukkan badan katakan. Lepas tu, mamat van tu boleh tinggalkan kitorang sebab dia nak hantar 3 jejaka dengan couple tu dulu. Haish, kitorang lambat..lambat!!. Kalau tak mesti ada antara group diorang yang kena tinggal. Menyesal tak naik dulu cepat-cepat. Masing-masing sibuk nak beli aiskrim dengan air jek, mna taknye. hahaha.

Semasa tengah tunggu mamat van tu amik kitorang dekat jeti. Kitorang sempatlah makan aiskrim dan lepak-lepak dulu. Pemandu bot tu pon ada jugak. Sempat jugak borak-borak dengan dia, tapi...kitorang memang tak paham langsung bahasa kedah dia. Beberapa kali dia kena ulang percakapan dia. hehe. Maaf lah yer. Kami orang KL, N9 dan Perak. Kami paham bahasa ibunda kami jek, loghat-loghat nie tak paham.=S
Sekembalinya kami ke hotel, terus mandi-manda, rehatkan diri sekejap. Lepas tu terus bergerak untuk makan dan pergi ke Cabel Car plak. Ini part yang aku rasa paling best, first time nak naik cable car nie. Tengok dari bawah memang nampak kecuraman dia, tinggi weyh. Sumpah, berdebar-debar jugak.

Bila beratur memang tak payah cakap lah, panjang giler =S, ramai orang. Nasib awal2 kitorang dah beli tiket dekat abang kereta sewa masa hari pertama kitorang sampai dekat Langkawi. Untuk tiket masuk ke Cable Car nie bagi orang dewasa/kanak2 - RM 15 per person dan bagi pelancong asing - RM30 per person. Tapi disebabkan kitorang beli dekat agent dia, so, dapat lah murah RM1, so kitorang kena RM 14 jek. Ok lah kan. Jimat jugak. Masa nak tunggu turn naik cable car, kena beratur dulu. mak ai..panjang giler~. Tapi sabar menunggu. Nasib barisan dia agak cepat jugak, jadi takdelah tunggu lama.

Bila sampai turn kitorang, kitorang dapat naik 3 orang, lagi 3 orang ada satu family nie masuk. 2 makcik dengan 1 anak dia. so, ada lah dekat dalam tu 6 orang. Makcik tu mula-mula kemain lagi berani jek, bile dah sampai dekat atas, dia mula bising-bising. Kata itu ini. Dah lah memang kak zety sedia gayat kat dalam tu, sampai tak berani nak bukak mata dia, ditambah plak dengan makcik tu yang mulut macam longkang, siap berimiginasi sendiri dan cakap dengan kitorang "Kalau lah pintu nie terbukak, tak tahu lah ape nak jadi". Choi!! makcik nie, mulut..tak sayang weyh. Ada ke cakap macam tu. Orang yg sedia takut lagi lah bertambah takut. Tapi takpe, nasiblah makcik tu naik sekerat jalan jek. Masa dekat perhentian pertama, dia dah turun dan tak naik dengan kitorang dah. hahaha. Lega....

Masa dekat perhentian pertama, kitorang turun jugak, tapi disebabkan takde pape, kitorang naik cabel car utk perhentian kedua iaitu perhentian terakhir. Dekat perhentian nie best jugak, lagi tinggi, lepas tu dia ada laluan sendiri, tapi tak leh nak pergi ke laluan tu sebab angin tiup kuat sangat kan, sejuk, jadi diorang tutup dan tak benarkan pelancong masuk ke kawasan tu. Masa nak tunggu turn naik cable car untuk balik tu, tuhan jek yang tahu betapa panjang nye nak tunggu. Dengan ramai orang lagi, lepas tu keadaan dekat atas tu yang sejuk giler tahap mencucuk tulang, angin kuat, rasa macam nak melayang badan kitorang nie ditiup angin. Dapat jek naik cable car dah lega dah sebab takde lah sejuk sangat. Cable car tu memang goyang-goyang lah, sebab angin kuat kan. Cuak jugak bila angin bertiup tu.

Akhirnya, lega bila dah sampai bawah. Selamat jek kaki memijak bumi, hati pun lega giler. Lepas tu, sebelum nak keluar dari cable car tu, ada orang jual cenderamata. Alah macam yang dekat jeti masa nak pergi Island Hopping tu, masa dekat jeti nak pergi Island Hopping tu, kitorang punye gambar diambil tanpa izin, yang dekat Cable Car nie, kitorang memang nak amik. Tapi masalahnya bila turun and pergi dekat orang yang jual cenderamata tu, bila tanya harga mahal giler. Kalau yang dalam botol ada air tu - RM 50, kalau gambar sekeping jek RM 35. So, memang TAK lah kitorang nak beli. Mahal sangat kot. Keluar jek dari stu, kitorang jalan-jalan dekat area Oriental Village tu, tgk-tgk cenderamata. Sempat lah jugak kak zety dgn ain beli penanda buku dan keychain sebagai kenangan untuk kawan-kawan dan keluarga masing2. Lepas tu, kitorang ke kedai Haji Ismail Group lagi untuk beli coklat. Ini sebab ada lah sedara Kak Zety kirim untuk beli coklat. Kitorang pun shopping coklat lagi malam tu. Lepas tu, pergi makan dekat sebelah hotel kitorang ada kedai Thailand.

Masa tu kitorang plan nak pergi sambut New Year dekat Pantai Cenang. Pantai nie agak jauh jugak lah dari Pekan Kuah. Dengan buta-buta tak tahu jalan, kitorang main redah jek. Tengok banyak betul kereta malam tu,semua nak pergi sambut new year. Kitorang pun main follow jek. Sampai dekat stesen minyak, kenalah isi minyak dulukan, dah lah isi RM 40 jek dari hari pertama kitorang guna kereta tu. Untuk malam tu kitorang isi lah RM10. Isi ala kadar jek, sebab esok pagi tu kitorang nak balik dah. Sambil-sambil tu sempat jugak kitorang jumpa budak-budak motor nak pergi sambut New Year dekat pantai Cenang, ramai giler. Jumpa jugak satu couple Korea nie naik motor skuter lagi tau malam tu. Chumel sangat =D.

Sampai jek kitorang dekat Pantai cenang, memamg ramai lah orang dekat sana. Tak kire lah melayu, Cina, India, Kazastan, Mat Salleh. Diorang siap main pasir, nyanyi, joget. Memang meriah giler. Tak pernah lah aku sambut New Year semeriah tu bila dekat KL. Diorang lepaskan tanglung yg ada nama diorang ke langit. banyak giler =D. Memang cantik giler lah suasana malam tu. Rasa tak nak balik pun ada. Oh, lupa nak cerita. Kitorang ada buat satu benda, kitorang tulis impian dan cita-cita kitorang untuk tahun baru nie atas sekeping kertas setiap sorang, lepas tu, kitorang nak hanyutkan dekat laut.Sebelum nak hanyutkan kitorang puas cari botol kosong, tapi tak jumpa. Yang kitorang jumpa botol minuman keras banyaklah dekat pantai tu. last-last kitorang jumpa botol coca cola, itu pon lepas puas jugak lah kitorang usha dalam gelap-gelap tu. Bila dah masukkan dalam botol tu, kitorang nak lah baling dekat laut, tapi baling punye baling tak lepas - lepas jugak, asik-asik dia datang balik kat depan kitorang. Last-last kitorang decide nak tanam jelah botol impian kitorang tu dalam tanah. hahaha. Nanti hujung tahun 2012 nie, kalau kitorang datang lagi, mesti dah tumbuh pokok impian. hahaha *yer-yer jelah..korang jangan percaya plak* hahahaha.

Dalam pukul 12 lebih, kitorang pun gerak balik. yelah, esoknya kitorang nak kena balik KL plak. so, haruslah nak kemas-kemas baju semua kan. Dahlah, masa tu barang-barang semua tak packing lagi. Kitorang pun masa beli coklat tu sempat jugak beli beg yg macam orang Thailand jual barang tu. Alah beg plastik besar tu. Baru RM7. Aku dengan kak Zety amik saiz sederhana, Ain plak amik saiz kecil. Yelah, mahu nye tak beli, mana cukup nak bawak balik coklat-coklat yang kitorang beli tu. Macam aku, Coklat dah tentu2 aku beli, Baju 2 helai untuk ayah, Beg untuk mak, Keychain2 untuk adik2 aku, Perfume untuk aku dan ipin, Freeze magnet untuk aku =D, yang orang kirim lagi tak kire tu. Banyakkan?.

Sampai hotel mandi-mandi, terus pack barang. Dah siap pack, terus lah tidur. penat weyh. Pukul 7 pagi kena bangun sebab nak kena pergi beli tiket dekat jeti. Masa tu plak hujan jangan cakap lah, sejuk giler. Kitorang terpakse redah lah even hujan, kalau tak tak balik kitorang nanti. kitorang beli tiket jam 10.00 am, sampai sana pukul kira cantik lah pukul 11.15 am. Kitorang naik bas pukul 12.00 pm. Lepas jek beli tiket dekat ferry, kitorang balik ke hotel balik. Balik jek bilik, terus landing jap. Nantuk siot. Pukul 8.17 aku tersedar sebab ayah aku call. nasib ayah call kalau tak memang terlepas lah kitorang ferry kot. Kul 9 am kitorang keluar bilik, pergi breakfast dan check out. Dari bilik nak bawak barang, aduh..berat giler~~. Rasa nak patah tulang-tulang aku nie. Tapi masa kitorang check out tu, baru tersedar yang kunci bilik takde dengan kitorang, itu pun tersedar bila dekat reception diorang mintak remote tv.hahaha. Masing-masing dah kelam kabut, kak Zety tak pegang, Ain pun kata dia tak amik, kalau dekat aku memang lagi lah aku tak pernah nak tarik kalau nak keluar mana-mana. So, kitorang try check dalam bilik, mana tahu kalau tertinggal dalam bilik. Try mintak card lain untuk masuk bilik kitorang, bilik check memang betul ada dalam bilik tu. Alhamdullilah, kalau tak mesti kena bayar.

Dengan hujan yang agak lebat, kitorang pun gerak ke Jeti Pekan Kuah. Sampai sana kitorang serahkan kereta pada tuan punya badan. Dan terus amik barang bergerak ke jeti. Masa tu nak angkat barang lagi, punyelah berat weyh. Rasa nak keluarkan jek semua barang dekat ctu, then tinggalkan. Tapi sayang sebab dah bayar. hehe. Dari situ terus kitorang masuk ke jeti, masa tu hujan memang turun agak lebat. Orang pun ramai, jadi kena beratur untuk masuk ke ferry. Dengan bawak barang yg banyak, hujan lagi, sabar jelah menunggu. Bila dapat masuk, tiba-tiba ada sorang mamat nie sound kitorang dia kata "Lain kali masuk-masuk ja, terus lah tanya nombor sit berapa". Dahlah kitorang tengah bawak banyak barang nie, Ain pun jawablah "Manalah kitorang tahu", bukannya kitorang selalu naik pun, inilah pertama kalikan. Ei..bengang jek. Kalau tolong kitorang angkat barang nie takpe jugak. Nie kau nak marah-marah kitorang tak tentu pasal plak.

Dapat jek tempat duduk, sit kitorang belakang sekali, sit dia pun keras giler, sempit lagi. Di depan kitorang ada geng-geng india duduk. bising giler weyh. bau memang tak payah cakap lah. Sabar jelah, nak tunggu satu jam tu berlalu punyelah lama. Nak tidur tak selasa, tak boleh nak tidur walaupun mengantuk. Tidur-tidur ayam jelah. itu pun nasib sedar-sedar dah pukl 10.50 am. Yahoo!!!..dah nak sampai. Sebab masa satu jam jek, dari jeti Kuah, Langkawi nak ke jeti Kuala Perlis 1 jam jek kan. lebih kurang pukul 11.00 am sampai lah. Walaupun ferry tu bergoyang-goyang sebab dilambung ombak dan hujan lagi kan, tapi tetap sampai tepat pada masa nya. Turun dari ferry kitorang terus ke Bus stand Kuala Perlis, nak ke Bus Stand tu kena jalan kaki. Jauh jugak lah dengan bawak barang yang banyak nie kan. Nak menangis rasanya. Bus plak sampai lambat dari waktu asal. sepatutnya pukul 12.00 pm, tapi bus sampai pukul 12.15 pm. Dah lah tu berhenti dekat tepi jalan jek. Tak tunggu orang, terus jalan jek, kalau kitorang lambat tadi sure kitorang kena tinggal.

Naik bas tu, boleh plak sit kitorang dah ada orang duduk, Suka hati jek kan, bila kitorang tanya dia kata diorang sampai Alor Setar jek, lepas tu diorang turun, duduklah kat mana-mana dulu. Boleh tak macam tu? angin jek kan. Nasib kitorang nie hati baik taw, layankan jelah. Sampai Alor Setar kitorang tukar lah tempat kitorang balik. huhuhu. Perjalanan ke sana memang lama. Apa lagi tidur jelah kerja kitorang. hehehe. Lapar pun ada jugak sebab kitorang tak sempat nak keluar makan. Jadi masa tu kitorang berharap sangat bas nie dapat berhenti kat mana-mana perhentian untuk kitorang beli makanan. Tak kisah berat ke ringan ke. Last, dia berhenti dekat perhentian area Perak kot. Sempatlah kitorang beli makanan dekat ctu. hehehe.

Pukul 7.30 pm, kitorang sampai Hentian Puduraya, Kuala Lumpur. Dari Pudu, kakak kepada Kak zety tolong hantar aku, ain dan kak zety. THANKS KAK ANI sebab hantar fiza sampai Bank Negara walaupun fiza tak ingat jalan nak kesana. hehehe. Pukul 10.00 pm, aku pun sampai Nilai dengan selamatnya. Turun-turun dari KTM, mak aku tengah tunggu betul-betul dekat tempat jual tiket KTM tu. hahaha. Balik rumah bersih kan diri, kemas barang-barang semua. then, TIDUR =D

Kesimpulan :

Even percutian nie kitorang pergi 3 orang jek, tapi memang best giler. Banyak benda-benda yang baik dan buruk berlaku, benda lawak pun ada. Dapat jugak kenalan baru kat sana. =D. Kepada kawan-kawan yang banyak sangat alasan nak ajak bercuti tu, padan muke korang, mesti korang jeles dan menyesal sebab tak ikut kitorang pergi LANGKAWI kan? Ingat kalau takde korang kitorang tak boleh bergerak ke? hehehe. Nezt trip akan ada lagi, tapi tak plan lagi nak kemana. Plan ke LANGKAWI nie pun last minit, sebab tu dapat naik bus jek. Tapi second trip kita akan plan baik-baik punye ok?.

p/s : Semua gambar semasa percutian kitorang boleh tengok dekat FB, dan a few gambar aku akan upload jugaklah dekat blog ok.

See ya!