I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 10, 2011

: Bila Ibu kite bersedih :

Hari Jumaat hari tu, lepas balik dari kerja. Aku lepak jap dengan mak dan ayah aku sambil tengok tv sebelum mandi. Masa tu mak ayah aku tengah tengok berita. Tiba-tiba mak aku tanya " kalau tengok wayang masuk pukul 6.00 agak-agak habis pukul berapa?". Aku jawablah " dalam pukul 8 atau 8 lebih habis lah, nape? ". Mak aku pun cerita lah yang adik aku nombor 3, Eri pergi tengok wayang dgn gf and adik gf dia. Maklumlah baru dapat gaji lah katakan. Joli katak lah mak aku kata. Pergi tengok wayang tu dah lah ayah aku hantar sampai KTM Nilai. Lepas tu, ayah aku pulak nak jemput, hantar awek dgn awek dia balik lagi. Aku pon hangin jelah dengar. Kenapa plak ayah yg kena hantar. Naik lah motor tu. Aku tya ayah aku, dia bagi duit tak?. Nasib ayah aku kata dia bagi duit Rm 100 dekat ayah aku sebab hantar diorang. Kalau tak memang aku tak bagi ayah aku hambik, biar diorang balik jalan kaki. Lantak.

Mak aku pon mula lah ceritakan kebengangan dia dekat adik aku tu. Dia kata sejak dari dia gaduh dengan adik aku tu, mana ada dia nak tegur2 sangat. Aku pon perasan, yang mak aku buat bodoh jek dengan adik aku. Dulu, selalunya mak aku akan kutip baju-baju kotor adik aku dalam bilik dia. Skunk mana ada lagi. Mak aku biarkan je. Makan semua mak aku buat bodoh jek. Mak aku sampai nangis-nangis lah cerita dekat aku dengan ayah aku. Dulu pernah adik aku excident motor. Tu sebab dia nak sepak mak aku lah, nasib ayah aku tahan jek, lepas tu dia excident. Kaki yang dia nak sepak mak aku tu lah yang kena operate. Padan muka kau. Skunk, kau buat lagi, dah demam seminggu. Tu sebab kau melawan mak.

Mak aku memang dah nak halau dah dia dari rumah. Hari-hari mak aku menangis sebab kan adik aku tu sorang. Mak aku nak biar lah dia duduk jauh-jauh dari dia , lagi senang. Aku tak sampai hati nak biarkan mak aku menangis lagi. Kalau lepas nie dia ada buat lagi, memang aku halau dia betul-betul dari rumah tu. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Baru umur berapa kau dah nak tunjuk lagak dengan mak ayah kau sendiri. Lagi-lagi dengan mak.

Memang dasar orang yang tak mengenang budi.


No comments: