I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 9, 2011

: minggu mengantuk dan boring sedunia :

Hai all. Hari ni macam hari - hari biasa borink tak terkata, mengantuk lagi tahap gaban lah. Adoiyai!. Tak tahu nak buat ape. Bukan takde kerja, tapi kerja tak banyak dan boleh disiapkan dalam masa yang sangat singkat taw. Senang citer keje aku dah siap lah. Payah no lah kau nak cakap. Aku cerita la kat korang rutin harian aku sepanjang minggu nie ok. Saja nak buang masa dekat blog aku nie. heheh. Nie lah nama nye takde kerja. Ok, hari pertama untuk minggu nie iaitu :

6 Jun 2011 (Isnin) :
- Bangun pagi dengan malasnya, macam biasa memang sikap kemalasan dalam diri tu ade, al maklum lah hari isnin kan, dah 2 hari cuti, lepas tu dok merayau jek masa cuti tu, mana tak penat kan.
- Hari Isnin takde apa-apa yang menarik pon. Bos aku baru masuk kerja, lepas tu agak sibuk juga sebab perlu update perkara-perkara penting untuk dia dalam minggu nie. Aku pon sibuk nak prepared minit mesyuarat SUHAKAM untuk diberikan pada semua Pesuruhjaya isnin tu. Memang sedikit kecoh lah kan, sebab buat kerja last minit, masing-masing taknak bagi kerjasama, jadi kerja banyak yang tergendala dan tertangguh. Tapi aku hadapinya dengan tenang =D.
- Minit mesyurat untuk 12 orang pon siap dibundlekan. Yes!. Legalah sikitkan. Next, prepared untuk esoknya plak, mesyuarat SUHAKAM.

7 Jun 2011 (Selasa) :
- Pagi-pagi sampai ke tempat kerja pergi setting bilik meeting. Letak kertas A4, letak pencil, letakkan kertas-kertas yang dihantar oleh sesetengah working group ke dalam meeting.
- Hari ni agak borink jugak, sebab bos aku sibuk dengan meeting, keadaan pon senyap sunyi, memang borink gielr.

8 Jun 2011(Rabu) :
- Pada hari ni bos aku akan ke Jakarta. Flight pukul 1.55 petang. Memang sah lah, dia takde aku lagi takde bnde nak buat ape, jadi pergi lah tolong-tolong kak zety and wan kat tingkat 12, daripada takde kerja kite pergi lah cari kerja. hehehe.

9 Jun 2011(Khamis) iaitu hari ni :
- Pagi-pagi naik ktm jek terus tidur, nantuk nye ya allah. Pergi kerja dengan keadaan yang malas, nasiblah hari ni hari Khamis, esok dah Jumaat. Yea!.
- So, tengah mencari idea nie nak buat ape, novel dah siap ku bawa, cume tinggal nk bukak and baca jek. hehehe. sambil-sambil tu dengar lagu dekat pc. Kalau nak di ikut kan hati, aku nak tutp jek bilik aku, letak satu note and lekat jek kat pintu, note tu bertulis "DONT DISTURB", boleh tak?, lepas tu duduk dalam bilik tu diam-diam dan tidur. hahahaha.

Oklah, sampai cini jek aku dapat cite kat korang. Nanty ade story pape, aku story dekat korang k. Bye.

Tuesday, June 7, 2011

: Layout baru ~

Hai semua =D. Hari ni disebabkan aku takde watpe dalam ofis, duduk dalam bilik sorang-sorang, ape lagi aku pon dengan gatal tangan nye pergi ubah layout baru untuk blog aku ni. amacam cantik x?. hehehe. Mesti dah bosan kan, korang-korang yg bace nie, bile bukak aku punye blog jek mesti page nye putih melepak, konon-konon suci dan murni lah tu eh. hehehe. Hari ni aku dengan rasminya menukar blog aku kepada warne biru. Nak kate cantik tu, ok lah bagi aku tuan umpunye blog nie kan.

Ok lah, semoga dengan penukaran baru layout blog aku nie, aku harap korang akan lebih kerap mengunjungi blog aku nie k. =D. Peace no war !