I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 28, 2011

: Tugas Seorang PA :

Hai all. Hari ni aku nak share sikit dengan korang tugas-tugas aku as a PA selama one half month ni. Seronok tu memang seronok tapi ade jugak cabaran nya. Aku menjadi seorang PA kepada SETIAUSAHA SUHAKAM, sama level dengan Pesuruhjaya SUHAKAM jugak lah kire nye. Tugas - tugas aku memang banyak kepada nk tolong dia handle SUHAKAM nie. Kate Pembantu Khas kan. hehehe.

Tugas - tugas aku more kepada handle jadual-jadual die. Memang dekat cnie, aku kena jadi seorang yang sangat-sangat alert dengan keadaan sekeliling aku. Sebab ape-ape yang berlaku nanty, bos aku pasti akan tanya. Masa tu, takkan aku nak cakap "TAK TAHU" kan. Memang nanty kena komplain lah. Satu hal yang aku pasti, dan aku belajar dekat cnie, as a PA, aku tak boleh cakap TAK TAHU, ENTAH, YER KOT bile someone tanya berkenaan BOS aku terutamanya. Memang aku kire dilarang lah keluarkan perkataan tu dekat cni. Semuanya aku kena tahu, kena alert, even bos aku nak pergi toilet ke, aku kena tahu, kena tanya setiap kali dia melintas dekat depan bilik aku. Sebab nanty kalau orang tanya atleast aku boleh bgtahu diorang mana bos aku pergi. Kalau aku bg jawapan ENTAH, memang keluar degusan, keluhan lah dari mulut diorang. *Pernah kena masa aku mule-mule masuk cnie*.

Second, dekat cnie, aku banyak kerja bile masa nak meeting. Meeting nie meeting besar lah kire nye, semua pesuruhjaya yang terdiri daripada Datuk-datuk, Prof.-Prof, Tan Sri-Tan Sri, dan KPSU(Ketua Penolong Setiausaha) akan join meeting nie. Memang kalau taim meeting, atau minggu-minggu yang nak meeting tu, aku akan jadi sangat BZ gilos. Sebab before meeting, aku akan kumpul semua minit-minit, report-report untuk semua department yang ada di SUHAKAM nie. Tujuan nya adalah untuk dibinding dan dijadikan buku. Ialah nanty senang semua yang terlibat dengan meeting tu, nak tengok kan. Tak payah lah nak selak satu-satu pages tu. Lepas tu, part yang membuat kan bende senang tu jadi payah ialah bila aku suh semua KPSU department masing-masing hantar minit and report diorang sebelum atau pada dateline yang aku dah emelkan. diorang tak ikut. Lepas tu, aku dah lah kena tunggu diorang bg semua report diorang tu. Memang lambat lah aku nak start binding dan bukukan.

Bile diorang dah hantar, tugas aku nak bindingkan. Bile nak binding aku akan pasti kan, agenda kena betul mengikut ape yang diorang bg. Salah nombor pon kena betol kan, ejaan. Penting. Nak susun pon kena betol, fotostat depan belakang, tak boleh satu page selai kertas. Jimat. Lepas dah buku kan, kena plak tagging. Sebab tu mengambil masa yang lama nk buat. Kena masuk kan dalam sampul surat, chop, tulis nama datuk-datuk nie kena betol. Dan macam-macam lagi lah. Kalau andai kate ade department yang lambat hantar minit @ report diorang kitorang akan wat kan dia sebagai lampiran. Report tu nanty akan terkeluar lah dari buku minit tu. Macam-macam kerenah lah.

Pernah jugak, masa aku mule-mule masuk cnie, first time aku buat minit tu, banyak giler yang salah. ape lagi kena marah lah. haha. Tapi aku takde lah menangis ke ape ke, sebab aku anggap itu sebagai pengalaman aku, dan aku dapat belajar bende baru.

And aku harap aku dapat jadi pekerja yang baik, dedikasi di masa akan datang =D. Doakan yer.


Wednesday, April 27, 2011

: Gaji 1st :

Yahoo!!. Alhamdullilah setelah sebulan setengah aku kerja dekat SUHAKAM nie, akhirnya masa yg ditunggu-tunggu pon tiba. Iaitu masa gaji. Gaji first aku sepanjang aku kerja dekat SUHAKAM ni. Gaji sebulan setengah kn, masyuk lah. Bila aku dapat gaji jek, perkara pertama yang aku buat, aku belanje family aku semua makan. Makan dekat mana tu tak pyh gtahu lah. Rahsia. hehehe. Seronok bile tengok diorang happy. Tak kisah lah duit banyak habis pon, janji aku dah tunai kan janji aku untuk belanje diorang makan masa first gaji aku. Lepas tu, aku bagi plak duit dekat mak dengan ayah aku. Lagi lah seronok,bile tengok diorang happy jek.

Bile semua hutang, nak belanje family aku makan, nk bagi mak aku duit sikit, nak simpan sikit dah selesai, yg selebihnya leh lah aku buat belanje plak. Bende pertama yang aku dah beli ialah :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-Nikon S3000-

Sebijik macam dalam gambar ni, warne pon sama. Akhirnya dapat jugak aku beli. hahaha ( gelak jahat ). Next aku nk shopping bende lain plak, ape die?, tunggu jelah nanty. hehehe. Ok lah, chau dulu!!. Nanty aku cerita lagi k. Bye !~. Adiosa...

Tuesday, April 12, 2011

: Bank Islam oh Bank Islam :

Hari ni dalam pukul 10.30 a.m tadi aku pergi Bank Islam kejap, nak cek Kad ATM Bank Islam aku ni. Dah 3 kali aku asik duk ngulang jek g Bank Islam tu. Dari awal bulan lepas tak boleh. Hangin jek aku. Mule2 aku pergi cek orang Bank Islam tu kate DOMAIN maksudnya tak aktif lah sebab aku tak guna lebih 6 bulan kot, so akaun aku di bekukan maksudnya disini aku tak boleh cek, tak boleh keluar kan, dan masukkan duit ke dalam akaun aku.

Jadi, aku pun dengan semangat yang berkobar-kobar pergilah Bank Islam dengan kak Wan and Eja, kebetulan masa tu eja nak bukak akaun Bank Islam sebab gaji kitorang masuk guna bank ni, kalau takde Bank ni dan guna bank lain alamatnya gaji kitorang lambat 3 hari. Contoh gaji gov kan selalu masuk antara 23 hingga 25 hb, jadi kalau guna bank lain alamatnya 3 hari selepas tarikh tu lah baru dapat gaji. oh TIDAK!!. Dah lah sengsara tunggu sebulan setengah untuk dapat gaji ni. Memang tak lah aku nk tunggu 3 hari tu kan.

K2, sambung citer, kali pertama tak berjaya jugak. Kali kedua aku pergi lagi, still tak boleh jugak, memang hampeh lah kan. Dia kate mungkin salah nombor pin kot, aku ckp tak mungkin. Dia kate semua nya ok mungkin domain kot. Dia suh aku masuk RM10.00. Ok, aku pon masuk kan lah 10.00 kat akaun aku. Tapi seminggu lepas tu tak boleh jugak. Sengal ayam betol.

Last sekali aku pergi lagi hari ni. Dengan muke yang garang + kesian. Aku cakap dengan orang dekat Bank ISlam tu dah 3 kali dah aku datang sni, tapi kad aku still tak boleh jugak. LAst2 dia kate awak buat kad baru jelah, kalo nk tunggu minggu depan pon lom tentu boleh. Ha, nape tak ckp awal2 jek dari hari tu, kan senang tak payahlah aku nak ulang alik ke Bank ISlam kat Medan MAra tu 2,3 kali. Adoii. LAst2 aku tukar kad baru, cayalah akhirnya aku berjaya jugak.

Lega cikit, lepas ni leh lah joli sakan lepas dapat gaji. hahaha!!. oklah, gtg!. Nanty sambong cite lagi k.

Monday, April 11, 2011

: Seminggu boss takde, jadi ape yang patut aku laku kan :

Hai semua, disebabkan teguran dari kawan aku, yang suruh aku update blog ni, aku pon dengan takde idea + malas nk update terpakse jugak lah meng-update blog ni. Heee. Lama dah kot aku tak update blog kan. Seminggu sekali jek sekarang ni aku update blog aku.

Oklah, disebabkan boss aku ke Kelantan untuk 4 hari ni, jadi aku pon rae heaven lah sikit, kerja pon tak banyak. boleh duduk goyang kaki, sambil2 layan utube. hee. Agak kekantoian di situ. Yelah, boring taw takde keje. Duk melepak jek, tapi aku berusaha jugak lah cari kerja. Kadang-kadang kemas cikit ofis aku ni. Tambah ape2 yang patut. Hiasan-hiasan sikit. hahaha. Giler gedik.

Yelah aku dapat bilik sendiri secara tak langsung aku memang sorang jek dalam bilik ni, takde teman nak ajak borak2. Kadang-kadang jek member aku datang cnie, tu pon kalau ade urusan and boss aku takde. Masing-masing cuak dengan bos aku, aku pon sme, tak tahu kenapa, padahal die takde lah makan orang, biase jek. Bos aku ni baik jek orang nye.

Tengah hari tadi kua awal sikit pergi makan dekat port biase, pe lagi maju junction lah kan. Sebab tak bergaji lagi, itu jelah hari2 makanan yang aku duk ngadap, sampai aku rase tak boleh terima dah dek tekak aku ni. Tapi disebabkan perut aku yang lapar maka aku layan kan jela. Takpe, tunggu gaji nanty baru lah jadi orang kaya sekejap kan, sekejap jelah, awal-awl bulan, dah tgh2 bulan nanty sengkek lah balik. hahaha.

Lepas jek pergi makan tadi, aku pergi ke KWSP, bukak akaun KWSP, yelah dah nak gaji kan, kena lah potong KWSP nanty. Kena lah aku buat , demi untuk mendapat gaji, aku sanggup pergi KWSP tu. hehehe.

Sekarang, aku tengah menunggu masa untuk pulang, menghitung detik, waktu dan jam untuk balik ke rumah. Ok lah, takde bende aku nk cerita dah. Bai~.