I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 30, 2011

: Jangan menilai orang dari luaran nya sahaja :

Assalamualaikum !. Hari ni dekat tempat kerja baru lah aku berpeluang nak tulis blog. Saje, borink giler dah aku ni. Habis borink dah. Bos aku pergi taklimat pengurusan kat ting.13. So, tinggal lah aku dekat dalam ofis ni dengan borink nye. Just angkat call and amik mesej jek, selain tu bace-bace email. Hantar surat dekat bilik bos untuk di sign. Selebihnya aku layan fb. hee.

Serius tak sabar nak balik. Oh, lupe. Aku bukan nak citer pasal ni sebenarnya. Aku nak cerita cikit dekat korang, atau lebih sesuai mengadu lah. Since aku dah bekerja di SUHAKAM ni 3 minggu, baru 3 minggu ok tapi aku dah boleh nampak and bace perangai-perangai orang dekat sini. Macam-macam perangai ade tu nama nye jawatan die Penolong Setiausaha (PSU ) tapi perangai, tuhan jelah yang tahu. Gred memang tinggi n41. Tapi budi bahasa sangat lah rendah tak sesuai dengan gred. Jage-jage pada junior-junior DSK, kadang-kadang masa kite praktikal evrything nye best. Tapi bile kite dah kerja, baru kite tahu macam mana keadaan yang sebenarnya.

Kadang-kadang orang-orang dekat cnie, nampak jek baik, tapi perangai YA Allah. Teruk. Suke cakap belakang-belakang. Sumpah lah, yang tu bukan cara aku. Kalo kau ade bende yang kau tak puas hati dengan aku. Jumpe aku cakap terus terang, cakap ape yang kau tak puas hati dengan aku tu. Kan senang, tak payah lah nak main cakap-cakap belakang. Penat lah. Aku paling benci orang yang suke muke-muke ni. Memang aku pangkah habis-habis lah. Tapi persekitaran aku sekarang ni rata-rata macam tu, berperangai macam tu. Aku pon duk layan jelah, kalo orang A mengadu dengan aku, aku masuk telinge kanan keluar telinga kiri. Kalo orang B datang plak, pon bende yang sama aku buat, masuk telinga kanan kuar telinge kiri. Layan jelah.

Penat nak layan perangai diorang ni. Kadang-kadang nak buat hal sendiri pon payah, sebab tak pasla-pasal kite pon TERinvolved sekali dengan hal-hal diorang ni. Padahal kite tak nak masuk campor pon. Penin-penin. Nasib aku dapat bilik sendiri, meja sendiri, telefon sendiri, faks sendiri, mesin taip sendiri, printer sendiri. Semua nya sendiri. Syukur. Aku ni dah lah jenis yang suke buat hal sendiri. Kalau kau nak kawan dengan aku, kau kawan lah, kalau tak nak pon takpe. Ade aku kisah ??.

First atau second day aku masuk cnie pon aku dah kene gosip. Orang sibuk duk mengata aku. Diorang kate umur aku terlalu mude untuk bekerja sebagai PA kepada salah seorang pesuruhjaya / Setiausaha SUHAKAM ni. Pada aku, tak kisah lah kau tu mude ke, tua ke, as long as kau pandai buat kerja, dah cukup. Even kau tak pandai pon, datang cnie zero kite still boleh bertanya kalau kite tak tahu kan. Umur tak melambangkan kau tu boleh buat kerja ke tidak. Atau sebenarnye kau jelesh dengan apae yang aku dapat. Kau umur dah 25 ke atas baru leh dapat kerja gov dengan gaji yang besar, tapi aku sebab mude lagi umur baru 22, masuk gov terus dapat gaji best, kau nak jelesh, lepas tu, kemudahan yang aku dapat lagi best dari kau, aku dapat bilik sendiri, kau cume dapat patisen( tak tahu lah nak eja kejadah tu, macam kat ofis yang duk halang n bahagi tempat-tempat staf tu ) jek. Sedih lah kau!. Memang banyak sifat dengki-mendengki dekat cnie, hasut menghasut. Macam-macam lah.

First step aku msuk ke sini, aku dah berazam aku akan kerja betul-betul, peduli lah ape orang kate kan. As long as aku buat kerja aku. Jangan mulut macam bertih jagung, tapi kerja tak macam tu pon, lepas tu sibok cuti, mc jek manjang. Macam mana staff-staff baru nak respect kau macam tu.

Ok lah, aku nak continue kerja. Daaa =D
Nanty aku story lagi kalu ade masa ok.

Sunday, March 27, 2011

: Apa rase nye korang tumpang rumah orang ? :

Hi all !!. Pe kabor?. Lama dah aku tak update blog aku ni. Agak-agak dah bersawang dah nie kan. Al maklum lah sekunk aku bz dengan kerja, jadi jarang-jarang dapat update blog ni. Lagi pon aku skunk kan stay rumah my aunty, jadi laptop, memang aku tak bawak. Nak bawak pon rumah die bukan ade internet. Bukan takde lah, anak die ade lah berukband, tapi malas lah aku nk gune kan. Aku tak bape suke sangat. Kalau aku nak online fb pon, selalu gune curik-curik dekat opis.heee

Seminggu nie bos aku takde, sebab die bercuti, kate nye balik kampung. So, heaven lah sikit kan. Tapi agak borink lah, sebab aku ni baru lagi, jadi kerja pon takde sangat, boss aku takde, lagi lah kureng kerja aku. hee. Oh, aku na tanya pendapat korang?. Patut ke aku terus stay rumah aunty aku ataw ulang alik jek dari Nilai ke KL. Macam yang korang tahu aku sejak kerja di KL ni aku stay die rumah makcik aku di Bangi. Di bekerja sebagai Polis di Hang Tuah, jadi every morning aku akan pergi kerja dengan die sekali lah.

Satu masalah aku, aku tak suke stay rumah orang. Bile aku stay sana aku rase macam aku takde life langsung, balik kerja pukul 7.00 @ 7.30 petang sampai rumah, then balik makan lepas tu mandi, lepak-lepak tengok tb jap, lepas tu masuk bilik tidor. Seriusly rase macam takde life aku stay sne. Aku duduk rumah sendiri nie ade gak lah hiburan, balik kerja aku kadang-kadang kua jugak even bukan dengan bf, tapi dengan family aku. Lagipon bg aku stay rumah orang ni, kite pon kene lah ikut care die jugak kan. Tak boleh nak balik lewat malam, tak boleh lah nak buat macam dekat rumah sendiri. Hish, giler aku tak suke. Rase tak bebas. So, aku decide nak stay Nilai jek. Tapi takde lah secara mengejut, maybe slow-slow lah. Takut gak makcik aku nanty bising kan. Sebab die dah lah beria-ia nak aku duduk rumah diorang. Lagipon aku tak selesa sebab die pon dah berkeluarga. Payah lah, ish, aku memang tak suke.

Sekunk ni, dalam minggu ni aku akan stay dekat Nilai, mgu depan stay Bangi. Slow-slow lah kan. Ish, susah hati aku ni. Aku pon tak cakap dengan die pon. Main bla jek duduk Nilai ni. Konfem die bising. haha..Pepandai lah. Aku dah pon kauntim dengan mak aku. Aku suh mak aku yang cakap kan dekat die. Nanty kalau aku gtahu die awal-awal, sure die tak bagi punye lah. Camne eh care nak gthu die and bg aku terus stay Nilai.

Saturday, March 19, 2011

: Dah seminggu berlalu :

Hai all!. Dah seminggu kot aku tak menjenguk blog aku ni, dah ade sawang-sawang, habuk-habuk..fuh-fuh!. Hari ni baru aku ade mase nak berblogging since aku dah start bekerja hari selasa hari tu. Semalam baru aku sampai dekat rumah. Fuh!, heaven giler dapat balik rumah, sama-sama dengan family. Ahad aku akan gerak balik ke Bangi, sebab since aku kerja ni, aku akan stay di Bangi buat sementare waktu. Sebelum aku dapat rumah sewa. Susah kot nak cari rumah sewa area-area tempat kerja aku tu. Mahal lagi.

So far, bile start lapor diri hari selasa hari tu semua nya ok. Bos aku pon best. Pekerja sekeliling aku pon semuanya ramah-ramah. Cume lately lepas 2, 3 hari kitorang lapor diri, ade lah jugak dengar khabar-khabar angin dari pekerja dekat ctu yang agak tak puas hati dengan kitorang. Yang lapor diri bersama-sama dengan aku hari tu ade 3 orang. So, kitorang 3 orang lah yang diorang mengata tu. Ade khabar-khabar mengate kan, yang kitorang tak layak untuk dapat jawatan ni, sebab gred 27 and lagi satu jawatan yang kitorang dapat nie tetap. So, ade sikit ketidakpuasan hati di situ. I was like, what the hell, yang ko tak puas hati kenapa kan. Ade aku kisah??. Janji aku dah ade kerja, tetap lagi, and aku buat semua kerja aku sampai siap, aku tak peduli dah ape yang diorang nak kate ok.

Skop kerja aku more kepada buat minit, sebab aku bekerja dengan SETIAUSAHA SUHAKAM, memang banyak minit yang aku kena uruskan untuk die, masuk meeting tu mungkin tak lah, sebab menurut kata diorang aku jarang masuk meeting tapi selalu handle minit mesyuarat. Aku ok jek. Tak kisah sangat pasal kerja-kerja aku tu. Lagi banyak kerja aku, lagi bagus, dapat timba pengalaman lebih. hehe. Poyo jek bunyi nye. haa.

Ok lah, mungkin after this aku jarang kot dapat update blog and fb aku Banyak lagi bende aku nk story ni, tapi takde masa. nanty aku story2 and update k. ok.bye !!




Friday, March 11, 2011

: Kenapa boleh jadi macam ni :

Hari ni satu hari aku follow mak, ayah dan Mak Usu aku ke Pejabat Tanah di Wisma Persekutuan di Seremban. Aku follow sebab aku kena buat akuan sumpah untuk lapor diri di SUHAKAM KL, minggu depan. Jadi, nak tak nak kena lah follow. Mula-mula sampai di pejabat tanah tu,. kitorang semua kena lah tunggu sorang lagi adik mak aku, pak tih aku sampai dari Palong. Lambat lah sikit. Kitorang datang snie sebab ade bicara pasal hal tanah. Dah nama pon kat Pejabat Tanah, takkan nk settle hal lain plak kot kan. Dalam pukul 9 Pak Tih aku pon sampai. Lepas tu, around pukul 10.30 diorang pon masuk bicara.

Then, habis bicara, dah settle kan pembayaran semua, ape korang ingat tak bayar?, masuk tandas pon bayar 20 sen taw, ini kan plak nak settle kan hal-hal mcam ni, kena Rm 300 kot. Lepas tu, orang pejabat tanah tu nak kitorang pergi cari salinan geran plak di Pejabat Tanah di Kompleks Pentadbiran Seremban 2. Bila tang part ni lah, pelbagai masalah berlaku. Masa dekat snie buat aku sedar and nampak macam mana cara orang-orang kerajaan ni bekerja. Dah la lambat, lepas tu dia orang macam main tarik tali and campak-campak jek kita. Situasi yang berlaku :

Sesudah jek mak, paktih and mak usu aku keluar dari bilik bicara and dah buat semua pembayaran, mak aku kate Hakim kat situ suh pergi ambil BORANG P di Pejabat Tanah di Seremban 2 dan bukak fail lama atas nama arwah atok aku, Hakim tu kata fail tu mesty ade kat pejabat tanah di s2, kena dapatkan fail tu dan bawa ke pejabat tanah di pekan seremban. Borang P ni kena amik sebab diorang nak pecah geran. So, kitorang pon pergi lah ke Pejabat di Seremban 2. Bila sampai sana, terus amik nom giliran, tak sampai 5 minit orang tu dah panggil ke kuanter. Mak aku terus mintak borang P tu, bila kitorang tanya nak bukak fail tu, diorang kata fail tu takde dekat diorang. Ok, fine.

Kitorang pon terus isi borang tu dekat meja berdekatan. Tapi disebabkan kitorang tak bape nak faham cara nak isi borang tu, aku pergi lah tanya dekat kuanter dia balik, pastu diorang macam jawab acuh tak acuh jek. And cakap pergi dekat Pejabat Tanah dekat Pekan Seremban, diorang tahu. Ok, fine lagi sekali pergi ke pejabat tanah pekan seremban. Bila sampai dekat sana plak, tanya dekat orang yang jaga kuanter kat ctu, diorang kata aku salah isi borang. Diorang bagi borang baru, Borang P tu. rupenya borang P tu ade jugak dekat Pejabat tanah pekan seremban, so watpe diorang suh kitorang pergi amik borang p tu dekat Pejabat tanah s2, wat penat kitorang jek.Memang macam cilak betol . Lepas tu, suh pergi juga ke Pejabat Tanah s2, suh cari jugak fail lama tu. Ikut nombor yang ade dekat geran tanah. Sekali lagi diorang macam main campak-campak jek kitorang ni, bukan nak terangkan betul-betul. Cara diorang terangkan pon acuh tak acuh jek. Sakit hati betul.

Disebabkan kitorang nak settle kan hal ni hari ni jugak, nanty tak payah lah ayah and mak aku nak amik cuti lagi, kitorang pergi lagi sekali ke Pejabat tanah s2. Kat sana, ayah aku dah naik angin dah. Ape lagi, kena lah tengking dengan ayah aku. Diorang ni, bile dah kena tengking, kena marah baru lah nak bergerak, taim tu lah sibuk nak call pihak pejabat tanah seremban lah, nak tanya itu ini lah, nak semak lah. Taim mase mule-mule kitorang datang tak nak plak kau wat mcam tu, mentang-mentang kiteorang follow jek. Sabar kitorang ni ade had die. Dah lah dengan jam segala lagi. Minyak lagi sebab 3,4 kali pergi ulang alik. Kena nak bersuare keras sikit baru lah diorang akan wat. Rupenye bukan nak bukak fail, tapi nak salinan geran. Orang kat pejabat tanah seremban tu pon, cakap putar belit, diorang sendiri yang kata suh BUKAK FAIL, bukan suh BELI SALINAN GERAN. Sebab tu masalah pon timbul. Lain kali saling berhubung lah antara satu sama lain, ni masing-masing nak lepas tangan. Yang sorang suh kitorang ke sana, yang orang sana suh kitorang ke sini. Mcam mana nak settle macam tu. Lama-lama dah hilang sabar, kena tengking sekali. Baru kecut perut.

Aku tahu aku pon bakal bekerja di dalam jabatan kerajaan tak lama lagi. Sebab itu aku rase, aku patut alert bende-bende macam ni, supaya aku tak akan buat orang awam macam mana orang gov dekat Pejabat tanah tu buat dekat aku dan orang-orang lain. Kalau boleh aku nak upah persepsi orang tentang sikap-sikap pekerja gov ni yang orang kata pemalas, bersikap acuh tak acuh, tak mesra dan banyak lagi lah. Yelah, sampai ayah aku even dia keje gov pon, leh kutuk kata diorang ni pemalas, mentang-mentang hari ni jumaat, nak cepat balik, masing-masing malas nak buat kerja. Korang bayangkan lah tadi, aku pergi dekat pejabat tu untuk kali ke-2 kot, time tu rase nye baru pukul 12. Orang gov kan hari jumaat waktu lunch diorang dari pukul 12.45 - 2.45 ptg. Tapi diorang leh kata diorang nak tutp ofis pukul 12.15, sampai pukul 2.45, padahal waktu lunch diorang lambat lagi. ok lah, mungkin betol diorang rehat pukul 12.15, tapi dah terang-terang dekat waktu bekerja diorang gov rehat start pukul 12.45..cmne leh jadi kul 12.15 plak ni?..ha, aku bakal bekerja di gov, n terang2 ade tulis perjanjian dekat surat yg aku terima dekat ctu waktu bkerja start pukul 8-5 @ 8.30 - 5.30 @ 9-6..and waktu rehat diorang pukul for friday 12.45 - 2.45..takkan time rehat nk cepat, time habis rehat pon nak habis lambat gak..its not fair kan..ha, cm mana tu?? Ayah aku yang kje gov pon kate yang sama. Nampak sangat kot masing-masing pemalas nak kerja.

Aku harap bila aku dah join gov nanty, aku dapat bekerja dengan sebaik mungkin. Insyallah.

Thursday, March 10, 2011

: Konvokesyen ke - 20 PPD :

Alhamdulillah, majlis konvokesyen aku dah pon selesai dengan jayanya.
Sorry sangat-sangat sebab lambat post entry ni.
Btw, di kesempatan ini nak ucapkan:
TAHNIAH BUAT SEMUA GRADUAN PPD.
&
Terima kasih pada semua kawan-kawan, family yang sudi datang,
dan akhir sekali untuk EN PIPIN sebab sanggup datang pagi-pagi untuk pergi konvo saya.
Masyih sangat-sangat sayang.
Maaf juga kepada kawan-kawan yang tak sempat aku nak jumpa, nak say hi, nak snap picture sama-sama yer sebab kesuntukan masa dan masa banyak di habiskan dengan family.
ok lah, ini ade sedikit gambar untuk korang cuci mata.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-













Tuesday, March 8, 2011

: tak tahu nak rasa ape :

Malam nie, bile bukak jek FB, hampir semua post pasal konvo hari ni, lepas tu upload gambar. Pehh..tak tahu nape aku rasa macam terkilan jek plus sedih kot. Tak tahu lah nak kate macam mana. Mungkin salah satunya aku rasa konvo ni tak best sebab aku bukan sambut dengan batch2 aku kot, lagipon ade kawan aku yang tak dapat hadir konvo kali ni. Keadaan macam kucar kacir, everything macam nak kena rush-rush, terkejar-kejar. Benci betol.Then, ramai kot kawan-kawan yang aku tak dapat jumpe. Sebab parents aku nak balik cepat, just tinggal aku dengan pipin jek. Lepas jek aku keluar dewan, snap-snap pix jap ngan parents aku, then diorang pon nak balik. Aku tak kisah sangat pasal tu, lagipon nak wat pe lame2 kan, lagipon ipin ade dengan aku, bukannya aku sorang-sorang.

Skunk ni, gambar pon aku malas nak upload, and tak post ape-ape pon pasal konvo tadi. Benci betol perasaan macam ni. Shuh~, pergilah jejaoh wahai perasaan yang tak best nie.

-_-'





Monday, March 7, 2011

: Jalan-jalan makan satay :

Tetiba dalam pukul 6 tadi, pipin call aku. Dan tetiba plak dia ajak aku makan satay. Aik, pelik?. Gaji pon belum lagi nak belanje makan plak. Puas aku tanya die, mana dapat duit belanje aku makan nie, jawapan die MENANG TOTO. Memang nak kena sembelih lah tu dengan aku main toto segala. Puas aku desak, dia still tak nak bgtahu aku. Ok, fine!. Oh, lupe nak gtahu, sepanjang weekend ni, anak-anak pak uda aku tinggal dekat rumah aku ni for 3 days. Start dari hari jumaat sampai ahad, means hari ni lah. Sebab pak uda and mak uda aku pergi Vietnam atas urusan kerja. Jadi anak-anak diorang takde sape nak jage, jadi mak aku pon tolong lah jage kan. Memang riuh lah umah aku sepanjang 3 hari ni.

Ok, bact to the story. Pipin janji nak amik aku pukul 8 malam. Dia suh ajak adik aku sekali. So, kitorang pon pergi bertiga. Kebetulan masa pipin datang, pak uda aku pon memang nak gerak balik ke Merlimau, Melaka dah. Pipin plak malu-malu nak masuk ke kawasan rumah aku, sebab sedara mara aku ramai kan.

Kitorang makan satay di Kajang. Memang puas dan sedap lah satay die kan. Kitorang melantak bertiga. Satay ayam 10 cucuk, satay daging 10 cucuk, satay perut lembu 10 cucuk. Pastu tapau lagi, satay ayam 30 cucuk untuk mak ayah aku. Memang licin lah. Lagi-lagi adik aku dengan pipin makan macam masuk pertandingan makan satay paling banyak. Adik aku suka makan satay perut lembu, hampir semua satay perut lembu tu zaza yang habis kan, aku pulak memang tak suka perut lembu. Aku banyak makan satay ayam dan daging. Walaupon satay daging dia liat, tapi aku tetap habis kan jugak sebabnya sayang beb. haha

Suasana tempat makan dia memang best. Hiasan-hiasan macam motor-motor lama, barang-barang lama yang dia letak kan dekat restaurant tu, rasa macam makan kat restaurant tradisional plak. Kedai 2 tingkat jadi tempat memang banyak, takde lah sesak and tak cukup sit kan, sebab pengunjung yang datang memang ramai. Habis dari makan satay, kitorang jalan-jalan plak dekat bazar-bazar yang berdekatan. Saja jalan cuci mata. ^_^

Yang kurang best aku rasa keluar kali ni sebab pipin plak sakit kepale. Sian die. Angin kot. Nak borak - borak pon takde mood. hee. Tak pon keje kuat sangat kurang rehat. Overall, memang seronok. Lagi pon aku nak habis kan masa-masa aku untuk minggu nie dengan dia, sebab minggu depan aku dah tinggal di Bangi, dan aku bakal mula bekerja, jadi memang akan susah untuk jumpa die lepas nie. Waaah..sedihhh!!.

Oh, lupe, esok aku akan mula raptai untuk konvo hari selasa ni, Wah, seronok nye!!. Tak sabar nak jumpe kawan-kawan aku esok. Excited, excited jugak, mata nantok dah ni, esok nak bangun pagi. Even raptai petang, tapi kitorang bajet nak kumpul dekat seremban pukul 12,jadi sampai PD, lebih kurang dalam pukul 1 lebih lah. Ngam-ngam lah kan. Tak delah lewat sangat, dan takdelah cepat sangat.

Sebelum terlupa, ini pix kitorang masa keluar makan tadi. Enjoy k !. ngee.



Aku & Chinta ^_^

Bil.

Zaza

Hazalina

Ok lah korang, nak tidor dah, nantok. Esok tak cukup tidor plak kan. Kepada sape kawan-kawan dari PD yang akan pergi raptai esok, kite jumpe di sana ok!. Nyte. Love u.

Friday, March 4, 2011

: Boleh plak main tertinggal-tinggal eh :

Aku dah pun telefon pihak SUHAKAM pagi tadi. Guess what?. Borang medical check up dan borang-borang sewaktu dengan nya tu rupenye boleh plak diorang tertinggal bila nak poskan kat aku. Masa tu aku rasa macam "damn !! , boleh plak jadi macam tu ". Dahlah aku kejar masa kot , nak prepared bende-bende tu semua. Diorang nie tak alert langsung pasal bende-bende nie. Kan dah menyusahkan aku namenye nie. Hadoiyai !. Ponin palo den.

Lepas satu masalah, satu masalah. Dari stdy dekat PPD dulu sampai lah nak keje, kalau terlibat dengan gov ni mesty ade jek mslh. Takpe-takpe. Insyallah, aku boleh hadapi semuanya. Anggap semua ni ade hikmah disebaliknya. ^_^

Korang doakan lah supaya semua urusan aku selesai dengan jayanya k. Thanks for reading !!.
Adiosa~

: Penink biler baca surat-surat cinta aku ni :

*Bukan niat nak riak ke, jobo ke, nak poyo2 ke, nak menunjuk2 ke kan tapi nak kongsi masalah dengan korang pasal masalah aku sekarang ni. Tapi kalau korang still nak pikir macam tu, ha lantak korang lah kan. Ade aku kisah?. huahua. Ok2, back to the story. Macam yang korang semua tahu, aku dah pun dapat surat daripada pihak SUHAKAM tu, tapi bile aku bace-bace balik, ade few things yang aku kureng nak paham. Ayat kat dalam surat tu memang buat aku penin yaw. Aku nak explain kan korang pon tak tahu camne. Example :


c) menjalani pemeriksaan perubatan dengan menggunakan Borang Am 402 Pindaan 4/87 berkembar (dikecualikan bagi pegawai-pegawai yang telah menyempurnakannya, melainkan jika dikehendaki berbuat demikian )


Tang ayat nie, yang aku tak paham nye, Pihak diorang suh wat medical check up, gune BORANG AM 402 PINDAAN 4/87 BERKEMBAR, tapi tang celah mana aku nak dapatkan surat tu, selalunye borang tu pihak diorang yang akan bagi dan sediakan. Yang aku tinggal nak pergi buat medical check up jek. Tapi nie takde plak. Pelik-pelik. Aku dah tanya dah semua kawan-kawan aku yang dapat kerja gov, memang diorang kate pihak tempat diorang bekerja tu yang akan sediakan. Ha, tak ke tu masalah nama nye.

Banyak lagi lah kemusyikilan aku. Jadi, esok aku kena call pihak diorang nie tuk double check bende-bende yang aku perlu buat. Sangat-sangat risau. Dah la lagi 2 minggu aku nak kena lapor diri. Pheww~!!.

p/s : sangat haus dan risau, jadi pekena susu DUTCH LADDY . Fuhh..lega cek~!.
ngee~

Thursday, March 3, 2011

: Surat Cinta Dah sampai :


Yeah!!. Surat cinta aku dah sampai. Surat ape?. Surat daripada SUHAKAM tu lah. Surat yang aku tunggu-tunggu , yang aku risau sangat tak sampai nye tu. Aku dah amik dah dekat pejabat pos Port Dickson. Masa aku nak pergi amik dekat pejabat pos PD tadi, ada satu cerita yang berlaku. Meh aku cerita kan. Aku pergi pejabat pos tu dengan ayah aku. Sampai dekat sana, nak cari parking, tapi parking takde, so ayah aku just tunggu dalam kereta and parking kan kereta beliau dekat tepi jalan berhadapan dengan Maybank kalau tak silap aku. Memang jaoh lah. Aku jek pergi sorang-sorang masuk kat dlam pos office tu. Masuk jek kat dalam, aku terus ke kuanter and tanya pasal surat aku. Before aku nak pergi pejabat pos nie, dekat rumah aku dah pon call pejabat pos PD nie siap-siap and tanya ade ke tak surat aku dari SUHAKAM sampai. Dia kata ade, and suruh aku datang amik, and pesan masa nak datang amik tu jumpe dengan Ketua Pos.

Then bile sampai sana aku pon cakap lah nak berjumpe dengan Ketua POs nak amik surat tu. Masa kat kuanter tu plak, ade lah 3 orang pekerja dia, sorang laki dan dua orang perempuan. Aku tanya kat mereka-mereka nie lah. Bila aku tanya dekat diorang, diorang macam tak nak layan aku. Then , pekerja lelaki nie jek yang layan aku. Dia tanya aku ni NOR HAFIZAH ke?. aku cakap lah yer, aku datang nak amik surat aku. Lepas tu yang pekerja perempuan 2 orang ni duk menyibuk, die kate ayah aku ade kat belakang tengah amik surat. Aku pon pelik, bile mase ayah aku ade kat belakang padahal ayah aku kat dlm kereta tunggu kereta die sebab tak dpat nak cari parking. Ajaib di situ. Aku pon bertegas lah yang ayah aku kat parking kereta . Diorang plak tetiba leh cakap kat aku cam gnie " KAU NIE BAPAK KAU SENDIRI PON KAU TAK MENGAKU?". Aku bengang lah, boleh diorng cakap camtu dekat aku. Tak de budi bahasa langsung. Aku punye lah tanya diorang baik-baik, diorang leh cakap camtu. Pastu last-last diorang suh aku ke belakang. Bila dah sampai kat belakang upenye pakcik aku, die pon datang nak amik kan untuk aku surat tu rupenye. Memang surat tu aku alamat kan ke rumah die atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, yang orang-orang pejabat pos tu kate ayah aku tu, rupenye pakcik aku. Aku pon masa tu tengah geram, bile sampai kat belakang tu nak amik surat, aku pon jerit sampai satu gudang tu dengar aku jerit "INI BUKAN AYAH SAYA, TAPI PAKCIK SAYA ". Masa tu baru diorang nak tersipu2 malu. Kan dah. Aku dah kata bukan tu bukan lah. Tang celah mana ayah aku leh tetiba ade kat belakang padahal jaoh kot die parking kereta. Jadi sekarang surat tu dah pon selamat sampai. Sekarang aku tengah dalam proses nak buat akuan sumpah, medical check up dan banyak lagi lah.

Ok, takat tang ctu jelah aku bercerita dengan korang eh. Adios~!!

p/s : kepada orang-orang pejabat pos PD atau sesiapa jelah, SILA LAH BERBUDI BAHASA SIKIT.
BUDI BAHASA KAN BUDAYA KITA. =)

Wednesday, March 2, 2011

: Risau :

Aku tengah sangat-sangat risau sebab surat dari SUHAKAM tu tak sampai lagi ke tangan aku. Diorang dah pos laju hari isnin hari tu, so mesty hari ni surat tu dah sampai kan. Risau nye. Surat oo surat, nape ko tak sampai lagi eh. Please sampai lah cepat, aku sangat-sangat risau ni. =(. Selagi surat tu tak sampai, selagi tu lah aku risau, and tak confirm aku betol-betol dapat.