I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 27, 2011

ehem..ehem..

Hai semua. Disebabkan aku takut aku tak sempat nak wish ucapan hari raya kat korang nanti. So, aku nak wish lah hari nie. Kunk kot-kot tak sempat plak. Al maklumlah skunk aku dah jadi PM, buzy jek memanjang. hahah. Dah lah, tak nk ngomel bebyk.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga di hari raya ni korang happy selain dapat jumpa dan ziarah teman-teman, keluarga, sanak saudara yang dah lama tak berjumpa.



p/s : jgn lupa duit raya !!
Dengan ingatan tulus ikhlas :
Fiza A

Wednesday, August 24, 2011

sejuk macam dalam peti ais.

Hai oll=D. Hari ni baru hari Rabu. Lambatnya masa. adoiyai~ Bile nak Jumaat ni. Tak sabar nak raya. Skunk dekat ofis nie, masing-masing macam malas jek nak kerja dah. Semua dalam mud raya. Nak wat cmne, nak raya. lagi-lagi skunk nie aku rasa macam ofis ni bertukar jadi peti ais. sejuk giler. Tak kenapa sejuk tahap gaban macam nie. tak leh tahan nok. Sampai nak taip mesej dekat hp pon, dah terketar-ketar. Nampak tak citer aku kat stu?. Nie kalau tidur memang syok lah!!. Orang-orang TH Perdana nie pon tak leh nak perlahankan air cond nie sikit ke. Sejuk oii.

apa pon tak boleh lah cmnie.

Tuesday, August 23, 2011

Sumpah!. Rindu

2 hari berlalu.
Kau langsung tak hubungi aku.
Marah sangat ke?,
nape kau tak nak pujuk aku?.
Aku rindu tahu~!!.

k. bye~!!

Monday, August 22, 2011

Persiapan Raya.

Assalammualaikum semua~! Salam Ramadhan. Sekarang nie, kite dah pun berada di akhir-akhir bulan Ramadhan. Macam mana puasa?. Setakat nie penuh tak?, ke ada yang dah tertinggal. Tak sangkakan, kita dah nk hujung-hujung bulan puasa. Rasa macam baru jek mula nak puasa. Minggu depan plak dah nak raya. Memang rasa sekejap. Korang cuti raya berapa lama?, nie mesti lama gilos nie. hai, raya sakan nampak korang =D.

Tahun nie, persiapan raya aku macam tahun-tahun sebelumnya simple dan serba serdehana jek. Lagi-lagi tahun nie, semua perbelanjaan raya ditanggung oleh sendirian berhad. Tak macam dulu-dulu, ada mak ayah tolong beli kan. tapi tahun nie memang tak lah. Dah bekerja sendiri, jadi semua perbelanjaan memang ditanggung sendiri. Okey, meh kite list barang dah pon aku beli untuk raya =D :

1) Baju kurung raya :
So far, ada 2 jelah. Bukan pakai sangat pon baju raya nie kan. Pakai masa hari raya pertama jek. Lepas tu, dah tak pakai da. Oklah tu ada 2 taw, dulu aku raya baju kurung raya sepasang jek. Tahun nie dgn tahun lepas sebab dah bekerja sendiri, so beli baju raya pon kena sendiri, tu yg dapat beli dua pasang tu. hehehehe

2) Kasut Raya :
Setakat nie belom jumpe lag kasut raya yang aku berkenan. Try jugak usha-usha tapi tak jumpe lah yang berkenan di hati. Bile pikir-pikir balik, macam tak payah beli je, sebab kasut tahun lepas pun ada lagi. Tak guna pon. tapi hati macam nak kasut baru. hahaha. (gedix).

3) Handbag :
handbag nie taim raya ke, tak raya ke, memang aku sentiasa beli. kire WAJIB lah. Aku nie kn giler handbag, sampai tak tahu dah nk letak dekat mana lagi. Handbag dah pun aku beli. tapi kalau ikut kan hati nak beli lagi..huahuahua

4) Lain-lain :
Ha, yang lain-lain nie, macam jeans ke, skirt ke, dress ke. Nie pon dah settle. Ada 2 jubah, 2 skirt. 1 baju. Jeans mungkin aku tak beli kot tahun nie.

hmm, nie jek kot so far yang aku dah beli. Tak tahu lah kot-kot nak beli lagi kan. hahahaha. Tunggguuu jelah. Ok lah. Thats all for today. bye~




Monday, August 1, 2011

Bola..Bola dan Bola !!

Hai all !!. firstly aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak!!. Hari ni hari pertama kita berpuasa. So jangan buat-buat lupa yang korang tak puasa plak ok. =D.

Oh, post aku nie sebenarnya nak cerita pasal BOLA!. sejak bila aku minat bola?, tah lah aku pun tak tahu, minat tu tak lah minat sangat tapi saja nak suka suki. Tak salah kan. Hari khamis minggu lepas aku, kak zety, kak wan, kak fiza, kak yani, and kawan kepada kak zety iaitu kak Zu, pergi ke stadium Bukit Jalil sebab nak tengok bola. Malaysia VS Singapore. Kalau tak salah aku, aku update kot pasal citer nie di entry yang lepas. Kitorang pergi lepas jek habis waktu kerja. Rushing ke Bukit Jalil dengan menaiki LRT STAR dekat Jalan Sultan Ismail. Syoknye tak payah cakap lah. Semangat lain jek rasa. Yelah, tengok dekat stadium kan. Rasa aura dia lain. hehe.

Orang memang ramai, datang membanjiri stadium sebab nak menyokong pasukan bola sepak kebangsaan lawan dengan Singapore. Repeat masa dekat Singapore dulu. Tapi sayang, Malaysia kalah jugak. Sedih weyh. Mula-mula dah semangat dah Malaysia dah masuk 1. Tapi bila last-last minit, Singapore jaringkan gol. Masa tu, memang rasa keciwa tahap gaban lah. Singapore jaringkan gol jek, kitorang terus rasa nak bali, sbab tak sanggup nak tengok dah. Dah-dah tak nak citer pasal bola nie lagi. Korang layan jelah gambar-gambar masa kitorang pergi tengok bola hari tu k. =D

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Sementara menunggu lrt~
Pose lah dulu =D

Dalam tren.
Mamat 2 ekor kat belakang tu berkata " apa lah diorang nie macam harimau terlepas dari kandang, kecoh kemain. hehehe "

Suasana di Stadium Bukit Jalil

Kami dan Fahmi a.k.a Raja Gopal =D

Taraaaa~~

Peace yo~

Dalam kesesakan orang ramai.
Kami Penyokong MALAYSIA!!..ngaummm~

Malaysia Boleh~~

Jersi & tiket

Macam cover album tak?

Dalam stadium, sementara menunggu perlawanan bermula~

Sila lihat pipi kami

ngaummm~

Whoaaa~


Sekian. TQ.