I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

: Syukur alhamdullilah :

Syukur sangat. Pagi tadi dalam pukul 9.00 pagi aku dapat call. Mule-mule ingat tak nak angkat sebab nak tidur punye pasal. Tapi last-last aku angkat jugak. Nak tahu paanggilan dari siape?. Dari SUHAKAM weyh. Ingat tak yang aku ade pergi interview hari tu dekat KL. Aku dapat kje dekat ctu sebagai SETIAUSAHA gred N27. 15 mac lepas konvo nanty aku akan lapor diri dekat SUHAKAM KL.

Aku mungkin akan tinggal di Bangi, rumah makcik aku untuk sementara ni. Akhirnye, setelah lama tunggu untuk mule bekerja balik, dapat jugak aku kerja. Sangat-sangat gembira =). Tak sabar nak mule bekerja. Sangat-sangat excited!!.

: Tetiba saya rasa rindu dekat kamu ALLY ISKANDAR ku :

Tiba-tiba aku rasa nak bukak profile kau dekat fb. And bile aku tengok semua picture ko, yes!. Aku ngaku kau chumel macam ALLY ISKANDAR. Because of dat lah aku selalu akan panggil ko Ally Iskandar dan bile aku nampak Ally Iskandar kat tv, sure, confem, pasti, aku akan cepat-cepat mesej ko. Tahlah, taim tu aku macam bayangkan ko yang cakap, ko yang wat lawak. Aduh sungguh chumel.

Tahlah, tetiba rasa nak stalker kau malam ni dekat fb.hee. Saja. Tetiba rindu, walaupon baru sat tadi kite bermesej kan. hee. Dan tetiba jek bile aku tengok pix ko, aku rasa bersalah sangat sebab hal dulu-dulu kite. Sumpah, aku tak pernah berniat nak luke kan hati kau. Kau lah kawan lelaki aku yang paling baik, paling bagus dan banyak lagi lah paling paling dan paling lagi. Mungkin jodoh kite takde untuk ketahap seterusnya kan. Cukuplah sekadar kawan biase atau pon teman tapi mesra. Mungkin kau lelaki yang terlalu baik untuk aku. Maklum lah aku ni jahat kot. Aku rasa sepanjang kenal dengan kau, aku rasa aku banyak luke kan hati kau, sampai kawan kite pon terpakse bercerita hal-hal yang buruk pasal aku dekat kau. Dan sampai tahap kau macam dah tak percaya kan aku langsung. Takpe. Mungkin tu memang salah aku.

Dan aku pon tak pernah nak salah kan kawan kite tu sebab ceritakan cerita-cerita pasal keburukan aku dekat kau. Sumpah aku sedih. Aku rasa sepatutnya kite dah kenal lama, kau sepatutnya kenal aku , kenal hati budi aku, kenal siapa aku. Sampai satu tahap aku nak menjauhkan diri aku daripada kau. Mujur sekarang hubungan kite semakin baik cume jarang mesra-mesra lagi macam dulu kan. Kau perasan tak?.

Aku mintak maaf atas semua kesalahan aku pada kau dulu. Aku harap kite akan jadi kawan yang paling best macam dulu-dulu balik. Sumpah aku rindu kenangan - kenangan kite dulu kawan. I am so sorry again to what i have done to u before =(


Sunday, February 27, 2011

: Lagi seminggu :

Haish, lagi seminggu jek lagi nak tiba my BIG DAY, ape lagi kalo bukan Konvo. Excited rasa nye. Yelah, selama ni aku dapat tengok jek turn orang lain konvo, skunk tiba lah masa aku plak. hee. Sangat-sangat excited ok. Tambah-tambag lagi my sayang inchik PIPIN datang sekali. Lagi lah bertambah hepi ok. hee. Gedik no bunyi nye.

Petang tadi jugak aku pergi survey tudung putih. Susah upenye nk cari tudung putih ni yer. Nasib ade. Kalo tak, tak bertudung lah aku hari tu. Boleh plak tak pakai tudung kan kat poli tu. Dah alang-alang beli tudung, beli plak barang lain. haha. Alang-alang kan. Mood mak aku plak baik taim tu, paw lah. Alah, sekali sekala.

Mgu ni piko nak datang umah aku, leh kite g sma-sama nanty k piko. Tak sabar nak jumpe ko, nak borak-borak sampai lebam. Selama ni story morry kat dlm fb jek , jumpe?? memang tak lah, sebab piko jaoh kat JB nun, aku plak kat cni N9. Nak borak-borak cmne kan.

=) MUKE HAPPY

Tak sabar nak konvo & jumpe kawan-kawan yang dah lama tak jumpe.


Saturday, February 26, 2011

: Kira Kambing :

1 ekor kambing
2 ekor kambing
3 ekor kambing
4 ekor kambing
5 ekor kambing
6 ekor kambing
7 ekor kambing
8 ekor kambing
9 ekor kambing
10 ekor kambing
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

100 ekor kambing

wargh!!!..sumpah tak boleh tidur =(


Thursday, February 24, 2011

: Hubungan yang lama terjalin, putus di tengah jalan :

Hai sayangs !. Aku nak tanya korang lah. Bagaimana eh, perasaan orang yang lama bercinta, tetiba one day, percintaan diorang tu putus ditengah jalan. Yelah, couple sampai 7, 8 tahun, tup tup hari ni dapat tahu hubungan tu dah terputus. Diorang dah buat hal masing-masing. Eisy, mesti sedih giler. Agak-agak memang leh jadi gile kot. Setakat nie, aku tak pernah lagi jadi mcm tu. Pernah lah couple sampai 3 tahun, tapi aku yang putuskan jadi rasa kecewa tu taklah makan dalam sangat kan. Tapi, pernah bercinta 4 bulan jek, tapi BF aku masa tu lah, orang yang paling aku sayang, paling aku taat setia jiwa dan raga lah. Memang orang kata cinta sejati lah konon. Then, lepas 4 bulan, dia curang. Masa tu, aku rasa macam down giler. And nasib ade kawan yang setia dengan aku. ie lah yang temankan aku malam-malam, kalau aku sunyi. Sampai kan aku bergayut dengan kawan aku tu dari malam sampai subuh taw. Masa tu aku memang rasa sunyi sangat.

Lepas tu jugak, aku berubah jadi seorang yang senyap sikit, takut nak bercinta. Sampai aku menjadi single dalam tempoh masa yang lama. Disebabkan aku tak percaya pada lelaki. Tapi dalam pada tu aku still jadi pen 'STALKER' yang berjaya kerana selalu stalker exbf aku senyap-senyap. Dan sekarang aku dah pon menemui teman baru..aceceh, dan ex aku tu plak, boleh dikatakan kitorang jadi kawan lah sekunk, walaupon tak berapa rapat sangat. Bukan aku yang tak nak berkawan rapat dengan die, tapi dia yang tak nak, mungkin sebab dia takut Ter'jatuh' cinta dengan aku balik atau sebaliknya. haha.

Jadi, balik kepada cerita awal-awal tadi. Sangat-sangat susah nak melupakan segala kenangan dengan bf kite dulu tu kan. Yelah, hampir 7 8 tahun hidop together-gether, lepas tu hari-hari calling2, mesej2, tetiba satu hari die takde. Pandang kiri nampak dia, pandang kanan nampak dia, nak makan, nak tidur , nak mandi semuanya nampak dia. Boleh giler weyh. Then bila tengok plak couple-couple mesra-mesra, jalan pegang-pegang tangan, masa tu korang akan teringat kan balik kenangan2 lama.

So, pada sapa-sapa yang terjadi mcam nie, aku harap korang banyak-banyak kan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi and mungkin ade lelaki yang lebih baik untuk korang kat lua sana ok =).




Wednesday, February 23, 2011

: Dinner plak? :

Asalamualaikum.
Hai semua.
Aku baru tahu dari blog junior aku :


yang malam raptai hari isnin tu nanty, kite semua exstudent PPD, ade dinner. Alahai, sengal lah. Biler lak PPD gthu. memang tak g lah, dah alang2, diorang kate sape nak g ke tak ke, terpulang. Baik aku tidor kat umah, Bukan dekat Nilai ke PD, amik mase almost 1 hour jugak taw. Lagi2 tempat tak best. Memang tak g lah. huh~. Nak tidur PD, tak mau lah. Aku ade plan lain malam tu. lalala~.

Jadi, keputusan muktamad nye, aku tak nak pergi~!!. Dah.


Monday, February 21, 2011

: Faceblog :

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Sunday, February 20, 2011

: surat pembalasan dari pihak poli :

Hai semua !. Baru tadi mak aku balik dari kampung sebab ade kenduri doa selamat dekat sana. Then, mak aku bagi surat. Dari Mak Andak aku, surat konvo. Yelah, surat tu sampai umah makcik aku sebab aku gune alamat sana untuk hantar sebarang surat yang penting. Aku takut kalo hantar umah aku nanty tak sampai plak kat rumah aku kan.

Surat yang dibalas oleh pihak poli ni menyatakan bahawa hanya aku sorang jek yang boleh masuk ke dalam dewan atas sebab tempat yang terhad. Ceit, cinabeng punye poli. Dah lah bayar mahal-mahal, boleh tak bagi parents masuk kat dlm dewan tgk anak masing-masing amik diploma. haish. Geram betol.

Dari awl -awal mase hantar surat hari tu tak nak lak bgthu, yelah, nanty bagithu awl2 kunk, takut ramai lak yang tak nak datang kan. eeii..geram-geram.

Friday, February 18, 2011

: Memang macam modoh :

Hi semua. Aku nak tanya lah pendapat korang semua. Camni, aku kire leh kate rapat lah jugak dengan adik-adik ipin lebih- lebih lagi yang perempuan, yang laki nye kureng sikit. Sebab acit adik dia yang laki tu pemalu cikit lebih kurang macam ipin gak lah. Tetapi semenjak dua menjak ni, perangai dia mcam lain jek. Sebab apa aku kata macam tu, tahlah, aku dapat rasa yang perangai acit tu dah lain. Cara dia cakap dengan aku tak macam dulu, dulu kire ada gak lah sopan nye, sekunk sejak belajar dekat Politeknik Ungku Omar tu, dia jadi macam kurang di ajar sikit. Cara dia cakap pon dah lain dah dengan aku, dah ber'AKU ENGKAU ' semua dengan aku. Dulu takde pon camtu. Nada sore bila cakap dengan aku pon rendah, kire ade jugak tunjuk respect kat aku. Bukan lah sebab aku ni bakal kakak ipar die aku nak die tunjuk rase hormat dekat aku. Tak.
Kalau dari dulu dia macam tu pon takpe, ni skunk plak jadi macam ni.

Lepas tu, sekarang rajin plak die chat dengan aku dekat FB. Bahasa dia kat fb pon lain, mule-mule aku ingt ade orang gune fb die utk kena kan aku. Mana tahu, org curi password fb dia. Tapi aku tak rasa macam tu. Sebab malam tadi, aku chat dengan dia jap, lepas tu, dia macam nyaris-nyaris nak terkantoi. Aku cakap lah yang dia ni bukan acit, adik ipin. Yang chat dengan aku ni orang lain. Dia mati-mati kate dia acit. Then, aku call acit 3,4 kali jugak lah. Tak berjawap, so, aku ingt dia dah tidur lah, sebab masa tu dah pukul 3.00 pagi. Takpelah.

Then, tak lama lepas tu, mamat tu pon offline. Lepas tu, aku decide nak try call acit balik. Yang c acit ni, bodoh-bodoh, pergi angkat lepas mamat kat fb tu offline, so nampak sangat lah memang dia. Masa aku online dengan mamat tu, ko tak nak lak angkat call aku. Aku pon tanya lah acit ni, die buat ape tadi, lepas tu sore dia mcam baru bangun tidor lah konon-konon ni. Maty-maty dia kate dia tak online, dia tidor, lgipon dah pukul bape dah pon. Dia kate hantu kot yang online. Memang lagi kuat lah aku syak dia main-main kan aku. Aku pon tak delah nk panjang2 citer, terus say ok, n nk letak call tu. Dia pon bagi salam. Tapi, aku plak memang jenis yang akan tunggu orang yang letak call aku, sampai die tekan button off tu kn. Masa nak letak tu, mungkin dia ingat aku ni dah letak dulu kot, aku dgr dia ckp dengan kawan dia " Hahah..padan muke, terkena dia bodoh".So, maknenye dia memang ade dekat sebelah lah masa kawan die kena kan aku tu. Masa tu aku bingit giler. Apa masalah ko buat aku macam tu. Aku ada buat apa-apa kat ko ke sampai ko nak buat macam tu. memang macam bodoh ah.

Nasib ko adik bf aku, kalo tak memang free kena maki dah dengan aku. Dia ingat aku bodoh ke apa. VAVI~

Wednesday, February 16, 2011

: berani lah ko :

Semalam balik dari kampung, kitorang satu family terus ke Nilai. Dalam perjalanan nak balik, kitorang singgah jap dekat satu kedai Buku di area Taman Cempaka sebab nak fotostat buku adik aku. Mule-mule masuk lah satu kedai ni, tapi mesin fotostat dia rosak plak. Pergilah satu kedai lagi, sebelah menyebelah jek kedai nye. Nama kedai tu Cempaka Bookstore.

Bila masuk jek kedai buku ni, aku tengok pekerja dekat ctu tengah sibok memfotostat buku, banyak lah jugak. So, aku tunggu jelas sampai turn aku. Tetiba ade sorang awek ni, pekerje dekat ctu jugak lah, dia tanya adik aku, nak fotostat ape, adik aku nak tunjuk lah mana yang nak difotostat tu. Tapi dia main rampas jek buku kat tangan adik aku.

So, aku pon tegur lah dia, aku cakap " Eh, tahu ke mana yang nak difotostat tu, yang berlipat tu taw." Pastu, minah tu cakap " yelah, orang tahu lah, bising-bising plak ". Aku pon ape lagi, dah lah penat baru balik dari bangi, pastu keluar balik. Memang ade yang nak kena dengan aku ni. Aku pon balas lah balik "Ilek r, jgn lah nak marah-marah, dah memang keje ko. ". Terus dia diam.

Itu dah memang kerja ko, so please jangan lah nak merungut-rungut plak. Customer is always right. Nasib aku tak cakap kuat-kuat, kalo tak memang malu lah ko.

: Kisah 3 hari di Bangi, dan pengalaman semasa interview :

Hi ppppp peeps !. Aku dah pon selamay sampai di Nilai semalam. Kebetulan makcik aku nak balik kampung, jadi aku jumpe family aku pon kat kampung lah jugak. Meh cnie aku nak citer kisah 3 hari dan pengalaman aku semasa aku dekat Bangi dan menghadiri interview kat SUHAKAM.

AHAD, 13 Feb 2011

: Aku bertolak dari rumah dan dihantar oleh family aku ke Bangi, rumah makcik aku disana. Sampai dekat sana, sempat lagi mak ayah aku ber chit chat. Dalam pukul 5.30 petang, family aku pon gerak balik. Lepas jek family aku balik, aku, sepupu aku, shahira dan nurul ( adik yaya ), pergi usha tempat untuk aku pergi interview esok. Makcik aku hantar kitorang dekat LRT Sungai Besi. Dari situ kitorang kena tukar monorail di Hang Tuah. Dari Hang Tuah, kitorang ke Medan Tuanku untuk pergi ke Menara TH Perdana di Jln Sultan Ismail. Dalam keadaan yang sejuk akibat hujan, kitorang redah jugak.

Then, bila dah jumpe tempat tu, dah tahu macam mana cara nak pergi esok nye. Kitorang pon terus lah gerak balik. Masa dekat dalam LRT nak ke Bandar Tasik Selatan, orang ramai sangat, sampai bertolak-tolakan sebab nak rebut tempat. Memang padat lah macam ikan sardin. Dalam pada tu, kitorang bertiga dapat berdiri betol-betol dengan sorang mamat ni. Hensem taw. Kitorang pon ape lagi dok usha jela mamat tu. Memang stylo habis lah, dengan ipod nye, rayban nye, rambot dia yang stylo tu. Lepas tu, dia dengar lagu hindustan tu taw. Lagu faveret aku lak tu. Memang mantap habis lah. Tiba-tiba dia dapat call, dengar lah sore die bercakap. Cara die cakap macam bahasa filipine. Jadi, kitorang pon ingt die ni orang filipine lah, mungkin dia suke lagu hindustan kot. Lepas tu, dah sudah on the phone, dia dapat mesej, so kitorang pon dok perhati jelah mamat ni taip mesej. Korang nak tahu die taip mesej dalam bahasa jawi tu. Kitorang pon ape lagi terkejut lah. Tak lama lepas tu, dapat lagi satu mesej, die plak reply in malay dia tulis "Kau dekat mana ? ". Terus masa tu aku and sepupu-sepupu aku ni pandang antara satu sama lain. So, kitorang decide nak tanya dia ni orang mana, asal mana.

Ini lah antara perbualan kitorang :

Kami : Helo, helo, excuse me.. ( sambil lambai-lambai tangan dekat dia)
Mamat stylo : yes?.. (Sambil tanggalkan earphone )
Kami : sorry, i just want to know, are u malay ?
Mamat stylo : yes, why?
Kami : i see u reply ur msg in malay and jawi.
Mamat stylo : Thats not jawi but Arabian.
Kami : Arabian ?
Mamat stylo : Yes, i'm stdy arabian before.
Kami : I thought u are filipine guy, because u dont look like malay guy to me.
Mamat stylo : =), Sorry, i gtg. Nice meeting u. Bye
Kami : ya, u too. =)

Tak sempat nak borak-borak panjang, kenal-kenal, tahu nama die, dia pon dah sampai ke destinasi die, Salak Selatan. Melepas daaa~

Dalam pukul 9 lebih kitorang pon sampai lah dekat rumah. Penat tu memang lah, tapi seronok kot. hahaha

ISNIN, 14 Feb 2011

: Pagi-pagi lah dah bangun. Bersiap. Pukul 6.30 pagi dah kena gerak. Aku, yaya dan makcik aku. Nantok taw. Tapi kena lah pergi awal-awal sebab takut traffic jam lagi. Lagipon makcik aku kena masuk keja pukul 7.30 pagi. Kitorang ni yang masuk kerja dan interview pukul 9.00 & 9.30 pagi ni, kena lah menapak jap. Sampai jek di office makcik aku di Ibu Pejabat Polis Kontijen Hang Tuah, aku dengan yaya g melepak jap dekat kedai makan, sementara nak tunggu pukul 8.00 pagi.

Lepas tu, terus gerak ke monorail, dekat jek dengan office makcik aku. Aku sampai di SUHAKAM agak awal jugak lah. Dalam lebih kurang pukul 8.30. pagi. Sementara nak tunggu pukul 9.00 nak pergi naik ke tingkat 11, aku duk melepak jap dekat ruang legar bangunan tu. Tetiba terserempak lak dengan kawan aku, satu kelas, satu batch. Kire best lah, takde lah aku sorang-sorang kan. Aku orang yang ke-2 di interview, lega sebab dapat giliran cepat. Ada 2 sesi. First, kite akan diinterview second kite akan di uji dengan typing test. Pukul 11 aku dah gerak balik. Memang best sangat sebab dapat diinterview cepat. Walaupon ade sedikit berdebar-debar.

Sampai dekat office makcik aku, dia pon nak balik jugak, cuti setengah hari. heheh. Best-best.

SELASA, 15 Feb 2011

: Petang dalam pukul 3.00 baru kitorang balik ke kampung. Jadi, jumpe lah dengan mak ayah aku di kampung.


Setakat ni jelah story morry aku. Banyak pengalaman yang aku dapat. walaupon aku tak mengharap sangat pon kerja tu. Tapi aku anggap sebagai satu pengalaman. Saje nak cube. Lepas ni, kurang lah sikit rase berdebar tu kan.

ok lah, gtg~

p/s : harap-harap andai kata kalo dapat kerja dekat Suhakam ni, dapat lah jugak aku jumpe dengan mamat stylo tu. wink~ :p


Saturday, February 12, 2011

: saja gedik-gedik :

Hai. Entry ni saja jek aku wat, saja nak gedik-gedik. haha. Tak tahu nak tulis ape aku post jela entry ni. Lagipon aku rasa dah lama kan aku tak publish kan gambar-gambar aku dekat korang semua. Kali ni, sebabkan aku takde kerja, so aku merajinkan lah diri aku untuk korang k. Tapi ni semua gambar-gambar aku dengan pipin jelah yer. Gambar aku nanti lah aku upload. Jadi korang layan lah gambar yang tak seberape nye nie.


hahaha. gmbr ni memang kelaka. Masa amik gambr ni, pipin datang lepak dengan aku dekat rumah, jadi akibat saja nk sakat dia, sambil-sambil main laptop tu, kitorang pon main lah tangkap-tangkap gambar. memang masing-masing muke macam apa.haha

Taim ni pon dekat umah aku jugak. Baru balik dari PD ,masa ni aku still blaja kat PPD lagi. Pipin amik aku dekat KTM Nilai.

Masa ni, kitorang tengah karoke dengan panjang, abg Lan, Shaiful dan kakak ape tah nama die, aku lupa.

Jadi, ini lah antara gambar-gambar aku dengan pipin. Korang doakan lah aku dengan pipin kekal hingga ke akhir hayat kami. Doa kan yang terbaik untuk kami yor. ngee~

Friday, February 11, 2011

: Tolong lah jangan mengharap sangat yer :

Hi all. Macam yang korang tahu, hari isnin nanti aku akan ke SUHAKAM KL, untuk interview sebagai Setiausaha Pejabat N27. So, setakat ni, persediaan aku biasa-biasa jelah. Lagipon aku tak mengharap sangat akan dapat kerja dekat cni. Yelah, sekunk nak cari kerja bukan senang, lagi-lagi kerja kerajaan macam ni kan. Jadi, kali ni aku pergi just nak cari pengalaman jela. Kalau dapat syukur alhamdullilah, kalau tak dapat pon tak pe. Mungkin bukan rezeki aku lagi kan.

Tetapi ada pulak, sesetengah orang yang macam diorang yang terlebih excited ataw yer-yer sangat untuk aku interview dekat sini. Aku rasa aku tak perlulah nak mention dekat cnie kot siapa kan. Yelah, macam mana aku tak cakap diorang macam tu?, bile jumpe jek, masing-masing siap pesan giler-giler punye kat aku, suh pakai cantik-cantik, kemas lah, apa lah, bila nak pergi interview nanty. Macam lah selama ni aku pergi interview tak pernah plak berpakaian sopan dan kemas kan. Mungkin sebab ni teori aku lah yer, maybe sebab diorang ada terbaca surat aku hari tu, dalam surat tu dia bagtahu lah aku akan diinterview untuk jawatan SETIAUSAHA gred N27 , mungkin sebab baca jek surat tu, tengok jek gred dia tinggi, yang orang-orang lain ni macam excited.

Aku bukan apa, bila diorang dah ber yer-yer, dah excited nak aku dapatkan sangat jawatan tu, then bila aku dah pergi interview tu nanti, misalan lah takde rezeki aku kat situ, bila jumpe jek dengan orang-orang ni, diorang akan kutuk-kutuk,bebel-bebel, kata aku tak buat betol-betol lah, tak bersungguh-sungguh lah, mesty punye. Aku dah masak sangat dah perangai diorang ni. Adui, terus aku jadi macam malas gile nak pergi, tapi kunk tak pergi kunk kena hamun plak kan. so, nak tak nak, layan jela.

Thursday, February 10, 2011

: 3 kali mimpi benda yang sama, ape maksudnya tu? :

Askum semua. aku nak story dengan korang nie. Hari ni aku dapat mimpi yang sama tiga kali berturut taw. Ape maksudnya tu?. Meh aku story kat korang aku mimpi apa k. korang jangan gelak eh, sebab maklum lah, mimpi ni kan kadang-kadang tak masuk akal dan bodoh- bodoh jek.

Ok. Mula-mula aku mimpi, aku pergi potong dan highlight rambut aku. Lepas tu, aku pergi plak tunjuk dekat pipin. Dan-dan, bile aku tunjuk kat ipin, ipin marah aku. Dia tanya " Nape aku tak pakai tudung?, nape pergi highlight rambot aku plak?. Dalam mimpi tu kitorang gaduh besar pasal hal kecik tu jek. Lepas tu, dia nk mintak putus plak. Terus aku tersedar dari mimpi.

Kedua, mimpi kali kedua nie aku tak berapa nak ingat. memang aku lupa terus. Mimpi yg kali ketiga aku mimpi, starting-starting dah gaduh besa. Dalam mimpi tu aku bangun-bangun tidur jek terus cari telefon rumah, sebab nak call ipin. Masa aku call ipin dalam mimpi tu, ipin kata " Lepas nie jangan buat lagi, ini kali terakhir dia maafkan aku, lepas nie tak de peluang kedua lagi dah ". Then, terus aku tersedar dari mimpi tu.

Bila aku ipin bgtahu pasal mimpi ni, dia kate takde apa-apa lah, mimpi kan mainan tidur. Dia takkan sekali-kali buat macam tu, dia ade aku sorang jek, mana ada orang lain. Tapi aku cume pelik kenapa sampai tiga kali. Musykil taw. Risau jugak.


: ting tong :

weyh, korang rase lah bila aku ciom-ciom tangan aku ni dah angau eh ?.
Nie semua gara-gara aku jumpe ipin la tadi ni, kan dah bau ipin.
Mak!, aku rindu ~

Wednesday, February 9, 2011

: Next ! :

Ok. Sekarang bende-bende yang aku nak settle kan dah kira settle lah jugak sekarang. kalo korang bace post aku before nie, aku ade kate yang aku nak pergi kedai, nk g fotostat, print resume dan sijil-sijil aku. Sekarang, semuanya dah hampir selesai. Esok nak pergi pos kan surat konvo dekat pejabat pos plak. Lepas tu, mgu depan nak pergi cc balik, nk pergi isi kajian pengesanan graduan plak lepas tu nak print sekali. Kenapa aku tak buat kat rumah jek, padahal umah aku ade line internet?, mesty korang tertanya-tanya bende tu kan. Untuk korang punye pegetahuan lah, internet memang ade, printer aku plak, time-time nie ink habis. Ayah aku tak ganti lagi, tu yang masalah tu. So, terpakse lah aku pergi cc, lepas tu print dekat sana.

ok lah, nak pergi susun sijil-sijil dan resume aku dulu. K chaow~!

: after this :

Hari ni dah hari rabu, esok dah khamis. Surat-surat konvo semua aku tak post lagi. Adoiyai. Malam nie baru nak settle kan, nak pergi fotostat, nak pergi print resume, alumni tu lagi. Harap-harap takde bende yang aku takkan lupe. Aku nie kan pelupe sangat. Semua bende nak kena catit, and buat dengan ASAP, kalo tak, confirm aku lupe. Bila tiba hari nak gune, nak hantar nanti, baru lah nak lupe sana, lupe sini. Part tu yang aku menyampah tu. So, jap agi nak pergi settle kan semua bende-bende nie. Hari isnin nanty aku dah takde masa, selasa dah cuty. Takut tak sempat lak. Ok lah, Chaow~

Sunday, February 6, 2011

: asal cuti jek khawin, asal khawin jek cuti :

Hi all !. Sebelum aku lupa, aku nak ucapkan GONG XI FA CHAI, kepada semua yang menyambut perayaan Chinese New Year tahun ni. Banyak dah limau aku dapat tinggal angpow jek yang tak dapat-dapat lagi nie.hehe. Btw, aku bukan nak cecita pasal Chinese New Year, aku nak cecite pasal CUTI, yes CUTI. Yela, tahun nie semua rakyat malaysia dapat cuti lama kan sempena tahun baru cina nie. Ada yang 4 hari, ada yang 5 hari, yang 6 hari pon ade..uih..Dasyat!!.haha.

Jadi, bila dah cuti nie ape lagi, banyak lah kenduri-kenduri kawen, berkhatan, bertunang dan macam-macam lagi lah kenduri yang kite mesti kena hadir kan diri kan. Macam aku 4 hari cuti nie, sibuk jek. Semalam aku pergi kenduri kawen dekat Banting, sedara sebelah mak aku. Baru aku tahu selama nie aku nie kira ada darah jawa jugak tapi dah jaoh. Mak aku lah yang cerita sebab arwah atok aku iaitu ayah mak aku, orang selangor. Outomatikly konfom mesty orang jawa kan.haha.

Tengah hari pergi attend kenduri tu, lepas tu g jalan jap kira macam ziarah jugak lah umah sedara-sedara mak aku. Petang nye plak, kitorang pergi seremban nak carikan buku untuk adik aku. Fuhh..penat yaw.Malam baru sampai rumah. Hari ni plak, ikut ipin pergi Tanjung Sepat dekat Morib nun, kawan die masa zaman main motor dulu kawen. Pukul 5.30 baru aku sampai rumah.

walaupon rasa penat tapi seronok tu ada lah, dapat jugak spend time masa walaupon sekejap dengan ipin. Sorry lah eh, kali nie gambar takde lah, segan lah nak amik, sebab kitorang lepaking dengang kawan-kawan moto die, aku rasa lebih 20 orang kot yang join tadi, masing-masing dengan motor diorang, kitorang je yang naik kereta. Yang budak-budak motor iring pengantin, yang kitorang yang naik kereta nie, ikut lah belakang budak-budak motor tu. ok, dah lah tu, aku nk tengok awan dania nie, k chaow~

p/s : baju pengantin perempuan tadi cantik lah, warne merah campur hitam, cantik sangat!
Bila nak tiba turn aku ni?.haha*gatai no*






Thursday, February 3, 2011

: settle satu perkara, bukan satu banyak kot :

Hai sayangs !. Hari rabu hari tu aku dah settle kan few things untuk konvo nanty, antara nye bank in duit dekat CIMB, pergi pejabat pos beli setem dgn sampul pos express untuk hantar surat jawapan ke POLI PD nanti. Sambil-sambil tu ayah aku suruh bayar kan bil astro sekali dekat pejabat pos, dah alang-alangkan.

Pehh..lama kot masa aku g bank in duit dekat CIMB tu. Dah la aku nak buat 2 pembayaran, satu untuk Koperasi Poli PD, and satu lagi untuk Persatuan Alumni POLI PD. Memang banyak dah duit melabur dekat poli PD nie, mentang-mentang la POLI PD nie tahu walau ape pon terjadi kitorang memang akan pergi konvo nie punye die hentam kaw-kaw punye. Modoh betol. Ade ke, kalau pergi ke tak pergi ke tetap kena bayar jugak RM 50 hinggit untuk Persatuan Alumni tu. Padahal aku rasa tak la pentings sangat takat kena sign in dekat satu laman web nie, laman web nie under poli jugak la. Sengal betol. Kalau tak bayar untuk persatuan nie, diploma kitorang kena tahan, ade ka patut?. Ok, balik ada cerita mula-mula tadi, nie dah jaoh dah menyimpang nie. Masa dekat CIMB tu, akibat aku tak nak menggunakan mesin cash deposit, aku kena la masuk kat dlm bank tu and amik angka giliran. Nak tahu bape nom aku.. 1091..masa tu nombor angka giliran baru 1028. Menapak la aku kat CIMB tu, aku rasa lain kali datang nak bawak bantal selimut semua, leh tidur sambil aku menunggu kat situ. Aku tunggu dari pukul 11 hingga 12.30 tgh hari baru la settle.

Lepas tu, aku ke Pejabat pos plak, kat cnie pon sama, nombor aku 1179, masa tu baru 1137..adoiyai. Sabar jela. Nasib la pejabat pos dekat situ dalam giant, takdela boring sangat nak tunggu kan. Sementara nak tunggu tu leh la jalan-jalan, shopping ke ape ke, bagi yang ade duit la. Aku nie memang tak la nak g shopping kan, window shopping boleh la. Kuanter kat pejabat pos tu pon satu, dah tahu orang ramai bukak la 2,3 kuanter nie tak satu kuanter jek die bukak. Panas jek hati aku.

Moral of the story: lain kali nak uruskan bende-bende yang melibatkan nombor angka giliran nie, kena la kite tidor kat depan bangunan tu. Baru boleh dapat nombor angka giliran 1.

Tuesday, February 1, 2011

: Macam-macam benda nak buat esok :

Hai semua !, buat ape?. Aku tengah prepared untuk esok. Esok pagi nak pergi bank and nak g pejabat pos esok. Pergi bank nak bank in duit untuk konvo, g pejabat pos nk beli setem la, settle kan bil astro la. Penat betol nak settle kan hal konvo nie.

Excited tu memang la excited tapi lama-lama jadi malas sebab banyak bende nak kene settle. Macam la gempak sangat konvo aku nanty. Padahal biase - biase jek. Poli nie saje nak menghabiskan duit aku. Ade ke kalo tak bayar itu ini, sijil kena tahan. Tak sakit hati macam tu.

Memang menyusahkan !.