I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 21, 2011

Sejak bile aku bukak PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK ISTIMEWA

Hari tetiba lepas balik dari lunch, aku tgk dlm bilik ehem2..terang, means aku ingatkan ada lah DIA dekat dlm tu. Kebetulan, hari nie, Ct tak lunch dgn kitorang sebb dia ada banyak keje kena uruskan. Ok, takpelah. Bile balik dari lunch, aku pon terus call Ct, tya dia makan kat mana?, tapau ape?. Tetiba, ehem2 tu balik. DIA terus macam ckp kuat-kuat and macam nak perli-perli aku lah konon. DIA ckp "takde orang nak bawak anak saya keluar, biarkan jek anak saya tak makan".*sambil memandang aku*.

Aku masa tu dalam keadaan *asal nie?, kenapa nie?* mcm blur sekejaplah. Yelah tetiba jek tengah borak2, main jerit2 dgn ct, dia datang macam tu jek. Aku rasa macam *Pehal plak aku??, anak kau kan?. And, sebelum rehat tadi, aku memang tahu diorang dah balik, sbb msaa dekat ground floor bangunan aku, aku nampak kereta tan sri and nampak pegawai-pegawai yang pergi mesyuarat tu nak keluar pergi lunch. Aku tanya knap, diorang dah lama balik ke?, knap kata dlm 10 minit sebelum kitorang keluar, diorang dah balik. Jadi, semestinya ehem2 tu dah balik sama-sama dengan diorang.

Jadi, kenapa plak aku yg nak kena jage anak kau tu? WTF**. Aku bukan pengasuh ok. Aku nie muda lagi, banyak lagi hal, life aku yg perlu aku utamakan. Korang boleh bayangkan tak, takkan tiap-tiap pagi, aku dtg ofis, bila dia sampai, aku kena masuk bilik, tya anak dia dah makan ke?, nak makan tak?, nak makan ape?. takkan kot aku ak buat mcm tu, aku yg ade adik, bf pon tak pernah nak buat mcm tu. Ini anak kau, tanggungjwab kau lah. pehal aku plak.

Sekarang, bila takde orang nak layan anak kau mcm dulu-dulu, baru kau nak cri aku. Sori lah. Mana org-org yang selalu, setiap kali nak pergi breakfast, setiap kali nak pergi lunch, dtg bilik kau tya samada anak kau nak ikut diorang makan ke tak, nak makan ape?. mana-mana???? panggil lah orang-orang tu balik. Cakap lah dengan orang-orang tu balik.

Terus terang aku ckp, aku BUKAN macam kak jue. Kak jue, maybe boleh, dia boleh bawak anak kau keluar makan dengan dia siap pegang2 tangan, nak keluar pergi karoke dgn kwn2 siap nak bawak anak kau sekali. Memang dlm mimpi pon kau takkan dpt. Aku ada life aku sendiri. I have my sosial life, kehidupan peribadi aku sendiri. Aku tahu anak kau istimewa perlukan perhatian lebih, tapi aku bukan orang yg sesuai nak bagi attention lebih tu. Aku dah buat sikit-sikit tu dah cukup baik dah tu. Dah kira aku nie mulia hati nak tolong. Bukan masalah aku tak kesihan, tapi jgn lah lebih2, sampai anak kau dah makan ke belum aku plak nak kena tgk. Kalau macam hari nie aku keluar makan, lepas tu tak ajak anak kau, kau boleh jek call kirim dekat aku mintak tolong belikan makanan. Macam waktu breakfast kan.

Haish, SHIT LAH~!!!!!

Friday, December 16, 2011

Inilah dia...akhirnya =D

Inilah masa yang ditunggu untuk mem-PUBLISH-kan gambar-gambar yang telah lama patut di uploadkan oleh aku dalam blog nie.









Hadiah nie semua diterima daripada teman-teman rapat yang tersayang. TERIMA KASIH DIATAS SEMUA PEMBERIAN INI. SANGAT SUKE !!. LOVE U all <3

Selamat Hari Jadi Ipin

Lama dah rasanya aku tak update blog kan?. Bukan apa takde masa lag sekarang nie nak update, kalau ada mud, tengah rajin macam sekarang baru lah ada rasa nak update blog. Oh, hari nie hari jadi IPIN =D, SELAMAT HARI JADI SAYANG!, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya. Awak sudah tua!!! hehehe. Hadiah pon dah tahu nak belikan apa jadi tunggu eh, nanti kite bagi. =D.

Semalam walaupon mataku ngantuk giler, nak tahan mata daripada tidur, gara-gara nak wish SELAMAT HARI JADI DEKAT IPIN. Last-last aku tidur jugak, tapi sempatlah kunci jam sbb nak bangun dan call dia pukul 12.00 am. hehe. Tapi minggu nie tak dapat nak celebrate sama dengan dia, sbb ipin nak balik kampung. Ada hal keluarga yg perlu diuruskan, jadi plan tukar next week. Hadiah pon tunda minggu depan jugak lah yer.

AGAIN, SELAMAT HARI JADI YANG KE..........
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SELALU YER SAYANG =D

Tuesday, December 13, 2011

Sampai bila???

Sampai bila?
Sampai bila?
Sampai bila?
sampai bila kau nak ganggu aku?
Arghhh!!!. TEKANAN!!!!
Berambus lah cepat.
Kau dah betul-betul menyusahkan hidup aku lah.
BERAMBUS LAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, December 12, 2011

Takkan Pernah Ada~~

Dia memang hanya dia
Ku s'lalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku s'lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling berharga
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kau lah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Benar dia, benar hanya dia
Ku s'lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Ku ingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada





Wednesday, November 16, 2011

:Tak tahu nak bagi post kali nie tajuk ape:

Dah lama kan aku tak update blog dekat sebulan ade kot. Al maklum lah sibuk dengan kerja, bila balik rumah jadi malas dah nak bukak laptop. Tahu-tahu jek sampai umah nak mandi, makan dan tidur. Itu yang utama. hehehe. Cerita terbaru..hmmm..banyak sebenarnya aku nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Ok lah, kite starting dari ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~~. Aku tahu aku dah lambat sebenarnya nak wish tapi ok lah tu dari tak wish langsung betul tak? Raya haji hari tu takde buat ape pun, raya pon macam tak raya. Duduk rumah jek, bangun tidur sampai tengah hari. Boleh? aku boleh jek. Memang tak tahu nak buat ape. Last-last mak aku ajak g rumah makcik aku dekat Bangi. Atuk aku pon takde kat kampung kalau nak raya kat kampung. Atuk aku ikut nenek baru balik kampung dia dekat Muar. Pergilah tuk, asalkan tuk bahagia. ngee~~~

Tapi esok nye mak aku balik jugak kampung, cume aku jek malas nak ikut. Malam tu dia cerita dengan aku, dia dengan makcik-makcik aku pergi pecah masuk bilik atuk dengan nenek. Diorang pergi selongkar semua barang-barang nenek aku. Fuhhh~, mak aku kate kalah anak dara dia punye barang-barang dalam bilik. jangan main-main. hahaha. Aku gelak je lah mak aku cerita. Jahat kan makcik2 aku, Stop cerita pasal tu.

Cerita pasal kerja plak. Lately, banyak jugak kerja, slow-slow lah habiskan. Kang takde kerja borink plak kat bilik tu sesorang. Nasib sekarang ct dah pindah tingkat 11,sama level dengan aku. jadi takde lah boring sangat. At least kalau aku borink aku g jek tempat dia lepak2. Kalau puan cari pun dia leh detect aku dekat ctu. hahaha. Oh, lupe nak cerita, skunk ain dengan kak zety dah jarang breakfast sama dengan kitorang. Kitorang tu ialah ct, aku n knap. Kitorang 3 org datang cepat, diorang datang lambat sikit. Jadi kitorang bertiga jelah. Hmm.. tak best macam dulu. Makan tengahari jek dapat sesama.

Ok, cerita pasal cinta plak. Puih***..gheli "CHINTA". Aku rase bulan nie aku jarang jumpa ipin tak macam sebelum-sebelum nie. Tapi malam nie, aku kua dengan dia. kitorang pergi pasar malam beli petai. hahaha. Mak suruh eh. Ipin yang amik aku dekat KTM hari ni. =D

Dah lah, mata dah nantuk. Mintak lelap. Tidur dulu.
GUD NYTE~~

Monday, October 10, 2011

: Katil Baru

Aku dah tukar katil baru !!. Balik dari Shah Alam semalam, kitorang terus ke kedai perabut. Mula-mula ingat nak usha dulu. Last-last beli jugak. hehehe.

Aku tak tahu kenapa tetiba aku plan nak tukar katil baru. Memang katil lama aku tu dah buruk, yelah, dah lama kot aku guna sejak aku tingkatan 2 lagi katil lama tu. Tiba lah masa nya aku tukar. Kali nie aku beli katil single jek. Kalau yang lama tu katil queen, kali nie aku beli katil single jek. Aku sorang jek yang tidur dalam bilik tu kot. Kalau ada tetamu nak datang rumah aku, pepandai lah korang bentang tempat tidur, tidur bawah eh. Sorry lah.


: Bila Ibu kite bersedih :

Hari Jumaat hari tu, lepas balik dari kerja. Aku lepak jap dengan mak dan ayah aku sambil tengok tv sebelum mandi. Masa tu mak ayah aku tengah tengok berita. Tiba-tiba mak aku tanya " kalau tengok wayang masuk pukul 6.00 agak-agak habis pukul berapa?". Aku jawablah " dalam pukul 8 atau 8 lebih habis lah, nape? ". Mak aku pun cerita lah yang adik aku nombor 3, Eri pergi tengok wayang dgn gf and adik gf dia. Maklumlah baru dapat gaji lah katakan. Joli katak lah mak aku kata. Pergi tengok wayang tu dah lah ayah aku hantar sampai KTM Nilai. Lepas tu, ayah aku pulak nak jemput, hantar awek dgn awek dia balik lagi. Aku pon hangin jelah dengar. Kenapa plak ayah yg kena hantar. Naik lah motor tu. Aku tya ayah aku, dia bagi duit tak?. Nasib ayah aku kata dia bagi duit Rm 100 dekat ayah aku sebab hantar diorang. Kalau tak memang aku tak bagi ayah aku hambik, biar diorang balik jalan kaki. Lantak.

Mak aku pon mula lah ceritakan kebengangan dia dekat adik aku tu. Dia kata sejak dari dia gaduh dengan adik aku tu, mana ada dia nak tegur2 sangat. Aku pon perasan, yang mak aku buat bodoh jek dengan adik aku. Dulu, selalunya mak aku akan kutip baju-baju kotor adik aku dalam bilik dia. Skunk mana ada lagi. Mak aku biarkan je. Makan semua mak aku buat bodoh jek. Mak aku sampai nangis-nangis lah cerita dekat aku dengan ayah aku. Dulu pernah adik aku excident motor. Tu sebab dia nak sepak mak aku lah, nasib ayah aku tahan jek, lepas tu dia excident. Kaki yang dia nak sepak mak aku tu lah yang kena operate. Padan muka kau. Skunk, kau buat lagi, dah demam seminggu. Tu sebab kau melawan mak.

Mak aku memang dah nak halau dah dia dari rumah. Hari-hari mak aku menangis sebab kan adik aku tu sorang. Mak aku nak biar lah dia duduk jauh-jauh dari dia , lagi senang. Aku tak sampai hati nak biarkan mak aku menangis lagi. Kalau lepas nie dia ada buat lagi, memang aku halau dia betul-betul dari rumah tu. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Baru umur berapa kau dah nak tunjuk lagak dengan mak ayah kau sendiri. Lagi-lagi dengan mak.

Memang dasar orang yang tak mengenang budi.


Friday, October 7, 2011

: Jauh nye dikau pergi :

Semalam masa otw nak balik. Msg dengan pipin, dia kata ada bende yang dia nak cerita dekat aku bila aku dah sampai rumah nanti. Dia kata citer sedih. Ape yer?

Bila dah sampai, aku pon ready dah nak dengar ape cerita nya. Pipin pon citer. Dia kata dia dapat job dekat Kerteh, Terengganu dgn Melaka. Aku suh dia pilih Melaka, tapi pipin kata ofis memang dekat Melaka, tapi akan dihantar ke Korea. Dlm hati aku. WTF~!!. Kenapa semua jauh-jauh?!!.

Sedih tahu tak. Aku tak tahu nak buat macam mana. Nak bagi pergi, aku berat hati. Tak izinkan dia pergi, aku serba salah. Kan dia nak cari duit, nak cari rezeki. Kenalah relakan dia pergi berjuang utk mencari rezeki.

Macam mana eh? How?. Sedih tahu. Bila aku cakap dengan dia pun, aku cube utk ceriakan hati sebab takut dia pun bersedih sama, lama-lama dia tak nak plak pergi.

hmmmmmmmm......................


Thursday, October 6, 2011

: Minggu serabut.

Aku rasa dalam minggu nie, macam serabut jek. Dengan buzy tahap melampau nye, dengan kerja yang banyak, kelam kabut habis. Dari Isnin, pagi-pagi lagi dah buat hal. Datang kerja agak lambat macam yang di plan sebelumnya. Yelah, ingat boleh lah datang awal sebab aku ada kerja banyak yang kena buat. Pagi-pagi dah terlepas train. Sepatutnya naik tren pukul 6.15 a.m, last2 terlambat lah plak, dah naik tren pukul 6.30 a.m. Apa pun tak boleh lah. Dah sampai ofis pukul 8.06 am. Lambat lah tu. Nasib pagi tu aku puasa, jadi dapat cover balik masa aku yang terbuang tu. Hari tu sepatutnya aku kena buat minit mesyuarat utk di hantar pada semua commissioner. Tapi di sebab kan ada masalah yang tak dapat nak aku elakkan, memang macam palat. Ada plak, orang yang buat pindaan last-last minit lepas tu emelkan dekat aku pada waktu cuti hujung minggu. Apa lagi pening lah aku nak fikir nk buat macam mana. Minit semua dah dibinding hari Jumaat hari tu, tinggal nak masukkan dalam sampul surat dan dihantar pada semua commissioner. Aku pun buat lah slow, tagging dulu mana yang sempat untuk ditagging. Bila bos masuk, baru aku tanya dia nak buat macma mana, then boss aku kata buat pindaan minit tu, copy dan buat memo lepas tu hantar pada diorang, just selitkan jek dekat minit yang nk kena hantar tu.

Ok, done!!. Tapi masa tengah-tengah buat tu, aku perasan aku ada buat minor mistake. Tersalah binding. Binding pun tah macam mana tah, sebab nak cepat punye pasal jumaat tu kan. haha. Nasiblah labu~. Memang macam-macam lah benda aku kena buat, banyak bende aku terpakse pending kn dulu, sebab nak siapkan minit punye pasal. haish. Memang Bz habis. Bila tiba hari meeting tu, aku harap sangat takde apa - apa kesilapan berlaku. fuhh~~, lega. Next time kena buat lagi awal lah nampak nye. Tak boleh dah macam nie, aku yang susah nanti. Sikit-sikit kerja aku kembali normal, semakin surut sikit kerja aku kali nie.

Thursday, September 29, 2011

Selesama

Arghhh~!!. Benci betol lah. Nie mesti kes menjangkit lagi nie, dengan aku-aku sekali dah kena virus nie Adoyai~!!. Selesama nie bila lah nak hilang. Dah makin melarat-melarat plak nie. Malam tadi tak dapat nak tidur, tetiba hidung aku jadi tak selesa plak. Tidur pon tak lena. Dengan dicampur dengan batuk lagi. Kadang-kadang nak makan pon tak de selera, tekak tak rasa apa. Pagi tadi nak naik lrt, sempat lagi singgah kedai nak beli strepsils. Bagi hilangkan sikit batuk dan lega kan sikit selesama aku nie.

Monday, September 26, 2011

Melaka untuk kali ke-2

Melaka lagi????. Yup, aku kan memang suke pergi melaka, g banyak-banyak kali pon aku tak kisah sebab bagi aku Melaka memang best Gilak!!. Salah satu tempat yang aku suke untuk ke sana. Selain dari Melaka, aku suke pergi Pulau Pinang. Satu-satunya tempat yang aku belum pergi lagi. Takpe, akan ku jejak kaki ku sana tidak lama lagi. =D.

Sebenarnya aku nk update citer nie lama dah. Tapi sebab keBuzyan yang melampau jadi tak de masa lah nk upload citer baru. Tapi skunk bos pon takde ada lah masa aku nak update 2, 3 citer sehari kn. Tak gitu?. Aku tak ingat pon bila aku pergi Melaka nie, maybe dalam 2 minggu lepas kot. Kalau tak salah lah lepas raya hari tu. Aku pergi dengan sapa lagi, dengan Cik Pipin aku lah, buah hati pengarang jantung, intan payung, bucuk-bucuk, masham-masham, semuanya lah. hahahaha. Bapak gheli..puih****

Kali nie mentag-mentang aku beli camera baru Cik Pipin pon duk sakan lah snap picture sana sini, jadi model tak berbayar sekejap. Aku rasa dalam camera aku nie penuh gambar dia jelah. Pantang g satu-satu tempat tu mesty ada jelah gambar yang dia suh aku snap kan. Sambil tu dia pon duk posing macam model. huh~!. Nyampah. Part yang aku bengang tu tang aku, dia buat muke bila aku nk pose sikit..eh-eh..mamat nie. Suke nk dengki-dengki dengan aku. Memang banyak lah tempat yang aku pergi kali ni. Makin banyak lah gambar yg kitorang snap. So, korang tengok jelah gmbr kat bawah nie eh. Enjoy~!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-









Nak jadi The Hulk cume tak tukar jadi hijau jek..

Hari nie agak sibuk sikit dengan kertas-kertas mesyuarat, kertas-kertas makluman dan minit-minit mesyuarat. Maklumlah semua orang nak buat kerja last-last minit kan. Biaq pi lah depa. Hari ni ofis memang sunyi dan sepi. Semua orang takde dekat ofis, sbb big bos takde. Ape pon tak boleh. Disebabkan hari ni agak bz, jadi aku stay jelah dekat tempat aku. Malas nak naik tingkat 12, tempat Kak Wan n Kak Zety. Tak naik pon lagi. Jap lagi lah aku naik. Lepas kerja aku nie settle aku melawat kawasan jap.

Hari sabtu dan ahad lepas aku sibuk dengan urusan aku. Pergi Open House lah, tgk wayang lah, banyak sangat aktiviti sampai takde masa nak rehat. oh, semalam pertama kali nya aku buat pipin mengamuk. Giler kau, dia tak pernah mengamuk macam tu dekat aku. Sebijik macam the Hulk. Bila aku cakap macam tu boleh plak dia gelak lah. Dia boleh cakap "yekew macam the Hulk"??. Aku pon aah kn jela cume tak tukar warne hijau jek. wakakaka~!!.

First time woo aku tgk dia mengamuk, bayangkan lah, sampai side mirror pecah dia tumbuk. Giler kau. Takut aku. Nasiblah cermin depan kereta tu tak pecah dia kerja kan. fuhhh~~. Sumpah aku dah takut. First time dia marah kat aku sampai macma tu sekali. Hilang kawalan terus. Sumpah tak nak buat lagi.

Macam nie lah, tapi tak tukar hijau jek. waarghhh!! takut~!!!

Sumpah tak nak buat lagi.
Maafkan saya, maafkan saya~~~

Wednesday, September 21, 2011

: Jamuan hari raya JPM 2011

Selama 2 hari, semalam & hari nie, aku, kak wan and eja sibuk dengan Jamuan Hari Raya JPM 2011. Prepare itu dan ini, kena pergi PICC sebab nak prepare gerai makanan. Fuhhhh..~~ Setiap semua jabatan under JPM, akan berkumpul dan bekerjasama dalam jamuan hari raya ni. Untuk hari raya ni, diorang buat makanan-makanan untuk 14 buah negeri di Malaysia. Satu negeri akan buat 4 atau 5 jenis makanan, dan satu negeri akan bekerjasama dengan 3 hingga 4 buah jabatan under JPM. Macam SUHAKAM, kitorang berkerjasama dengan Parlimen Malaysia, Pejabat Mufti, Majlis Agama-Agama Islam Wilayah Persekutuan. Korang perasan tak semua jabatan tu kire terdiri daripada orang-orang alim jek. pfffttt~~ kecuali SUHAKAM dgn Parlimen jelah tak berape nak alim sgt. hehehehe.

Dengan macam-macam masalah, miscommunication lagi, dengan kitorang yg staff baru nie. Kire macam agak terkontang-kanting jugaklah kn. Tapi takpe. try untuk sesuai kan diri. tapi serius aku tak nak pergi lagi tahun depan. Boring giler siot !!. Makanan memang banyak, tapi tak dapat nak makan, sbb diorang nie lebih pantas dari kitorang. letak jek makanan, lesap. Apa pon tak boleh. SUHAKAM hantar wakil 3 orang, semua perempuan plak tu. Lepas tu, Jabatan yg satu group dengan kitorang macam nk blame SUHAKAM sebab kitorang tak pernah nak attend apa-apa meeting, sukan atau apa jek lah. Malu weyh malu. kat situ pon nampak dah nama SUHAKAM tu busuk.

Tapi kitorang try jugak nk jaga nama baik SUHAKAM tu, cuba nak amik hati diorang. Ok lah. Lepas nie Sumpah tak nak involved dah. Tak seronok langsung. Rasa nk letak jawatan jek dalam kelab nie. Masing-masing semua nak lepas tangan jek, and letakkan kan kat atas bahu kitorang yang baru-baru nie with out any guides. sedih, marah semua ada. tapi tak leh nak watpe. Redha jelah~~

Tuesday, September 20, 2011

Tercabar !!

Tercabar giler weyh member-member kua kete baru.
sabar..sabar fiza.
Tak lama lagi turn kau plak.
aku nk kua kereta ape?
haa...tu kena lah tunggu dan lihat.
Tak boleh lah nak bgthu sekarang.
jeng..jeng..jeng..

Friday, September 9, 2011

: Kerja half day..memang terbaik lah!!

Semalam dari pagi ofis blackout. Aku datang kerja jek, semuanya bergelap gelita, pintu tak boleh bukak, tumbprint tingkat atas dan bawah tak boleh guna. Hanya yang boleh guna tingkat aku, tapi masalahnya tingkat aku plak pintu tak leh bukak. Dan-dan masa tu perasan yang pintu belakang tingkat aku boleh bukak. Masuk lah dari belakang. Nasib tumbprint tingkat aku boleh guna alasan yang diberi, ada backup & tumbprint nie pakai bateri.

Hari pagi sampai tengahari menunggu, elektrik tetap takde jugak. Tunggu punya tunggu dengar cerita yang kabel elektrik menara TH nie dimasuki air. Memang tak boleh nk guna wat sementara waktu. Dan ada jugak yang kata lif pon bakal diberhentikan sebab elektrik takde. Untuk kepastian, kitorang call orang Tabung Haji. Memang betol dan sah lagi tanpa diragui yang menara nie blackout dan mungkin sampai satu hari sebab nak tunggu air tu kering.

So, pihak TH mengesyorkan baik kita semua kerja half day jek hari ni. hehehehe. Apa lagi, bila dapat tahu jek berita tu, semua nya terus kemas barang dan..BALIK ~!!!!!!!.

yeayy...dapat balik awal dan tidur dekat rumah. heavan giler lah. hehehehe

kbai ~!

Wednesday, September 7, 2011

: Semua orang terkejut :

Semua orang terkejut bila diorang dapat tahu yang aku dah bekerja di Kota Metropolitan iaitu Kuala Lumpur. Dan paling mengejutkan bila diorang dapat tahu yang sekarang aku berulang dari Nilai ke KL. Yes~!!, aku memang pergi bekerja menggunakan kemudahan awam iaitu KTM dan LRT STAR. Aku sekarang pengguna PUBLIC TRANSPORT yang TEGAR!! Semua orang seakan-akan tak percaya. Memang tulah rutin harian aku, naik turun public transport, berebut nak dapatkan tempat duduk, lebih-lebih lagi dalam KTM sewaktu nk gerak balik dari kerja. Masa tu nak keja KTM jam 5.50, aku akan keluar ofis SHARP 5.30 petang. Jalan akan cepat seperti lipas kudung yang kena keja dengan manusia sebab manusia nak bunuh lipas tu *wtf, apa aku merepek nie*. Semua orang akan aku potong, kau lambat, kau tinggal. Kau cepat, kau hebat !!

Dan bila tunggu KTM, semua orang nak duduk dibarisan hadapan, sebab nak dapat tempat duduk & dan naik KTM cepat. Masa tu, bila nampak jek tulisan dekat signboard KTM tu tulis SUNGAI GADUT, SEREMBAN, semua orang akan berpusu-pusu. Hati mula berdebar-debar, macam nak bermulanya perlumbaan. Bila dah naik, terpulang pada nasib, ada yang dapat duduk, kau untung. Sapa yang kena berdiri, BAD LUCK. Masa tu, kadang-kadang di pertengahan jalan kau dapat duduk apabila orang turun, kadang-kadang kau kena berdiri sampai di stesen yang kau nk turun. Huh, nasib-nasib.

Waktu pagi plak, keadaan agak terkawal, sebab kau dapat duduk sepanjang masa, dan boleh tidur lagi. Tapi kalau terlajak nasib kau lah. Lu tanggung lah sendiri. Pengalaman menjadi pengguna kemudahan awam yang tegar nie kadang-kadang wat aku seronok, sebab masa tu kau dapat tengok macam- macam perangai orang. Ada yang nampak perempuan mengandung depan mata pon, kau wat tak tahu, seolah-olah perempuan tu tak wujud depan mata kau. Ada plak, dah terang-terang tulis dekat tingkap-tingkap, pintu-pintu masuk KTM tu yang COACH FOR LADIES ONLY tapi masih ada lelaki yang tak paham atau buat-buat tak paham. Please lah, korang tu mak nyah ke atau &*)()% korang tu dah kena potong!!. Pantang betul aku kalau ada lelaki masuk coach wanita.

Tengok ada perempuan yang mengamuk sebab keadaan yang sempit buat dia tersepit. apa lagi emo sekejap lah. Ngamuk sakan lah. Hbais semua orang nak di amuk dalam ktm tu. Nak wat cmna, keadaan buat diorang terpaksa buat macam tu, kalau tak, tak balik lah diorang kan. Masing-masing kena paham each other lah sebenarnya. Letih tu memang letih. Tapi demi untuk mencari rezeki, keadaan nie, buat aku kuat untuk tempuh bende2 nie. Memang semua orang cakap and nasihat aku untuk cari rumah sewa, ada yang macam tak percaya aku berulang alik. Apa ingt den tipu ko?. Nie betul, bukan cubaan. Jangan tak percaya, ada orang yang berulang alik dari Seremban tau sebab dia bekerja di KL.

Ada banyak sebab kenapa aku tak nak duduk rumah sewa buat masa nie. Memang penat, tu memang tak dinafikan, tapi lama kelamaan wat aku jadi lali dengan rutin harian nie. Kalau duduk rumah sewa, aku kesian plak dengan mak ayah aku, tak de sapa nk tolong diorang, kalau aku move, tinggal 3 orang. Apa -apa kalau mintak tolong, selalunya aku yg banyak membantu. aku sanggup berulang alik dari tengok diorang susah tanpa aku.

So, doa-doakan aku cekal hati untuk tempuh hari-hari mendatang *chewah*

kbai~!!



: Sepanjang cuti raya.

Hari ni genaplah seminggu kita berhari raya. amacam korang banyak tak dapat duit raya?. mesti banyak kan. Aku pon dapat jugakss, tak la banyak mana tapi lepas lah kalau nak beli topup. hehehe. Raya tahun nie kire agak meriah jugak sebab ramai sedara-mara aku yang balik. Beraya sakan lah. Raya pertama beraya satu kampung rumah sedara-mara sebelah atuk aku. Raya kedua keluar kampung plak, pergi Rantau, Rembau & sempat lagi tu pergi tengok hantu bonceng. Balik dari Rembau tu lah terus pergi tengok wayang. Hari raya ketiga, duduk kat rumah menunggu kedatangan tetamu yang nak datang raya. Dari pagi sampai malam tangan tak berhenti buat air, isi kuih, basuh pinggan. Kire memang tak berhenti lah buat kerja rumah.

Sampai ada sekali tu kawan aku nak datang raya aku terpaksa tipu sebab dah penat sangat malas nak layan diorang. Jahat kan aku? ada aku kisah?. Lepas tu aku dengan cik pipin pergi plak beraya rumah kengkawan dia. dari Nilai ke Bahau, dari Bahau ke Sungai Lui, dari Sungai Lui ke Labu, dari Labu ke Nilai. hahaha. Memang raya sakan lah. Seronok jugak, selain dapat makan kuih raya, dapat jugak duit raya. hehehe. Tempias-tempias.

Oh, aku tak sempat lagi nk edit gambar raya. Tak sempat nk amik gambar raya banyak-banyak. Ada tua da lah, tapi tak sempat nk upload kat pc lagi. nanti lah boleh kan?. Minggu plan nak pergi Melaka plak. Jadual padat. raya.raya..raya =D

Saturday, August 27, 2011

ehem..ehem..

Hai semua. Disebabkan aku takut aku tak sempat nak wish ucapan hari raya kat korang nanti. So, aku nak wish lah hari nie. Kunk kot-kot tak sempat plak. Al maklumlah skunk aku dah jadi PM, buzy jek memanjang. hahah. Dah lah, tak nk ngomel bebyk.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga di hari raya ni korang happy selain dapat jumpa dan ziarah teman-teman, keluarga, sanak saudara yang dah lama tak berjumpa.



p/s : jgn lupa duit raya !!
Dengan ingatan tulus ikhlas :
Fiza A

Wednesday, August 24, 2011

sejuk macam dalam peti ais.

Hai oll=D. Hari ni baru hari Rabu. Lambatnya masa. adoiyai~ Bile nak Jumaat ni. Tak sabar nak raya. Skunk dekat ofis nie, masing-masing macam malas jek nak kerja dah. Semua dalam mud raya. Nak wat cmne, nak raya. lagi-lagi skunk nie aku rasa macam ofis ni bertukar jadi peti ais. sejuk giler. Tak kenapa sejuk tahap gaban macam nie. tak leh tahan nok. Sampai nak taip mesej dekat hp pon, dah terketar-ketar. Nampak tak citer aku kat stu?. Nie kalau tidur memang syok lah!!. Orang-orang TH Perdana nie pon tak leh nak perlahankan air cond nie sikit ke. Sejuk oii.

apa pon tak boleh lah cmnie.

Tuesday, August 23, 2011

Sumpah!. Rindu

2 hari berlalu.
Kau langsung tak hubungi aku.
Marah sangat ke?,
nape kau tak nak pujuk aku?.
Aku rindu tahu~!!.

k. bye~!!

Monday, August 22, 2011

Persiapan Raya.

Assalammualaikum semua~! Salam Ramadhan. Sekarang nie, kite dah pun berada di akhir-akhir bulan Ramadhan. Macam mana puasa?. Setakat nie penuh tak?, ke ada yang dah tertinggal. Tak sangkakan, kita dah nk hujung-hujung bulan puasa. Rasa macam baru jek mula nak puasa. Minggu depan plak dah nak raya. Memang rasa sekejap. Korang cuti raya berapa lama?, nie mesti lama gilos nie. hai, raya sakan nampak korang =D.

Tahun nie, persiapan raya aku macam tahun-tahun sebelumnya simple dan serba serdehana jek. Lagi-lagi tahun nie, semua perbelanjaan raya ditanggung oleh sendirian berhad. Tak macam dulu-dulu, ada mak ayah tolong beli kan. tapi tahun nie memang tak lah. Dah bekerja sendiri, jadi semua perbelanjaan memang ditanggung sendiri. Okey, meh kite list barang dah pon aku beli untuk raya =D :

1) Baju kurung raya :
So far, ada 2 jelah. Bukan pakai sangat pon baju raya nie kan. Pakai masa hari raya pertama jek. Lepas tu, dah tak pakai da. Oklah tu ada 2 taw, dulu aku raya baju kurung raya sepasang jek. Tahun nie dgn tahun lepas sebab dah bekerja sendiri, so beli baju raya pon kena sendiri, tu yg dapat beli dua pasang tu. hehehehe

2) Kasut Raya :
Setakat nie belom jumpe lag kasut raya yang aku berkenan. Try jugak usha-usha tapi tak jumpe lah yang berkenan di hati. Bile pikir-pikir balik, macam tak payah beli je, sebab kasut tahun lepas pun ada lagi. Tak guna pon. tapi hati macam nak kasut baru. hahaha. (gedix).

3) Handbag :
handbag nie taim raya ke, tak raya ke, memang aku sentiasa beli. kire WAJIB lah. Aku nie kn giler handbag, sampai tak tahu dah nk letak dekat mana lagi. Handbag dah pun aku beli. tapi kalau ikut kan hati nak beli lagi..huahuahua

4) Lain-lain :
Ha, yang lain-lain nie, macam jeans ke, skirt ke, dress ke. Nie pon dah settle. Ada 2 jubah, 2 skirt. 1 baju. Jeans mungkin aku tak beli kot tahun nie.

hmm, nie jek kot so far yang aku dah beli. Tak tahu lah kot-kot nak beli lagi kan. hahahaha. Tunggguuu jelah. Ok lah. Thats all for today. bye~




Monday, August 1, 2011

Bola..Bola dan Bola !!

Hai all !!. firstly aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak!!. Hari ni hari pertama kita berpuasa. So jangan buat-buat lupa yang korang tak puasa plak ok. =D.

Oh, post aku nie sebenarnya nak cerita pasal BOLA!. sejak bila aku minat bola?, tah lah aku pun tak tahu, minat tu tak lah minat sangat tapi saja nak suka suki. Tak salah kan. Hari khamis minggu lepas aku, kak zety, kak wan, kak fiza, kak yani, and kawan kepada kak zety iaitu kak Zu, pergi ke stadium Bukit Jalil sebab nak tengok bola. Malaysia VS Singapore. Kalau tak salah aku, aku update kot pasal citer nie di entry yang lepas. Kitorang pergi lepas jek habis waktu kerja. Rushing ke Bukit Jalil dengan menaiki LRT STAR dekat Jalan Sultan Ismail. Syoknye tak payah cakap lah. Semangat lain jek rasa. Yelah, tengok dekat stadium kan. Rasa aura dia lain. hehe.

Orang memang ramai, datang membanjiri stadium sebab nak menyokong pasukan bola sepak kebangsaan lawan dengan Singapore. Repeat masa dekat Singapore dulu. Tapi sayang, Malaysia kalah jugak. Sedih weyh. Mula-mula dah semangat dah Malaysia dah masuk 1. Tapi bila last-last minit, Singapore jaringkan gol. Masa tu, memang rasa keciwa tahap gaban lah. Singapore jaringkan gol jek, kitorang terus rasa nak bali, sbab tak sanggup nak tengok dah. Dah-dah tak nak citer pasal bola nie lagi. Korang layan jelah gambar-gambar masa kitorang pergi tengok bola hari tu k. =D

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Sementara menunggu lrt~
Pose lah dulu =D

Dalam tren.
Mamat 2 ekor kat belakang tu berkata " apa lah diorang nie macam harimau terlepas dari kandang, kecoh kemain. hehehe "

Suasana di Stadium Bukit Jalil

Kami dan Fahmi a.k.a Raja Gopal =D

Taraaaa~~

Peace yo~

Dalam kesesakan orang ramai.
Kami Penyokong MALAYSIA!!..ngaummm~

Malaysia Boleh~~

Jersi & tiket

Macam cover album tak?

Dalam stadium, sementara menunggu perlawanan bermula~

Sila lihat pipi kami

ngaummm~

Whoaaa~


Sekian. TQ.

Thursday, July 28, 2011

Duit hilang!!!!!!

Hai guys~!. Lepas dah settle masalah aku nie, baru akan citer dekat korang. yes, mcm tajuk entry nie, DUIT HILANG!. memang betol pun. Duit aku hilang dalam akaun isnin lepas. meh aku citer kat korang. Macam yang u allooss semua tahu, hari isnin hari tu kan gaji. so, petang tu aku pergi lah nak keluarkn duit. Punye lah berkobar-kobar. Nak keluarkan duit nie bukan untuk apa pun, untuk bagi mak ayah aku, simpan sikit, lepas tu nak topup TnG, duit belanje harian dan etc. Masa nak cucuk tu, aku tak tahu kenapa tiba-tiba mesin tu wat perangai sewel nie, taim tu aku rase kalau mesin atm tu lembut, aku dah terajang, dah bagi penumbuk dah, nasib mesin atm tu keras. Kalau tak dah out dah nie aku wresling kn. 2 kali aku masuk kn kad atm aku dekat mesin bengong tu. 2 kali jugak lah dia hang, aku tak leh nak check baki, ke memang dia tak bagi aku nak tgk jumlah duit aku dalam tu ada berape.

Disebabkan aku tak boleh nak check baki, aku pun wat keputusan bodoh nak keluarkan duit terus tak payah nak check-check dah, wat sakit hati jek. Bila aku nak keluarkan duit duit, dah tekan pun jumlah nya berapa, tetiba dia hang, lepas tu, lama plak tu. Still bersabar lagi nie, nasib orang belakang takde, kalau tak konfom orang yang menunggu tu bengang siap sumpah seranah aku lagi and cakap aku nie bercinta ke dengan mesin tu, duduk menghadap binatang tu kemain lama lagi. Senang elok tunggu, tetiba kat skrin tu tulis URUSAN ANDA TIDAK BERJAYA then kad atm aku keluar. resit tak keluar duit pun takde. Masa tu aku risau lah kot-kot duit aku kena telan ke apa ke kan. G lah check plak kat mesin atm bank rakyat kat sebelah dia jek. Check-check rupanya amaun yang aku nak keluarkan tadi tu dah ditolak, tapi duitnya aku tak dapat. mahu tak nyirap jek aku lepas tu.

Macam nie lah muka terkejut aku ~


Banyak tu beb!. Aku terpakse buat 2 kali pengeluaran untuk amaun yang sama sebab nak bagi pada mak ayah aku semua terpakse juga buat pengeluaran dua kali. Dah lah dalam amaun aku tinggal sikit jek. Cam mana nak survive. ah~!!!. Aku buat terus amik langkah drastik, call Bank Islam Call Centre untuk buat report. Diorang kata leh dapat dalam masa seminggu. Ok fine, janji aku dapat balik duit aku tu.

Keesokan harinya, aku still tak puas hati jugak, aku kena pergi Bank Islam dekat Medan Mara tu jugak, tak kire. Nasib bos aku takde hari tu, senang lah sikit aku nak keluar, keluar lelama pon takpe. Mula-mula pergi pejabat pos, lepas tu direct pergi Bank Islam. Masuk-masuk jek, alamak..ramainya orang. try pergi check lagi amaun akaun aku, still pada jumlah yang sama. Ok fina, takpe. Pergi amik borang dekat pegawai dorang, isi dan amik nom giliran untuk perkhidmatan kaunter. lama beb aku tunggu. Nombor giliran masa tu 1354, nombor giliran aku plak 1469~!. Lama oii~!. Aku leh tidur dekat ctu bawak tilam bantal semua tahu tak. hai, nasib-nasib. Tunggu jelah. dekat 1 jam setengah jugak lah aku jadi minah pacak dekat ctu. Dalam pukul 4.15 petang baru turn aku. Dah lah, mamat yang buat urusan bank dengan aku tu hensem. heee. Bila aku hulur borang mesin atm tu, dia macam tergamam, sebab macam blur, aku bagi dia surat apa nie, tetiba jek hulur kat dia. apa dia ingat aku nak bagi dia surat cinta ke? memang tak lah. Then, dia tanya lah kat aku bila aku buat pengeluaran, masa, dekat mana, berapa jumlah amaun. Aku pon cerita lah dekat dia hold story.

Then, dia pass borang aku tadi dekat pengawai dia. Pegawai dia nie perempuan, agak kerek, sebab masa mamat kaunter tu bagi borang tu kat dia, pegawai tu boleh tanya ape nie??. what the hell~, aku tahu lah taim tu bank dah nak tutp, tapi selagi aku tak buat urusan nie and settle kan bende ni dengan pihak bank aku tak akan g mana-mana, bia lah aku perang pun kat ctu. Peduli apa aku. Then, pegawai tu tanya dekat aku, sapa suruh amik nombor giliran nie?

what???

aku pun cakap lah, dah staff yg kat depan tu bagi aku nombor, dah aku tanya nk kena amik nombor ke tidak, dia kate kena amik, aku amik jelah. Aku just ikut peraturan jek. =D kau nak marah, marah orang depan bukan aku. Aku dah lah tunggu lama, kau lagi nak sound aku. memang nak kena lah kan. diorang fotostat ic aku, lepas tu diorang kata amaun yg hilang tu akan dikreaditkan dlm masa 7 hari, dan konfem akan dapat. ok, aku tunggu. Mamat kaunter Bank Islam tu plak, boleh tanya dekat aku, ada duit tak nak makan nie, kalau takde meh saya belanje makan, g minum kopi ke. Sempat lagi kau jual minyak eh cik abang. Sorilah minyak kau tu tak laku lah dengan aku.

Dua hari kemudian, iaitu hari ni, Alhamdullilah, amaun tu dah dikreditkan dalam akaun aku semula. Syukur~. Nasib dapat balik. Serik weyh, aku nak keluarkan duit kat situ lagi. Kena sangat-sangat hati-hati. And thank god jugak aku keluarkan duit tu dekat atm Bank Islam jugak, bukan kat mesin lain. Kalau tak lagi naya~. Syukur-syukur~~.

Tu jelah, pengalaman and cerita yang aku dapat kongsi kan dekat korang. Kalau korang terkena macam aku nie, jangan lah cepat panik k.

bye~


Wednesday, July 27, 2011

Malaysia VS Singapore.

Hello, hello guys~!!. Tengah teruja nie sebenarnya. Hari khamis nie aku akan tengok bola kat stadium bukit Jalil. tgk perlawanan malaysia vs singapura !. Tengok dengan kawan-kawan dekat SUHAKAM, ramai-ramai pergi baru lah syok kan. Amacam ada semangat ke-MALAYSIAAN tak kitorang?. heeee. Mestilah ada kan. Ok, aku tahu itu yang korang nak cakap. Semangat, semangat jugak, excited, excited jugak, tapi jersi bola untuk pasukan Malaysia takde lagi nie. Macam ne?. kena beli nie weyh, baru lah cun ramai-ramai pakai jersi warne kunik. Taknak warne biru eh, lari tajuk dah tu. hehehe.

Cadangnye nak beli dekat pasar malam jek, heheh. Tapi tadi kak zety and kak yani ajak pergi kompleks Pertama nak cari jersi dekat sana, ok gak tu. Senang sikit kje aku, tak payah nk pergi pasar malam malam nie. Itu pon kalau jadi lah pergi tengah hari nie, kalau tak kena lah jugak aku menapak dekat pasar malam tu nak beli jersi punye pasal. hahaha. ok fine, aku tahu, aku nie da terlebih semangat.

apa-apa pun, harap Malaysia leh menang kali ni, jangan jadi macam hari tu, pemain malaysia tengok jek bola, pemalas nak kejar. Baru masuk satu gol, dah tunjuk gebang,, last2 kalah jugak. Malu weyh, malu!.

Ok la, sesiapa yang pergi tengok bola dekat bukit jalil nanti, kalau jumpe halo-halo gua k. daaaa~

Monday, July 25, 2011

Pilihan yang terbaik di tangan kita

Assalammualaikum dan salam satu malaysia !!. Lepas 2 hari cuti, aku dah pun fikir masak-masak tentang masalah aku yang kena buat dua pilihan dalam satu masa. Penin jugak sebenarnya, tapi nasib ada kawan-kawan yang rapat yang banyak tolong dan bantu aku, terutamanya Afiqah Raihan Afifuddin dan Siti Amirah yang banyak bagi pendapat dekat aku. Kalau korang baca nie, aku memang sangat-sangat berterima kasih kat korang berdua. Walaupon kite berdua jaoh, tapi kaorang still tolong aku. Terima kasih banyak-banyak. Sumpah, aku memang rindu korang.

Tapi kadang-kadang aku macam tak sangka jugak. Bile aku ada masalah korang pon turut sama ada masalah, yang lagi teruk dari aku. Perasan tak, masaing-masing mak kita bertiga kurang sihat. Aku berdoa dan berharap yang mak kite masing-masing akan sihat seperti biasa. Kau piko, jaga mak kau elok-elok, even kau kena duduk hospital yang berhantu, tapi demi mak kau, kuat kan semangat mu. Aku percaya mak kau akan sihat seperti selalu. Kalau aku dekat, aku dah pergi dah jeguk mak kau kat hospital. Kim salam aku pada mak kau yer.

Mira, macam mana dengan mak kau?, ok dah ke. Kau jangan lah risau sangat taw. Cube buat pilihan yang terbaik, sama ada nak duduk dekat KL atau duduk dekat Jasin. Buat pilihan yang terbaik ok dear =D. Aku pon sentiasa berdoa supaya mak aku sembuh, lately dia selalu jek pitam bila pagi, kadang-kadang bile aku pergi kerja, bila tengok dia pitam, aku pulak yang susah hati, nasib baik adik aku laki yang dua orang tu ada untuk tengok-tengok mak aku. Takde lah risau sangat.

Kadang-kadang keadaan buat kita tersepit dan terpakse membuat pilihan yang terbaik even apa pun yang orang kata. So, be strong. Biar kita bersusah-susah badan, tapi hati kita senang. Betol tak?. *cam lain jek bunyi nye*. heheh.

Wednesday, July 20, 2011

: Pilih 1 antara 2.


Ya Allah, kau permudahkan segala urusan ku,
berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan telah kau berikan padaku.
Kau ampuni lah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa seluruh kaum keluargaku,
kau berikanlah keberkatan atas segala urusanku.
Kau tunjukkanlah pada ku mana satu jalan yang harus ku pilih.
Kau tenangkan lah jiwa ku untuk membuat pilihan yang terbaik demi kebaikan semua. Sesungguhnya kau yang maha mengetahui atas segala yang berlaku.

Amin~

Monday, July 18, 2011

Let Me Introduce :

Hai all!. Hari nie buat pertama kali nya aku buat pendedahan pasal my best fren dekat SUHAKAM nie, yang selalu berkongsi cerita, gosip, keluar makan sesama dan lain-lain lagi.

Let me introduce you :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cik ZETI MAZUWANI =D Dia nie staff paling senior dekat SUHAKAM taw. So, apa-apa leh lah rujuk pada dia. Orang yang PALING..PALING..PALING aku percayai dekat cini. Sorang yang chumel dan obeses pada warna PINK. Kalau pergi bilik dia, semua barang-barang dia kebanyakan nya mesti ada warne PINK. Faveret kaler lah katekan.


Picture semasa kursus LGBT =D

Ini ct..kus...eh, salah, SITI HAWA NORASHIKIN. c Nakal yg suke patung atau ape saja yang berkaitan dengan Katak dan lembu. Tak kira lah, sticker ke, sharpener ke, kasut ke..ape jelah yg bersangkut paut dgn bintang 2 ekor tu. heee =D

Cik WAN NURUL AIN, dulu satu tempat belajar dgn aku, sama kos dan sama kelas. Skunk satu tempat kerja plak. inilah jodoh nama nya. hehehe. Cik Wan nie pulak suke warne hijau, apa saja yg berwarna hijau mesty dia suke punye lah. Obeses pada warne hijau.. hehe


Disebabkan gambar eja sorang-sorang takde, jadi aku pakai jelah gmbar nie. Yang tidak bertudung dan berambut panjang tu nama nye cik HARIZA AZIZ. Kalau sekali tengok dia, minah nie nampak brutal beb, tapi sebenarnya dalam hati dia ada taman taw. hehehe. Memang sorang yg sempoi habis dan paling kaya antara kami berlima. hehe =D. Oppss, lagi satu, dia suke buat muke penyek kalau snap picture. Bajet chumel habis lah tu.weekk =p

Taraaa~!!, inilah ceritera kami BERLIMA

p/s utk kami : Sentiasa percaya mempercayai atara satu sama lain, hope tak termakan dengan hasutan hanjing-hanjing yang dengki nak memecahbelahkan kita. Jika ada yg tak puas hati luahkan jek, tak payah nak simpan-simpan sangat, buat sakit hati jek kn,kn,kn?. I love you all :*



Monday, July 4, 2011

: Sepanjang perjalanan.... :

Hai all !!. Semalam aku, kak wan, eja, kak zety and anak buah kak zety(aina) pergi ke majlis pertunangan Ct, kawan kitorang dekat ofis. Meriah jugak lah majlis nie, ramai kawan, sanak sedara ct datang memeriahkan majlis, tak terkecuali jugak kitorang, buat penyeri majlis. haha.

Aku dengan kak wan dari Bangi, pergi naik kereta kak wan jek. Kenapa aku leh ade kat bangi??, sebab kak wan amik aku dekat stesen ktm bangi, aku gerak dari Nilai. Untuk pengetahuan korang jugak, hari sabtu tu, kawan baik aku, piko, datang rumah aku, saja jek datang sebab dah lama kan kitorang tak berjumpe, alang-alang dia dah turun KL, jumpe lah aku sekali. Aku dari rumah nak ke Stesen KTM Nilai tu dengan piko nie lah, sekali jalan. sebab dia pon nak bali Jb dah ahad pagi tu. Dari Bangi kitorang pon terus lah ke KL, tak pernah-pernah kitorang naik kereta ke KL nie berdua jek, ini lah pertama kali. Dah lah dua-dua nye buta a.k.a tak tahu langsung jalan KL nie, ape lagi redah jelah. hahaha. Tapi seronok jugak belajar bende baru, dari tak tahu sekarang dah boleh lah sikit-sikit. hehe.

Disebabkan dua-dua buta langsung jalan KL nie, kitorang pon duk redah jelah, lepas tu sibuk duk baca signboard, pantang ade signboard masing-masing mesty jadi fokus giler sebab takut sesat jalan. Akhirnya, kitorang berjaya sampai ke Mcd Sri Gombak. Kenapa Mcd Sri Gombak??, sebab dekat ctu kitorang pernah datang makan mcd, so sikit sebanyak aku ingat lah jalan nak pergi mcd tu, lagi satu rumah eja pon dekat area-area situ jek. Berhenti jek dekat Mcd tu, terus call eja, suruh amik kitorang dekat Mcd tu. Yelah, nak g rumah dia kitorang bukan tahu sangat, ingat-ingat lupa. Akhirnya lepas 20 minit, eja sampai. Lambat kot. majlis ct pon dah nak mula. Kereta eja wat hal plak kan, ape lagi naik lah kereta Kak wan yang chumel tu. hehe.

Dari Sri Gombak, kitorang kena amik kak Zety dekat Kem Tentera dekat Setapak. Eja lah yang kena tunjuk jalan, sebab kitorang memang tak tahu langsung jalan dekat citu kan. Lepas dah amik kak zety, kitorang terus lah ke rumah CT. Masa nie lah, macam -macam bende kelakar jadi. Kak wan memang rempit habislah dengan kereta dia tu. Laju kot, sebab kitorang semua dah lambat nak ke majlis tu. time tu dah 12.30 dah. Masa tu kitorang mesej ct, dia kate pihak lelaki dah on the way. Ape lagi makin laju lah. haha.

Ct ade sedia kan map nak ke rumah dia macam mana. Tapi dengan map yg dia bagi tu pon, kitorang confuse dan akhirnya sesat. Lepas tu, terlanggar bumping. Bumping tu memang tinggi, aku dengan kak wan tak perasan bumping tu, ape lagi kereta kak wan masa tu melayang lah. Giler kau, tercabut lah skru dekat atas dashboard tu. Nasib baik bahagian depan kereta kak wan tak de pape, kalau patah ke tercabut ke, tak ke naya. Kepala aku dengan kak wan terhatuk dekat atas bumbung kereta, eja plak hidung dia terhantuk dekat belakang kerusi kak wan, kak zety tercium dekat belakang kerusi aku. Siap ade kesan lipstik lagi. hehe. Memang nasib takde pape.

Lepas tu, sesat plak lagi, siap tanya orang lagi. Akhirnya jumpe jugak rumah ct, masa tu orang dah selesai baca doa dah. Tapi takpe, sempat lagi bergambar dengan ct. Gambar dia, nanti lah aku upload eh, mls lahnk up load dekat cnie, lambat kot. Apa-apa pon, seronok akhirnya kawan aku yang sorang nie dah pon bertunang. congrats ct. status kau dah bertukar, dari AWEK ORANG, sekarang dah jadi TUNANG ORANG. =D

Oklah, thats all. Bye~.

Friday, July 1, 2011

: Selamat Bertunang :

Assalammualaikum !!. Apa khabar korang?, lama dah kan aku tak update blog aku nie, just usha-usha gitu jek. Bukan tak nak update tapi takde bende nak update. Takde story nak cerite dekat korang. tu yg lama menyepi jap, dah berhabuk-habuk dah blog gue nie. hee =D

Oh, aku nak cerita dekat korang, tak lama lagi, seorang dari kawan aku dekat SUHAKAM nie akan bertunang. Tarikh pertunangan dia pada 3 Julai 2011, Ahad nie. Excited kan dengar orang nak bertunang nie, tapi aku tengok minah sorang ni rilek jek nak bertunang, tak pk-pk pon pasal hal nak bertunang nie, sempoi jek. Kalau aku, tak tahu lah ape rase nye. Sebab sebelum-sebelum nie ada tengok sepupu aku tunang, macam orang nak buat majlis kawen jek gamaknye. kabut sana-kabut sini. Yang kawan aku nie, rilek, sempoi habis. Tema masa tunang dia, warne purple, dia suruh kitorang semua kawan-kawan dia nie pakai baju kurung kaler purple mase majlis tu. Hati-hati ct, pesan dekat bakal tunang kau tu jgn tersalah sarung cincin. hehehe.

BTW, aku nak tuju ucapan lah, boleh tak, ehem...ehem...:


SELAMAT BERTUNANG :

SITI HAWA NORASHIKIN BINTI IDRUS.

dgn

CIK KOI
(bukan nama sebenar).

Semoga kekal pertunangan kau ni sampai kau kawin, lepas tu kekal dan kekal lagi sehingga akhir hayat !~

Tq, and Bye~



Thursday, June 9, 2011

: minggu mengantuk dan boring sedunia :

Hai all. Hari ni macam hari - hari biasa borink tak terkata, mengantuk lagi tahap gaban lah. Adoiyai!. Tak tahu nak buat ape. Bukan takde kerja, tapi kerja tak banyak dan boleh disiapkan dalam masa yang sangat singkat taw. Senang citer keje aku dah siap lah. Payah no lah kau nak cakap. Aku cerita la kat korang rutin harian aku sepanjang minggu nie ok. Saja nak buang masa dekat blog aku nie. heheh. Nie lah nama nye takde kerja. Ok, hari pertama untuk minggu nie iaitu :

6 Jun 2011 (Isnin) :
- Bangun pagi dengan malasnya, macam biasa memang sikap kemalasan dalam diri tu ade, al maklum lah hari isnin kan, dah 2 hari cuti, lepas tu dok merayau jek masa cuti tu, mana tak penat kan.
- Hari Isnin takde apa-apa yang menarik pon. Bos aku baru masuk kerja, lepas tu agak sibuk juga sebab perlu update perkara-perkara penting untuk dia dalam minggu nie. Aku pon sibuk nak prepared minit mesyuarat SUHAKAM untuk diberikan pada semua Pesuruhjaya isnin tu. Memang sedikit kecoh lah kan, sebab buat kerja last minit, masing-masing taknak bagi kerjasama, jadi kerja banyak yang tergendala dan tertangguh. Tapi aku hadapinya dengan tenang =D.
- Minit mesyurat untuk 12 orang pon siap dibundlekan. Yes!. Legalah sikitkan. Next, prepared untuk esoknya plak, mesyuarat SUHAKAM.

7 Jun 2011 (Selasa) :
- Pagi-pagi sampai ke tempat kerja pergi setting bilik meeting. Letak kertas A4, letak pencil, letakkan kertas-kertas yang dihantar oleh sesetengah working group ke dalam meeting.
- Hari ni agak borink jugak, sebab bos aku sibuk dengan meeting, keadaan pon senyap sunyi, memang borink gielr.

8 Jun 2011(Rabu) :
- Pada hari ni bos aku akan ke Jakarta. Flight pukul 1.55 petang. Memang sah lah, dia takde aku lagi takde bnde nak buat ape, jadi pergi lah tolong-tolong kak zety and wan kat tingkat 12, daripada takde kerja kite pergi lah cari kerja. hehehe.

9 Jun 2011(Khamis) iaitu hari ni :
- Pagi-pagi naik ktm jek terus tidur, nantuk nye ya allah. Pergi kerja dengan keadaan yang malas, nasiblah hari ni hari Khamis, esok dah Jumaat. Yea!.
- So, tengah mencari idea nie nak buat ape, novel dah siap ku bawa, cume tinggal nk bukak and baca jek. hehehe. sambil-sambil tu dengar lagu dekat pc. Kalau nak di ikut kan hati, aku nak tutp jek bilik aku, letak satu note and lekat jek kat pintu, note tu bertulis "DONT DISTURB", boleh tak?, lepas tu duduk dalam bilik tu diam-diam dan tidur. hahahaha.

Oklah, sampai cini jek aku dapat cite kat korang. Nanty ade story pape, aku story dekat korang k. Bye.

Tuesday, June 7, 2011

: Layout baru ~

Hai semua =D. Hari ni disebabkan aku takde watpe dalam ofis, duduk dalam bilik sorang-sorang, ape lagi aku pon dengan gatal tangan nye pergi ubah layout baru untuk blog aku ni. amacam cantik x?. hehehe. Mesti dah bosan kan, korang-korang yg bace nie, bile bukak aku punye blog jek mesti page nye putih melepak, konon-konon suci dan murni lah tu eh. hehehe. Hari ni aku dengan rasminya menukar blog aku kepada warne biru. Nak kate cantik tu, ok lah bagi aku tuan umpunye blog nie kan.

Ok lah, semoga dengan penukaran baru layout blog aku nie, aku harap korang akan lebih kerap mengunjungi blog aku nie k. =D. Peace no war !

Monday, May 30, 2011

: Kesian bf saya :

Hai semua =D. Sikit risau hari ni sebab bf saya pergi cek keadaan mata dia sebab ada something macam habuk atau serpihan besi dalam mata dia. Hari sabtu hari tu ok, tapi semalam masa kitorang keluar tu, dia sibuk mengadu pasal mata dia yang sakit, dia kate ada habuk masuk lah, ada besi lah. Sian plak + risau lagi.

Lepas balik dari hantar aku semalam, dia terus pergi ke klinik sebab dah tak tahan sangat agaknya kan. Pergi klinik tu doktor kata takde ape-ape just doktor tu bg ubat tuk cuci mata. Tapi itu pon still tak elok lagi. And hari ni, dia pergi hospital terus. Makin risau lah aku, lagi-lagi bila dia cakap "Kalau abang kena tahan wad, datang tengok taw". Bila aku dengar dia cakap macam tu, lagi lah aku bertambah risau. Haish, sabar jelah aku dengan dia kan. Baru jap tadi aku mesej dia, dia kate dia baru masuk jumpe doktor, aku harap takde pape =(.


Sunday, May 29, 2011

:Date dgn Kak Zety Burn & Wan dan RmR 2011 PD :

Hai semua =D. Cuti hujung minggu nie penuh sikit dengan aktiviti-aktiviti yang agak menarik bagi aku. Hari sabtu hari tu, aku keluar dengan kawan-kawan aku, Kak Zety and Kak Wan. Kitorang g shopping dekat Times Square KL. Tapi tujuan utama kitorang pergi Times Square sebab nak pergi tengok wayang cite Pirates Of The Caribbean. Best weyh, korang patut pergi tengok sebab memang dalam citer tu Jack hensem and giler lawak. =D. Nak tengok gambar ke?, tak pyh lah kot, nanty lah aku update.

Hari ahad plak aku pergi PD sebab ade RMR 2011, tahu tak RMR tu ape?, RMR tu Retro Malaysia Riders. Bf aku yg selalu pergi RMR nie setiap tahun sebab dia kan memang minat moto2 lama. Jadi aku pon join dia pergi hari ni. Di tengah-tengah panas tu aku berjalan tengok pameran moto. Huish, panas tak payah cakap lah, sampai aku pergi beli satu payung untuk melindungi aku dari panas. So, korang enjoy jelah gambar nie eh, aku malas nak citer pepanjang =D :








Seronok tapi panas, tu jek yang aku tak tahan. Sesape yang rase nak pergi, tunggu lah tahun depan yo. ok lah, chow dulu =D. Daaaaa~


Sunday, May 22, 2011

: Rutin hari ini :

Hai all !!. Minggu nie aku tak plan ape-ape pon. Nak kua tengok wayang citer Nur kasih pon tak dapat. Alasan nya, aku tak gaji lagi. kihkih. Tapi tadi sempat jugak lah aku kua jejalan. Saja melepas kan boring asik terperap jek dekat rumah layan fb boring kot. Jadi kua lah date jap. Tak lama pon, sebab esok kan dah nak start kje, jadi tak boleh lah nak balik malam-malan sangat nanti penat weyh. Korang layan jelah gambar nie, sebab aku pon kureng idea nak story morry kat korang kan. So, taraaaa.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Dah, tak leh nak tunjuk lelebih dekat cnie. hehehe. gtg, BYE!!