I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 30, 2011

: Kesian bf saya :

Hai semua =D. Sikit risau hari ni sebab bf saya pergi cek keadaan mata dia sebab ada something macam habuk atau serpihan besi dalam mata dia. Hari sabtu hari tu ok, tapi semalam masa kitorang keluar tu, dia sibuk mengadu pasal mata dia yang sakit, dia kate ada habuk masuk lah, ada besi lah. Sian plak + risau lagi.

Lepas balik dari hantar aku semalam, dia terus pergi ke klinik sebab dah tak tahan sangat agaknya kan. Pergi klinik tu doktor kata takde ape-ape just doktor tu bg ubat tuk cuci mata. Tapi itu pon still tak elok lagi. And hari ni, dia pergi hospital terus. Makin risau lah aku, lagi-lagi bila dia cakap "Kalau abang kena tahan wad, datang tengok taw". Bila aku dengar dia cakap macam tu, lagi lah aku bertambah risau. Haish, sabar jelah aku dengan dia kan. Baru jap tadi aku mesej dia, dia kate dia baru masuk jumpe doktor, aku harap takde pape =(.


Sunday, May 29, 2011

:Date dgn Kak Zety Burn & Wan dan RmR 2011 PD :

Hai semua =D. Cuti hujung minggu nie penuh sikit dengan aktiviti-aktiviti yang agak menarik bagi aku. Hari sabtu hari tu, aku keluar dengan kawan-kawan aku, Kak Zety and Kak Wan. Kitorang g shopping dekat Times Square KL. Tapi tujuan utama kitorang pergi Times Square sebab nak pergi tengok wayang cite Pirates Of The Caribbean. Best weyh, korang patut pergi tengok sebab memang dalam citer tu Jack hensem and giler lawak. =D. Nak tengok gambar ke?, tak pyh lah kot, nanty lah aku update.

Hari ahad plak aku pergi PD sebab ade RMR 2011, tahu tak RMR tu ape?, RMR tu Retro Malaysia Riders. Bf aku yg selalu pergi RMR nie setiap tahun sebab dia kan memang minat moto2 lama. Jadi aku pon join dia pergi hari ni. Di tengah-tengah panas tu aku berjalan tengok pameran moto. Huish, panas tak payah cakap lah, sampai aku pergi beli satu payung untuk melindungi aku dari panas. So, korang enjoy jelah gambar nie eh, aku malas nak citer pepanjang =D :








Seronok tapi panas, tu jek yang aku tak tahan. Sesape yang rase nak pergi, tunggu lah tahun depan yo. ok lah, chow dulu =D. Daaaaa~


Sunday, May 22, 2011

: Rutin hari ini :

Hai all !!. Minggu nie aku tak plan ape-ape pon. Nak kua tengok wayang citer Nur kasih pon tak dapat. Alasan nya, aku tak gaji lagi. kihkih. Tapi tadi sempat jugak lah aku kua jejalan. Saja melepas kan boring asik terperap jek dekat rumah layan fb boring kot. Jadi kua lah date jap. Tak lama pon, sebab esok kan dah nak start kje, jadi tak boleh lah nak balik malam-malan sangat nanti penat weyh. Korang layan jelah gambar nie, sebab aku pon kureng idea nak story morry kat korang kan. So, taraaaa.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Dah, tak leh nak tunjuk lelebih dekat cnie. hehehe. gtg, BYE!!

Monday, May 16, 2011

: Esok cuti !. hari yg heaven gile !

Hari nie ISNIN ( 16 Mei 2011 ). Esok selasa iaitu hari wesak, ramai orang yang bercuti esok. Kalau mana yg agak-agak malas nk kerja tu mesty dah direct amik cuti sampai hari selasa. Rabu baru start kerja balik. Kalau ikut kan aku ni, ade cuti, dah lama dah aku amik cuti untuk hari ni. Ramai kot yg cuti hari nie. Semua duk pulun tidor habis2 dekat rumah sekunk ni. Asyik nye. Takpe2, tgu turn aku nanty. Tungguuuu......

Plan esok ape eh?. Korang mesty ade plan nk kua dating lah, nk g tgk wayang lah, nak kua shopping lah. dan macam - macam lagi. Aku plan esok??. tak tahu lah nak buat ape. gaji kua minggu depan, lambat lagi tu, sekunk nie tengah sabar menunggu dengan penuh kesabaran di jiwa.
Nak kua dengan bf, bf keje la, tak dapat cuti. Nak tengok wayang?, takde member nak tengok wayang and tak tahu nak tengok cite ape. ish-ish..penin eh.

So, tunggu jelah esok. kalau takde plan jugak, tidor jelah jawap nye. hahaha.

ok lah. Chow~!!