I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 28, 2011

Duit hilang!!!!!!

Hai guys~!. Lepas dah settle masalah aku nie, baru akan citer dekat korang. yes, mcm tajuk entry nie, DUIT HILANG!. memang betol pun. Duit aku hilang dalam akaun isnin lepas. meh aku citer kat korang. Macam yang u allooss semua tahu, hari isnin hari tu kan gaji. so, petang tu aku pergi lah nak keluarkn duit. Punye lah berkobar-kobar. Nak keluarkan duit nie bukan untuk apa pun, untuk bagi mak ayah aku, simpan sikit, lepas tu nak topup TnG, duit belanje harian dan etc. Masa nak cucuk tu, aku tak tahu kenapa tiba-tiba mesin tu wat perangai sewel nie, taim tu aku rase kalau mesin atm tu lembut, aku dah terajang, dah bagi penumbuk dah, nasib mesin atm tu keras. Kalau tak dah out dah nie aku wresling kn. 2 kali aku masuk kn kad atm aku dekat mesin bengong tu. 2 kali jugak lah dia hang, aku tak leh nak check baki, ke memang dia tak bagi aku nak tgk jumlah duit aku dalam tu ada berape.

Disebabkan aku tak boleh nak check baki, aku pun wat keputusan bodoh nak keluarkan duit terus tak payah nak check-check dah, wat sakit hati jek. Bila aku nak keluarkan duit duit, dah tekan pun jumlah nya berapa, tetiba dia hang, lepas tu, lama plak tu. Still bersabar lagi nie, nasib orang belakang takde, kalau tak konfom orang yang menunggu tu bengang siap sumpah seranah aku lagi and cakap aku nie bercinta ke dengan mesin tu, duduk menghadap binatang tu kemain lama lagi. Senang elok tunggu, tetiba kat skrin tu tulis URUSAN ANDA TIDAK BERJAYA then kad atm aku keluar. resit tak keluar duit pun takde. Masa tu aku risau lah kot-kot duit aku kena telan ke apa ke kan. G lah check plak kat mesin atm bank rakyat kat sebelah dia jek. Check-check rupanya amaun yang aku nak keluarkan tadi tu dah ditolak, tapi duitnya aku tak dapat. mahu tak nyirap jek aku lepas tu.

Macam nie lah muka terkejut aku ~


Banyak tu beb!. Aku terpakse buat 2 kali pengeluaran untuk amaun yang sama sebab nak bagi pada mak ayah aku semua terpakse juga buat pengeluaran dua kali. Dah lah dalam amaun aku tinggal sikit jek. Cam mana nak survive. ah~!!!. Aku buat terus amik langkah drastik, call Bank Islam Call Centre untuk buat report. Diorang kata leh dapat dalam masa seminggu. Ok fine, janji aku dapat balik duit aku tu.

Keesokan harinya, aku still tak puas hati jugak, aku kena pergi Bank Islam dekat Medan Mara tu jugak, tak kire. Nasib bos aku takde hari tu, senang lah sikit aku nak keluar, keluar lelama pon takpe. Mula-mula pergi pejabat pos, lepas tu direct pergi Bank Islam. Masuk-masuk jek, alamak..ramainya orang. try pergi check lagi amaun akaun aku, still pada jumlah yang sama. Ok fina, takpe. Pergi amik borang dekat pegawai dorang, isi dan amik nom giliran untuk perkhidmatan kaunter. lama beb aku tunggu. Nombor giliran masa tu 1354, nombor giliran aku plak 1469~!. Lama oii~!. Aku leh tidur dekat ctu bawak tilam bantal semua tahu tak. hai, nasib-nasib. Tunggu jelah. dekat 1 jam setengah jugak lah aku jadi minah pacak dekat ctu. Dalam pukul 4.15 petang baru turn aku. Dah lah, mamat yang buat urusan bank dengan aku tu hensem. heee. Bila aku hulur borang mesin atm tu, dia macam tergamam, sebab macam blur, aku bagi dia surat apa nie, tetiba jek hulur kat dia. apa dia ingat aku nak bagi dia surat cinta ke? memang tak lah. Then, dia tanya lah kat aku bila aku buat pengeluaran, masa, dekat mana, berapa jumlah amaun. Aku pon cerita lah dekat dia hold story.

Then, dia pass borang aku tadi dekat pengawai dia. Pegawai dia nie perempuan, agak kerek, sebab masa mamat kaunter tu bagi borang tu kat dia, pegawai tu boleh tanya ape nie??. what the hell~, aku tahu lah taim tu bank dah nak tutp, tapi selagi aku tak buat urusan nie and settle kan bende ni dengan pihak bank aku tak akan g mana-mana, bia lah aku perang pun kat ctu. Peduli apa aku. Then, pegawai tu tanya dekat aku, sapa suruh amik nombor giliran nie?

what???

aku pun cakap lah, dah staff yg kat depan tu bagi aku nombor, dah aku tanya nk kena amik nombor ke tidak, dia kate kena amik, aku amik jelah. Aku just ikut peraturan jek. =D kau nak marah, marah orang depan bukan aku. Aku dah lah tunggu lama, kau lagi nak sound aku. memang nak kena lah kan. diorang fotostat ic aku, lepas tu diorang kata amaun yg hilang tu akan dikreaditkan dlm masa 7 hari, dan konfem akan dapat. ok, aku tunggu. Mamat kaunter Bank Islam tu plak, boleh tanya dekat aku, ada duit tak nak makan nie, kalau takde meh saya belanje makan, g minum kopi ke. Sempat lagi kau jual minyak eh cik abang. Sorilah minyak kau tu tak laku lah dengan aku.

Dua hari kemudian, iaitu hari ni, Alhamdullilah, amaun tu dah dikreditkan dalam akaun aku semula. Syukur~. Nasib dapat balik. Serik weyh, aku nak keluarkan duit kat situ lagi. Kena sangat-sangat hati-hati. And thank god jugak aku keluarkan duit tu dekat atm Bank Islam jugak, bukan kat mesin lain. Kalau tak lagi naya~. Syukur-syukur~~.

Tu jelah, pengalaman and cerita yang aku dapat kongsi kan dekat korang. Kalau korang terkena macam aku nie, jangan lah cepat panik k.

bye~


Wednesday, July 27, 2011

Malaysia VS Singapore.

Hello, hello guys~!!. Tengah teruja nie sebenarnya. Hari khamis nie aku akan tengok bola kat stadium bukit Jalil. tgk perlawanan malaysia vs singapura !. Tengok dengan kawan-kawan dekat SUHAKAM, ramai-ramai pergi baru lah syok kan. Amacam ada semangat ke-MALAYSIAAN tak kitorang?. heeee. Mestilah ada kan. Ok, aku tahu itu yang korang nak cakap. Semangat, semangat jugak, excited, excited jugak, tapi jersi bola untuk pasukan Malaysia takde lagi nie. Macam ne?. kena beli nie weyh, baru lah cun ramai-ramai pakai jersi warne kunik. Taknak warne biru eh, lari tajuk dah tu. hehehe.

Cadangnye nak beli dekat pasar malam jek, heheh. Tapi tadi kak zety and kak yani ajak pergi kompleks Pertama nak cari jersi dekat sana, ok gak tu. Senang sikit kje aku, tak payah nk pergi pasar malam malam nie. Itu pon kalau jadi lah pergi tengah hari nie, kalau tak kena lah jugak aku menapak dekat pasar malam tu nak beli jersi punye pasal. hahaha. ok fine, aku tahu, aku nie da terlebih semangat.

apa-apa pun, harap Malaysia leh menang kali ni, jangan jadi macam hari tu, pemain malaysia tengok jek bola, pemalas nak kejar. Baru masuk satu gol, dah tunjuk gebang,, last2 kalah jugak. Malu weyh, malu!.

Ok la, sesiapa yang pergi tengok bola dekat bukit jalil nanti, kalau jumpe halo-halo gua k. daaaa~

Monday, July 25, 2011

Pilihan yang terbaik di tangan kita

Assalammualaikum dan salam satu malaysia !!. Lepas 2 hari cuti, aku dah pun fikir masak-masak tentang masalah aku yang kena buat dua pilihan dalam satu masa. Penin jugak sebenarnya, tapi nasib ada kawan-kawan yang rapat yang banyak tolong dan bantu aku, terutamanya Afiqah Raihan Afifuddin dan Siti Amirah yang banyak bagi pendapat dekat aku. Kalau korang baca nie, aku memang sangat-sangat berterima kasih kat korang berdua. Walaupon kite berdua jaoh, tapi kaorang still tolong aku. Terima kasih banyak-banyak. Sumpah, aku memang rindu korang.

Tapi kadang-kadang aku macam tak sangka jugak. Bile aku ada masalah korang pon turut sama ada masalah, yang lagi teruk dari aku. Perasan tak, masaing-masing mak kita bertiga kurang sihat. Aku berdoa dan berharap yang mak kite masing-masing akan sihat seperti biasa. Kau piko, jaga mak kau elok-elok, even kau kena duduk hospital yang berhantu, tapi demi mak kau, kuat kan semangat mu. Aku percaya mak kau akan sihat seperti selalu. Kalau aku dekat, aku dah pergi dah jeguk mak kau kat hospital. Kim salam aku pada mak kau yer.

Mira, macam mana dengan mak kau?, ok dah ke. Kau jangan lah risau sangat taw. Cube buat pilihan yang terbaik, sama ada nak duduk dekat KL atau duduk dekat Jasin. Buat pilihan yang terbaik ok dear =D. Aku pon sentiasa berdoa supaya mak aku sembuh, lately dia selalu jek pitam bila pagi, kadang-kadang bile aku pergi kerja, bila tengok dia pitam, aku pulak yang susah hati, nasib baik adik aku laki yang dua orang tu ada untuk tengok-tengok mak aku. Takde lah risau sangat.

Kadang-kadang keadaan buat kita tersepit dan terpakse membuat pilihan yang terbaik even apa pun yang orang kata. So, be strong. Biar kita bersusah-susah badan, tapi hati kita senang. Betol tak?. *cam lain jek bunyi nye*. heheh.

Wednesday, July 20, 2011

: Pilih 1 antara 2.


Ya Allah, kau permudahkan segala urusan ku,
berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan telah kau berikan padaku.
Kau ampuni lah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa seluruh kaum keluargaku,
kau berikanlah keberkatan atas segala urusanku.
Kau tunjukkanlah pada ku mana satu jalan yang harus ku pilih.
Kau tenangkan lah jiwa ku untuk membuat pilihan yang terbaik demi kebaikan semua. Sesungguhnya kau yang maha mengetahui atas segala yang berlaku.

Amin~

Monday, July 18, 2011

Let Me Introduce :

Hai all!. Hari nie buat pertama kali nya aku buat pendedahan pasal my best fren dekat SUHAKAM nie, yang selalu berkongsi cerita, gosip, keluar makan sesama dan lain-lain lagi.

Let me introduce you :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cik ZETI MAZUWANI =D Dia nie staff paling senior dekat SUHAKAM taw. So, apa-apa leh lah rujuk pada dia. Orang yang PALING..PALING..PALING aku percayai dekat cini. Sorang yang chumel dan obeses pada warna PINK. Kalau pergi bilik dia, semua barang-barang dia kebanyakan nya mesti ada warne PINK. Faveret kaler lah katekan.


Picture semasa kursus LGBT =D

Ini ct..kus...eh, salah, SITI HAWA NORASHIKIN. c Nakal yg suke patung atau ape saja yang berkaitan dengan Katak dan lembu. Tak kira lah, sticker ke, sharpener ke, kasut ke..ape jelah yg bersangkut paut dgn bintang 2 ekor tu. heee =D

Cik WAN NURUL AIN, dulu satu tempat belajar dgn aku, sama kos dan sama kelas. Skunk satu tempat kerja plak. inilah jodoh nama nya. hehehe. Cik Wan nie pulak suke warne hijau, apa saja yg berwarna hijau mesty dia suke punye lah. Obeses pada warne hijau.. hehe


Disebabkan gambar eja sorang-sorang takde, jadi aku pakai jelah gmbar nie. Yang tidak bertudung dan berambut panjang tu nama nye cik HARIZA AZIZ. Kalau sekali tengok dia, minah nie nampak brutal beb, tapi sebenarnya dalam hati dia ada taman taw. hehehe. Memang sorang yg sempoi habis dan paling kaya antara kami berlima. hehe =D. Oppss, lagi satu, dia suke buat muke penyek kalau snap picture. Bajet chumel habis lah tu.weekk =p

Taraaa~!!, inilah ceritera kami BERLIMA

p/s utk kami : Sentiasa percaya mempercayai atara satu sama lain, hope tak termakan dengan hasutan hanjing-hanjing yang dengki nak memecahbelahkan kita. Jika ada yg tak puas hati luahkan jek, tak payah nak simpan-simpan sangat, buat sakit hati jek kn,kn,kn?. I love you all :*



Monday, July 4, 2011

: Sepanjang perjalanan.... :

Hai all !!. Semalam aku, kak wan, eja, kak zety and anak buah kak zety(aina) pergi ke majlis pertunangan Ct, kawan kitorang dekat ofis. Meriah jugak lah majlis nie, ramai kawan, sanak sedara ct datang memeriahkan majlis, tak terkecuali jugak kitorang, buat penyeri majlis. haha.

Aku dengan kak wan dari Bangi, pergi naik kereta kak wan jek. Kenapa aku leh ade kat bangi??, sebab kak wan amik aku dekat stesen ktm bangi, aku gerak dari Nilai. Untuk pengetahuan korang jugak, hari sabtu tu, kawan baik aku, piko, datang rumah aku, saja jek datang sebab dah lama kan kitorang tak berjumpe, alang-alang dia dah turun KL, jumpe lah aku sekali. Aku dari rumah nak ke Stesen KTM Nilai tu dengan piko nie lah, sekali jalan. sebab dia pon nak bali Jb dah ahad pagi tu. Dari Bangi kitorang pon terus lah ke KL, tak pernah-pernah kitorang naik kereta ke KL nie berdua jek, ini lah pertama kali. Dah lah dua-dua nye buta a.k.a tak tahu langsung jalan KL nie, ape lagi redah jelah. hahaha. Tapi seronok jugak belajar bende baru, dari tak tahu sekarang dah boleh lah sikit-sikit. hehe.

Disebabkan dua-dua buta langsung jalan KL nie, kitorang pon duk redah jelah, lepas tu sibuk duk baca signboard, pantang ade signboard masing-masing mesty jadi fokus giler sebab takut sesat jalan. Akhirnya, kitorang berjaya sampai ke Mcd Sri Gombak. Kenapa Mcd Sri Gombak??, sebab dekat ctu kitorang pernah datang makan mcd, so sikit sebanyak aku ingat lah jalan nak pergi mcd tu, lagi satu rumah eja pon dekat area-area situ jek. Berhenti jek dekat Mcd tu, terus call eja, suruh amik kitorang dekat Mcd tu. Yelah, nak g rumah dia kitorang bukan tahu sangat, ingat-ingat lupa. Akhirnya lepas 20 minit, eja sampai. Lambat kot. majlis ct pon dah nak mula. Kereta eja wat hal plak kan, ape lagi naik lah kereta Kak wan yang chumel tu. hehe.

Dari Sri Gombak, kitorang kena amik kak Zety dekat Kem Tentera dekat Setapak. Eja lah yang kena tunjuk jalan, sebab kitorang memang tak tahu langsung jalan dekat citu kan. Lepas dah amik kak zety, kitorang terus lah ke rumah CT. Masa nie lah, macam -macam bende kelakar jadi. Kak wan memang rempit habislah dengan kereta dia tu. Laju kot, sebab kitorang semua dah lambat nak ke majlis tu. time tu dah 12.30 dah. Masa tu kitorang mesej ct, dia kate pihak lelaki dah on the way. Ape lagi makin laju lah. haha.

Ct ade sedia kan map nak ke rumah dia macam mana. Tapi dengan map yg dia bagi tu pon, kitorang confuse dan akhirnya sesat. Lepas tu, terlanggar bumping. Bumping tu memang tinggi, aku dengan kak wan tak perasan bumping tu, ape lagi kereta kak wan masa tu melayang lah. Giler kau, tercabut lah skru dekat atas dashboard tu. Nasib baik bahagian depan kereta kak wan tak de pape, kalau patah ke tercabut ke, tak ke naya. Kepala aku dengan kak wan terhatuk dekat atas bumbung kereta, eja plak hidung dia terhantuk dekat belakang kerusi kak wan, kak zety tercium dekat belakang kerusi aku. Siap ade kesan lipstik lagi. hehe. Memang nasib takde pape.

Lepas tu, sesat plak lagi, siap tanya orang lagi. Akhirnya jumpe jugak rumah ct, masa tu orang dah selesai baca doa dah. Tapi takpe, sempat lagi bergambar dengan ct. Gambar dia, nanti lah aku upload eh, mls lahnk up load dekat cnie, lambat kot. Apa-apa pon, seronok akhirnya kawan aku yang sorang nie dah pon bertunang. congrats ct. status kau dah bertukar, dari AWEK ORANG, sekarang dah jadi TUNANG ORANG. =D

Oklah, thats all. Bye~.

Friday, July 1, 2011

: Selamat Bertunang :

Assalammualaikum !!. Apa khabar korang?, lama dah kan aku tak update blog aku nie, just usha-usha gitu jek. Bukan tak nak update tapi takde bende nak update. Takde story nak cerite dekat korang. tu yg lama menyepi jap, dah berhabuk-habuk dah blog gue nie. hee =D

Oh, aku nak cerita dekat korang, tak lama lagi, seorang dari kawan aku dekat SUHAKAM nie akan bertunang. Tarikh pertunangan dia pada 3 Julai 2011, Ahad nie. Excited kan dengar orang nak bertunang nie, tapi aku tengok minah sorang ni rilek jek nak bertunang, tak pk-pk pon pasal hal nak bertunang nie, sempoi jek. Kalau aku, tak tahu lah ape rase nye. Sebab sebelum-sebelum nie ada tengok sepupu aku tunang, macam orang nak buat majlis kawen jek gamaknye. kabut sana-kabut sini. Yang kawan aku nie, rilek, sempoi habis. Tema masa tunang dia, warne purple, dia suruh kitorang semua kawan-kawan dia nie pakai baju kurung kaler purple mase majlis tu. Hati-hati ct, pesan dekat bakal tunang kau tu jgn tersalah sarung cincin. hehehe.

BTW, aku nak tuju ucapan lah, boleh tak, ehem...ehem...:


SELAMAT BERTUNANG :

SITI HAWA NORASHIKIN BINTI IDRUS.

dgn

CIK KOI
(bukan nama sebenar).

Semoga kekal pertunangan kau ni sampai kau kawin, lepas tu kekal dan kekal lagi sehingga akhir hayat !~

Tq, and Bye~