I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 10, 2011

: Katil Baru

Aku dah tukar katil baru !!. Balik dari Shah Alam semalam, kitorang terus ke kedai perabut. Mula-mula ingat nak usha dulu. Last-last beli jugak. hehehe.

Aku tak tahu kenapa tetiba aku plan nak tukar katil baru. Memang katil lama aku tu dah buruk, yelah, dah lama kot aku guna sejak aku tingkatan 2 lagi katil lama tu. Tiba lah masa nya aku tukar. Kali nie aku beli katil single jek. Kalau yang lama tu katil queen, kali nie aku beli katil single jek. Aku sorang jek yang tidur dalam bilik tu kot. Kalau ada tetamu nak datang rumah aku, pepandai lah korang bentang tempat tidur, tidur bawah eh. Sorry lah.


: Bila Ibu kite bersedih :

Hari Jumaat hari tu, lepas balik dari kerja. Aku lepak jap dengan mak dan ayah aku sambil tengok tv sebelum mandi. Masa tu mak ayah aku tengah tengok berita. Tiba-tiba mak aku tanya " kalau tengok wayang masuk pukul 6.00 agak-agak habis pukul berapa?". Aku jawablah " dalam pukul 8 atau 8 lebih habis lah, nape? ". Mak aku pun cerita lah yang adik aku nombor 3, Eri pergi tengok wayang dgn gf and adik gf dia. Maklumlah baru dapat gaji lah katakan. Joli katak lah mak aku kata. Pergi tengok wayang tu dah lah ayah aku hantar sampai KTM Nilai. Lepas tu, ayah aku pulak nak jemput, hantar awek dgn awek dia balik lagi. Aku pon hangin jelah dengar. Kenapa plak ayah yg kena hantar. Naik lah motor tu. Aku tya ayah aku, dia bagi duit tak?. Nasib ayah aku kata dia bagi duit Rm 100 dekat ayah aku sebab hantar diorang. Kalau tak memang aku tak bagi ayah aku hambik, biar diorang balik jalan kaki. Lantak.

Mak aku pon mula lah ceritakan kebengangan dia dekat adik aku tu. Dia kata sejak dari dia gaduh dengan adik aku tu, mana ada dia nak tegur2 sangat. Aku pon perasan, yang mak aku buat bodoh jek dengan adik aku. Dulu, selalunya mak aku akan kutip baju-baju kotor adik aku dalam bilik dia. Skunk mana ada lagi. Mak aku biarkan je. Makan semua mak aku buat bodoh jek. Mak aku sampai nangis-nangis lah cerita dekat aku dengan ayah aku. Dulu pernah adik aku excident motor. Tu sebab dia nak sepak mak aku lah, nasib ayah aku tahan jek, lepas tu dia excident. Kaki yang dia nak sepak mak aku tu lah yang kena operate. Padan muka kau. Skunk, kau buat lagi, dah demam seminggu. Tu sebab kau melawan mak.

Mak aku memang dah nak halau dah dia dari rumah. Hari-hari mak aku menangis sebab kan adik aku tu sorang. Mak aku nak biar lah dia duduk jauh-jauh dari dia , lagi senang. Aku tak sampai hati nak biarkan mak aku menangis lagi. Kalau lepas nie dia ada buat lagi, memang aku halau dia betul-betul dari rumah tu. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Baru umur berapa kau dah nak tunjuk lagak dengan mak ayah kau sendiri. Lagi-lagi dengan mak.

Memang dasar orang yang tak mengenang budi.


Friday, October 7, 2011

: Jauh nye dikau pergi :

Semalam masa otw nak balik. Msg dengan pipin, dia kata ada bende yang dia nak cerita dekat aku bila aku dah sampai rumah nanti. Dia kata citer sedih. Ape yer?

Bila dah sampai, aku pon ready dah nak dengar ape cerita nya. Pipin pon citer. Dia kata dia dapat job dekat Kerteh, Terengganu dgn Melaka. Aku suh dia pilih Melaka, tapi pipin kata ofis memang dekat Melaka, tapi akan dihantar ke Korea. Dlm hati aku. WTF~!!. Kenapa semua jauh-jauh?!!.

Sedih tahu tak. Aku tak tahu nak buat macam mana. Nak bagi pergi, aku berat hati. Tak izinkan dia pergi, aku serba salah. Kan dia nak cari duit, nak cari rezeki. Kenalah relakan dia pergi berjuang utk mencari rezeki.

Macam mana eh? How?. Sedih tahu. Bila aku cakap dengan dia pun, aku cube utk ceriakan hati sebab takut dia pun bersedih sama, lama-lama dia tak nak plak pergi.

hmmmmmmmm......................


Thursday, October 6, 2011

: Minggu serabut.

Aku rasa dalam minggu nie, macam serabut jek. Dengan buzy tahap melampau nye, dengan kerja yang banyak, kelam kabut habis. Dari Isnin, pagi-pagi lagi dah buat hal. Datang kerja agak lambat macam yang di plan sebelumnya. Yelah, ingat boleh lah datang awal sebab aku ada kerja banyak yang kena buat. Pagi-pagi dah terlepas train. Sepatutnya naik tren pukul 6.15 a.m, last2 terlambat lah plak, dah naik tren pukul 6.30 a.m. Apa pun tak boleh lah. Dah sampai ofis pukul 8.06 am. Lambat lah tu. Nasib pagi tu aku puasa, jadi dapat cover balik masa aku yang terbuang tu. Hari tu sepatutnya aku kena buat minit mesyuarat utk di hantar pada semua commissioner. Tapi di sebab kan ada masalah yang tak dapat nak aku elakkan, memang macam palat. Ada plak, orang yang buat pindaan last-last minit lepas tu emelkan dekat aku pada waktu cuti hujung minggu. Apa lagi pening lah aku nak fikir nk buat macam mana. Minit semua dah dibinding hari Jumaat hari tu, tinggal nak masukkan dalam sampul surat dan dihantar pada semua commissioner. Aku pun buat lah slow, tagging dulu mana yang sempat untuk ditagging. Bila bos masuk, baru aku tanya dia nak buat macma mana, then boss aku kata buat pindaan minit tu, copy dan buat memo lepas tu hantar pada diorang, just selitkan jek dekat minit yang nk kena hantar tu.

Ok, done!!. Tapi masa tengah-tengah buat tu, aku perasan aku ada buat minor mistake. Tersalah binding. Binding pun tah macam mana tah, sebab nak cepat punye pasal jumaat tu kan. haha. Nasiblah labu~. Memang macam-macam lah benda aku kena buat, banyak bende aku terpakse pending kn dulu, sebab nak siapkan minit punye pasal. haish. Memang Bz habis. Bila tiba hari meeting tu, aku harap sangat takde apa - apa kesilapan berlaku. fuhh~~, lega. Next time kena buat lagi awal lah nampak nye. Tak boleh dah macam nie, aku yang susah nanti. Sikit-sikit kerja aku kembali normal, semakin surut sikit kerja aku kali nie.