I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 29, 2011

Selesama

Arghhh~!!. Benci betol lah. Nie mesti kes menjangkit lagi nie, dengan aku-aku sekali dah kena virus nie Adoyai~!!. Selesama nie bila lah nak hilang. Dah makin melarat-melarat plak nie. Malam tadi tak dapat nak tidur, tetiba hidung aku jadi tak selesa plak. Tidur pon tak lena. Dengan dicampur dengan batuk lagi. Kadang-kadang nak makan pon tak de selera, tekak tak rasa apa. Pagi tadi nak naik lrt, sempat lagi singgah kedai nak beli strepsils. Bagi hilangkan sikit batuk dan lega kan sikit selesama aku nie.

Monday, September 26, 2011

Melaka untuk kali ke-2

Melaka lagi????. Yup, aku kan memang suke pergi melaka, g banyak-banyak kali pon aku tak kisah sebab bagi aku Melaka memang best Gilak!!. Salah satu tempat yang aku suke untuk ke sana. Selain dari Melaka, aku suke pergi Pulau Pinang. Satu-satunya tempat yang aku belum pergi lagi. Takpe, akan ku jejak kaki ku sana tidak lama lagi. =D.

Sebenarnya aku nk update citer nie lama dah. Tapi sebab keBuzyan yang melampau jadi tak de masa lah nk upload citer baru. Tapi skunk bos pon takde ada lah masa aku nak update 2, 3 citer sehari kn. Tak gitu?. Aku tak ingat pon bila aku pergi Melaka nie, maybe dalam 2 minggu lepas kot. Kalau tak salah lah lepas raya hari tu. Aku pergi dengan sapa lagi, dengan Cik Pipin aku lah, buah hati pengarang jantung, intan payung, bucuk-bucuk, masham-masham, semuanya lah. hahahaha. Bapak gheli..puih****

Kali nie mentag-mentang aku beli camera baru Cik Pipin pon duk sakan lah snap picture sana sini, jadi model tak berbayar sekejap. Aku rasa dalam camera aku nie penuh gambar dia jelah. Pantang g satu-satu tempat tu mesty ada jelah gambar yang dia suh aku snap kan. Sambil tu dia pon duk posing macam model. huh~!. Nyampah. Part yang aku bengang tu tang aku, dia buat muke bila aku nk pose sikit..eh-eh..mamat nie. Suke nk dengki-dengki dengan aku. Memang banyak lah tempat yang aku pergi kali ni. Makin banyak lah gambar yg kitorang snap. So, korang tengok jelah gmbr kat bawah nie eh. Enjoy~!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-









Nak jadi The Hulk cume tak tukar jadi hijau jek..

Hari nie agak sibuk sikit dengan kertas-kertas mesyuarat, kertas-kertas makluman dan minit-minit mesyuarat. Maklumlah semua orang nak buat kerja last-last minit kan. Biaq pi lah depa. Hari ni ofis memang sunyi dan sepi. Semua orang takde dekat ofis, sbb big bos takde. Ape pon tak boleh. Disebabkan hari ni agak bz, jadi aku stay jelah dekat tempat aku. Malas nak naik tingkat 12, tempat Kak Wan n Kak Zety. Tak naik pon lagi. Jap lagi lah aku naik. Lepas kerja aku nie settle aku melawat kawasan jap.

Hari sabtu dan ahad lepas aku sibuk dengan urusan aku. Pergi Open House lah, tgk wayang lah, banyak sangat aktiviti sampai takde masa nak rehat. oh, semalam pertama kali nya aku buat pipin mengamuk. Giler kau, dia tak pernah mengamuk macam tu dekat aku. Sebijik macam the Hulk. Bila aku cakap macam tu boleh plak dia gelak lah. Dia boleh cakap "yekew macam the Hulk"??. Aku pon aah kn jela cume tak tukar warne hijau jek. wakakaka~!!.

First time woo aku tgk dia mengamuk, bayangkan lah, sampai side mirror pecah dia tumbuk. Giler kau. Takut aku. Nasiblah cermin depan kereta tu tak pecah dia kerja kan. fuhhh~~. Sumpah aku dah takut. First time dia marah kat aku sampai macma tu sekali. Hilang kawalan terus. Sumpah tak nak buat lagi.

Macam nie lah, tapi tak tukar hijau jek. waarghhh!! takut~!!!

Sumpah tak nak buat lagi.
Maafkan saya, maafkan saya~~~

Wednesday, September 21, 2011

: Jamuan hari raya JPM 2011

Selama 2 hari, semalam & hari nie, aku, kak wan and eja sibuk dengan Jamuan Hari Raya JPM 2011. Prepare itu dan ini, kena pergi PICC sebab nak prepare gerai makanan. Fuhhhh..~~ Setiap semua jabatan under JPM, akan berkumpul dan bekerjasama dalam jamuan hari raya ni. Untuk hari raya ni, diorang buat makanan-makanan untuk 14 buah negeri di Malaysia. Satu negeri akan buat 4 atau 5 jenis makanan, dan satu negeri akan bekerjasama dengan 3 hingga 4 buah jabatan under JPM. Macam SUHAKAM, kitorang berkerjasama dengan Parlimen Malaysia, Pejabat Mufti, Majlis Agama-Agama Islam Wilayah Persekutuan. Korang perasan tak semua jabatan tu kire terdiri daripada orang-orang alim jek. pfffttt~~ kecuali SUHAKAM dgn Parlimen jelah tak berape nak alim sgt. hehehehe.

Dengan macam-macam masalah, miscommunication lagi, dengan kitorang yg staff baru nie. Kire macam agak terkontang-kanting jugaklah kn. Tapi takpe. try untuk sesuai kan diri. tapi serius aku tak nak pergi lagi tahun depan. Boring giler siot !!. Makanan memang banyak, tapi tak dapat nak makan, sbb diorang nie lebih pantas dari kitorang. letak jek makanan, lesap. Apa pon tak boleh. SUHAKAM hantar wakil 3 orang, semua perempuan plak tu. Lepas tu, Jabatan yg satu group dengan kitorang macam nk blame SUHAKAM sebab kitorang tak pernah nak attend apa-apa meeting, sukan atau apa jek lah. Malu weyh malu. kat situ pon nampak dah nama SUHAKAM tu busuk.

Tapi kitorang try jugak nk jaga nama baik SUHAKAM tu, cuba nak amik hati diorang. Ok lah. Lepas nie Sumpah tak nak involved dah. Tak seronok langsung. Rasa nk letak jawatan jek dalam kelab nie. Masing-masing semua nak lepas tangan jek, and letakkan kan kat atas bahu kitorang yang baru-baru nie with out any guides. sedih, marah semua ada. tapi tak leh nak watpe. Redha jelah~~

Tuesday, September 20, 2011

Tercabar !!

Tercabar giler weyh member-member kua kete baru.
sabar..sabar fiza.
Tak lama lagi turn kau plak.
aku nk kua kereta ape?
haa...tu kena lah tunggu dan lihat.
Tak boleh lah nak bgthu sekarang.
jeng..jeng..jeng..

Friday, September 9, 2011

: Kerja half day..memang terbaik lah!!

Semalam dari pagi ofis blackout. Aku datang kerja jek, semuanya bergelap gelita, pintu tak boleh bukak, tumbprint tingkat atas dan bawah tak boleh guna. Hanya yang boleh guna tingkat aku, tapi masalahnya tingkat aku plak pintu tak leh bukak. Dan-dan masa tu perasan yang pintu belakang tingkat aku boleh bukak. Masuk lah dari belakang. Nasib tumbprint tingkat aku boleh guna alasan yang diberi, ada backup & tumbprint nie pakai bateri.

Hari pagi sampai tengahari menunggu, elektrik tetap takde jugak. Tunggu punya tunggu dengar cerita yang kabel elektrik menara TH nie dimasuki air. Memang tak boleh nk guna wat sementara waktu. Dan ada jugak yang kata lif pon bakal diberhentikan sebab elektrik takde. Untuk kepastian, kitorang call orang Tabung Haji. Memang betol dan sah lagi tanpa diragui yang menara nie blackout dan mungkin sampai satu hari sebab nak tunggu air tu kering.

So, pihak TH mengesyorkan baik kita semua kerja half day jek hari ni. hehehehe. Apa lagi, bila dapat tahu jek berita tu, semua nya terus kemas barang dan..BALIK ~!!!!!!!.

yeayy...dapat balik awal dan tidur dekat rumah. heavan giler lah. hehehehe

kbai ~!

Wednesday, September 7, 2011

: Semua orang terkejut :

Semua orang terkejut bila diorang dapat tahu yang aku dah bekerja di Kota Metropolitan iaitu Kuala Lumpur. Dan paling mengejutkan bila diorang dapat tahu yang sekarang aku berulang dari Nilai ke KL. Yes~!!, aku memang pergi bekerja menggunakan kemudahan awam iaitu KTM dan LRT STAR. Aku sekarang pengguna PUBLIC TRANSPORT yang TEGAR!! Semua orang seakan-akan tak percaya. Memang tulah rutin harian aku, naik turun public transport, berebut nak dapatkan tempat duduk, lebih-lebih lagi dalam KTM sewaktu nk gerak balik dari kerja. Masa tu nak keja KTM jam 5.50, aku akan keluar ofis SHARP 5.30 petang. Jalan akan cepat seperti lipas kudung yang kena keja dengan manusia sebab manusia nak bunuh lipas tu *wtf, apa aku merepek nie*. Semua orang akan aku potong, kau lambat, kau tinggal. Kau cepat, kau hebat !!

Dan bila tunggu KTM, semua orang nak duduk dibarisan hadapan, sebab nak dapat tempat duduk & dan naik KTM cepat. Masa tu, bila nampak jek tulisan dekat signboard KTM tu tulis SUNGAI GADUT, SEREMBAN, semua orang akan berpusu-pusu. Hati mula berdebar-debar, macam nak bermulanya perlumbaan. Bila dah naik, terpulang pada nasib, ada yang dapat duduk, kau untung. Sapa yang kena berdiri, BAD LUCK. Masa tu, kadang-kadang di pertengahan jalan kau dapat duduk apabila orang turun, kadang-kadang kau kena berdiri sampai di stesen yang kau nk turun. Huh, nasib-nasib.

Waktu pagi plak, keadaan agak terkawal, sebab kau dapat duduk sepanjang masa, dan boleh tidur lagi. Tapi kalau terlajak nasib kau lah. Lu tanggung lah sendiri. Pengalaman menjadi pengguna kemudahan awam yang tegar nie kadang-kadang wat aku seronok, sebab masa tu kau dapat tengok macam- macam perangai orang. Ada yang nampak perempuan mengandung depan mata pon, kau wat tak tahu, seolah-olah perempuan tu tak wujud depan mata kau. Ada plak, dah terang-terang tulis dekat tingkap-tingkap, pintu-pintu masuk KTM tu yang COACH FOR LADIES ONLY tapi masih ada lelaki yang tak paham atau buat-buat tak paham. Please lah, korang tu mak nyah ke atau &*)()% korang tu dah kena potong!!. Pantang betul aku kalau ada lelaki masuk coach wanita.

Tengok ada perempuan yang mengamuk sebab keadaan yang sempit buat dia tersepit. apa lagi emo sekejap lah. Ngamuk sakan lah. Hbais semua orang nak di amuk dalam ktm tu. Nak wat cmna, keadaan buat diorang terpaksa buat macam tu, kalau tak, tak balik lah diorang kan. Masing-masing kena paham each other lah sebenarnya. Letih tu memang letih. Tapi demi untuk mencari rezeki, keadaan nie, buat aku kuat untuk tempuh bende2 nie. Memang semua orang cakap and nasihat aku untuk cari rumah sewa, ada yang macam tak percaya aku berulang alik. Apa ingt den tipu ko?. Nie betul, bukan cubaan. Jangan tak percaya, ada orang yang berulang alik dari Seremban tau sebab dia bekerja di KL.

Ada banyak sebab kenapa aku tak nak duduk rumah sewa buat masa nie. Memang penat, tu memang tak dinafikan, tapi lama kelamaan wat aku jadi lali dengan rutin harian nie. Kalau duduk rumah sewa, aku kesian plak dengan mak ayah aku, tak de sapa nk tolong diorang, kalau aku move, tinggal 3 orang. Apa -apa kalau mintak tolong, selalunya aku yg banyak membantu. aku sanggup berulang alik dari tengok diorang susah tanpa aku.

So, doa-doakan aku cekal hati untuk tempuh hari-hari mendatang *chewah*

kbai~!!



: Sepanjang cuti raya.

Hari ni genaplah seminggu kita berhari raya. amacam korang banyak tak dapat duit raya?. mesti banyak kan. Aku pon dapat jugakss, tak la banyak mana tapi lepas lah kalau nak beli topup. hehehe. Raya tahun nie kire agak meriah jugak sebab ramai sedara-mara aku yang balik. Beraya sakan lah. Raya pertama beraya satu kampung rumah sedara-mara sebelah atuk aku. Raya kedua keluar kampung plak, pergi Rantau, Rembau & sempat lagi tu pergi tengok hantu bonceng. Balik dari Rembau tu lah terus pergi tengok wayang. Hari raya ketiga, duduk kat rumah menunggu kedatangan tetamu yang nak datang raya. Dari pagi sampai malam tangan tak berhenti buat air, isi kuih, basuh pinggan. Kire memang tak berhenti lah buat kerja rumah.

Sampai ada sekali tu kawan aku nak datang raya aku terpaksa tipu sebab dah penat sangat malas nak layan diorang. Jahat kan aku? ada aku kisah?. Lepas tu aku dengan cik pipin pergi plak beraya rumah kengkawan dia. dari Nilai ke Bahau, dari Bahau ke Sungai Lui, dari Sungai Lui ke Labu, dari Labu ke Nilai. hahaha. Memang raya sakan lah. Seronok jugak, selain dapat makan kuih raya, dapat jugak duit raya. hehehe. Tempias-tempias.

Oh, aku tak sempat lagi nk edit gambar raya. Tak sempat nk amik gambar raya banyak-banyak. Ada tua da lah, tapi tak sempat nk upload kat pc lagi. nanti lah boleh kan?. Minggu plan nak pergi Melaka plak. Jadual padat. raya.raya..raya =D