I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 26, 2010

:: Kenapa yer ? ::

Hi all !!. Since aku demam 2 minggu yang lepas, aku rase macam badan aku nie sampai sekarang still jugak tak kuat, maksud aku, macam lemah semacam jek lepas demam 5 hari 2 minggu lepas. Masa aku demam 5 hari tu, aku dah jumpe doktor, tapi doktor tak plak bagitahu yang demam aku nie teruk sangat ke ape ke. Cume suhu badan aku jela yang tinggi 38.5. Lepas makan ubat yang doktor bagi, keesokan harinya aku beransur sembuh.

Tapi, sejak-sejak baik demam nie, bahagian belakang kepala aku selalu sakit. Gusi aku selalu sakit, tapi tak lah sakit giler-giler, aku still boleh tahan. Kalo sakit kepala aku tu datang, gusi aku pon akan sakit jugak. Pelik tak?. Tapi, tak la sakit sangat, aku leh tahan lagi. Bawak tidur, jangan layan sakit nie sangat, lama-lama die ok.

Lagi satu, sekarang badan aku macam tak boleh tahan cuaca sejuk. Contoh, petang ni hujan, lepas tu, sejuk kan?, aku mula lah akan cari selimut. Mula lah badan aku jadi sejuk giler. Berselubung dengan selimut lah aku. Lepas tu, badan aku jadi panas, dan rase nak demam. Kena la makan panadaol. Lepas tu, kalo aku makan panadol biasa,maksud aku panadol orang tua tu, demam aku macam tak kebah, tapi, bile makan panadol kanak-kanak tu, demam aku beransur kebah plak. Pelik tak?.hahaha. Panadol kanak-kanak yang warna pink plak tu.

Lagi satu, aku nie dah la sangat kurus, diulangi SANGAT ok!!. Lepas tu, sejak aku demam nie, selera makan aku tak ada. Memang susah sangat nak makan nasi. Korang boleh bayangkan aku leh tak makan nasi untuk 2 hari taw. Memang sekarang badan aku lagi,lagi lagi lah kurus. Sampai pipin pon risau tengok aku.

Apa yang aku kena buat supaya tubuh badan aku kembali macam dulu, kuat makan, tak mudah rasa sejuk, tak mudah rasa demam ??. vitamin?. Itu antara cadangan aku. Aku rasa nak makan vitamin la. Kalo tak jalan jugak macam mana ??..

any idea?.

Thursday, December 23, 2010

:: Astro ::

Hi all !!, malam nie tetiba aku dapat panggilan dari pihak astro. Guess what ??, esok diorang nak datang cnie, sebab nak pasang astro dekat rumah aku!!. Yahoo..Happy giler aku. Yela, aku rase dah 2 bulan kot rumah aku memang xde tb. ade tu ade la, tb yang baru kan, tapy tak boleh nk tengok sebab siaran nye tak dapat. Memang buntu jap la kitorang kat umah. Ade tb kecik, mule-mule ok, lepas tu makin lama, gambar tak nampak, lepas tu dengar sore jek. Boleh plak aku nak tengok macam tu. Tak de feel langsung nak tengok, sebab memang tak nampak ape.

Then, malam nie pukul 9 tady, diorang call. Memang seronok yaw!. Esok pukul 12 diorang datang, bahagia lah jap aku bile ade tv nie, xde la asik menghadap lappy nie jek 24-7. lappy nie pon dah jemu dah tengok muke aku. Kalo die leh cakap dah lama die kate " hak tuih !!, borink nak mampos aku tengok muke ko nie !!". Boleh macam tu??hahaha.

Mesty korang tertanya-tanya, baru sekarang nak ade astro kat umah ko???. Jawapan aku aah, mmng, mmng baru nk ade astro umah aku sekunk, yela aku nie bukan orang kaya beb, lagipon, bg family aku astro nie tak penting pon, asal kan leh tengok tb and dapat chanel2nye. Ini pon disebabkan tb baru kitorang tak dapat chanel langsung, so kitorang terpakse la pasang ASTRO. Kalo tak jangan harap lah nak pasang. Ini pon pasang yang paling murah punye, alaaa, untuk family punye tu. Ini pon dah kire untung sebab banyak gak chanelnye kan.lalala~

Pape pon, tunggu lah hari esok yer~


Finally, Thank too ASTRO, kerana akan menceriakan hari-hariku selepas ini.
hehehehe

p/s : Pada pihak ASTRO, aku harap ko jgn tak datang plak esok, besar kot harapan aku nie nak tengok tv..hahaha..ko tak datang, siap sedia la dengan maki hamun dari ayahanda ku tercinta.lalala~

Wednesday, December 22, 2010

:: Rindu sangat ::

Hi peeps !!, lama dah aku xupdate blog aku nie kn. Adalah dalam seminggu kot aku rase. Tahla, aku tak berape nak ingat la. Since aku demam, lepas tu elok, lepas tu demam balik, aku malas nak online facebook, dan blog aku nie. Tak larat kot nk layan binatang2 nie..hehehe. Sekarang pon, aku still di landa demam lagi, bile malam badan aku jadi sejuk, bile pagi, badan aku ok, cume kepala jek sakit, tapi aku tak berape nak layan sangat.

Sori ok kalo aku jarang online fb dan update blog. Masalah kesihatan la. Aku pon tak tahu bile aku betul-betul nak elok. Makan ubat tak payah cakap la banyak nye. Badan aku pun dah makin kurus, ramai kot yang tegur aku. Da la aku nie mmng dah kurus, lepas tu, demam, tak selera nk makan, terus jadi lagi KURUS..Haish, nasib-nasib..layan kn jela.

okla, nanty aku update lagi ok.

Bye kawan-kawan !!


Sunday, December 19, 2010

:: date yang tak menjadi..kesian aku ::

Hari nie sepatutnye aku keluar dengan ipin. Semalam die dah janji nak bawak aku keluar hari nie. So, dalam pukul 11 tady die datang amik aku dekat rumah. Masa dalam kereta kitorang plan lah nak g mana, sebab mmng kitorang xplan pon nak keluar hari nie. Nie pon sebab semalam tetiba aku ajak die keluar, sebab bosan dah duduk dekat rumah and aku malas nak balik kampung hari nie ikut family aku. So, die ajak aku pergi Bagan Lalang. Aku pon on jela. Sampai kat Bagan, masa nak parking kereta, tengah reves-reves( betol ke aku eja ),tetiba ada bunyi patah kat bahagian depan kereta die. Cuak la sekejap, ingat bunyi tu ade kaitan dengan tayar ke ape ke. Ipin cepat-cepat keluar dari kereta. Bile keluar jek, rupe-rupenye nom plat kereta die patah daaaa.. tersangkut batu-bata.

Pe lagi, die pon dengan nada yang sedih pon berkata "yunk, plat kereta abang patah ". Aku ingat leh la seletip ke ape ke..hahahaha. Last-last xboleh, buat kan tercicir dekat jalan raya lagi satu masalah kunk. Ipin pon termangu jap dalam kereta. Sambil-sambil tu sempat lagi die buat lawak dengan aku. Die buat nada nak nanes and sedih cakap "sobsob, sedihnye, nom plat kereta kite patah plak..sobsob ". boleh macam tu ?.Aku pon cakap kat die, jom balik rumah kite pergi betolkan jap. Nanty dah ok kite keluar la balik eh. Jangan lah sedih.

Kitorang pon teruslah bergerak balik ke Nilai. Dalam perjalanan nak balik Nilai, tetiba die dapat call dari makcik die, dapat khabar yang nenek sedara die dekat kampung area selangor meninggal duni pukul 11 tgh hari tadi. So, die terpakse plak bergerak balik ke kampung tengah hari tu jugak. So, date kitorang terpakse die cancel kan hari ini. Sedih kot, tapi nak wat cmne, die ade hal yang tak dapat dielakkan. Aku kena lah bersabar kan.

So, masa on the way nak hantar aku balik rumah, tetiba mak aku call, die tanya aku dekat mana. Macam tahu-tahu jek mak aku nie yang date kitorang tak menjadi and aku dah on the way nak balik. Aku pun cakap lah ngan mak aku yang aku nak ikut diorang, tak kuase aku nak kena tinggal kat umah yang mmng dah sedia giler buhsan nie.

So, kesimpulannya : hari ni date aku tak menjadi, diulangi TAK MENJADI ok !!. Sedih sangat-sangat. Lagi satu sampai sekarang ipin tak call - call aku lagi yang die dekat mana, macam mana keadaan dekat sana. =(

Friday, December 17, 2010

selesama.

Hi blogger !!,
macam mana nak hilangkan selesama ?,
macam mana ?!.
aku tak suke hidung berair-air,
nak tidor pon tak selesa,
24-7 kena ada sapu tangan ditangan.
Warghh~..benci !.
Lepas tu, lagi satu plak batuk,
yang nie pon lagi satu perkara yang tak nak sembuh-sembuh dari aku demam hari tu.

damn la !!

Thursday, December 16, 2010

::Special Entry to EN. MOHD FARIDUS AHMAD::

Ini adalah special entry untuk:

EN. MOHD FARIDUS AHMAD.


Hari ni hari jadi die. Awak, hari awak dah genap berumur 25 tahun taw. Dah makin besar dah awak kan (sambil usap kepala).hehehe. Tahun depan da 26, tahun depan lagi satu da 27, tahun depan lagi satu dah 28, ah, yang tahun -tahun depan tu awak kira la sendiri. Saya doakan awak :

  1. Sentiase sihat sejahtera.
  2. Semoga segala apa yang awak hajat kan akan tercapai. =)
  3. Kerja rajin-rajin lepas nie.
  4. Jangan ego-ego sangat. =)
  5. Cepat-cepat kumpul duit yo.heheh.
  6. Sentiasa bahagia dunia dan akhirat.
Buat sementare waktu nie, saya xde hadiah lagi nak bagi awak, sebab kesempitan wang, jadi saya bagi awak nie jek dulu eh :


Selamat Hari Jadi
ke-25

Saya harap awak akan sentiasa gembira yer, dan banyak bersabar dalam menempuh dugaan . hidup. Saya sayang awak sangat-sangat, I LOVE YOU. sayang awak ketat-ketat.




p/s : happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you PIPIN, happy birthday to you !!

Sunday, December 12, 2010

:: selamat hari tua kawan *ENTRY KHAS* ::

Semalam adalah hari jadi Best Fren aku. Hari jadi mesty la kne wish mse jam 12 tgh malam tady kan?. Tapi aku sengaja wish lambat dan buat entry nie lambat, sebab nak jadi orang yang paling last wish birthday kat die.heheh.
apa-apa pon :

  • SELAMAT HARI JADI !!
  • SEMOGA HIDUP LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T.
  • DAPAT KERJA YANG BEST-BEST
  • CEPAT-CEPAT KAWEN.
  • SENTIASE SIHAT SENTIASA.

AFIQAH RAIHAN BINTI AFIFUDDIN

SELAMAT HARI JADI YANG KE 21
WELCOME TO 21 YEARS OLD !!





Sudah jatuh ditimpa tangga.

Dah dekat 5 hari kot aku da lama xupdate blog aku nie kn. Since hari khamis yang lepas. Bukan ape, aku banyak masalah dan yang paling teruk sekali aku demam pulak. Lepas tu, adik aku yang nom-3 masuk hospital akubat kemalangan motor. Mula-mula, hari khamis tu, aku tak la demam teruk sangat, cume sejuk-sejuk badan jek, lepas tu bajet nak baring dekat dalam bilik, tetiba ayah aku dapat panggilan telefon dari kawan adik aku mengatakan adik aku kemalangan, mase tu diorang semua dah ade dekat klinik dah.

So, mase tu jugak, aku kene follow ayah aku utk pergi klinik tengok keadaan adik aku macam mane. Sampai dekat klinik, doktor cakap kitorang kena bawak adik aku ke Hospital sebab luke dekat kaki dia agak dalam, jadi doktor dekat klinik takut nak jahit, sebab die takut kalo-kalo ade tulang yang retak, urat-urat yang putus atau apa-apa jangkitan kuman yang lain. Doktor cume boleh balut jek, bagi darah tu tak mengalir keluar.

Daripada klinik, kitorang terus ke Hospital Besar Seremban, sampai sana kitorang terus ke Unit Kecemasan. Dekat 5 jam kitorag dekat sana. Kakitangan HBS, sangat-sangat lembab buat kerja, diorang bagi pesakit tunggu lama, ade ke patut macam tu. dari pukul 5 kitorang dekat ctu, last2 pukul 9 atau pukul 10 baru nama adik aku diorang panggil, da masuk bilik rawatan, kne tunggu doktor plak, bile doktor dah tengok die suh buat x-ray, lepas dah buat x-ray, die suruh adik aku masuk bilik rawatan balik. Lepas tu, tunggu doktor cek lagi. Doktor dah datang, die bukan terus cek, die bagi ceramah kejadah tah, lepas tu dekat setengah jam, baru la die tengok hasil xray dan die buat ape yang patut. Mase tu kitorang ingat die dah jahit ke ape, rupenye just cuci gitu jek. Diorang cakap diorang terpakse tahan wad untuk rawatan selanjutnye.

Nak tunggu proses nak masuk wad tu pon satu hal lagi punye lambatnye, adik aku dah keluar bilik rawatan, lepas tu, datang lagi dua orang doktor, nak tengok luke adik aku, ingat kan diorang leh la tengok kan or jahit waktu tu jugak, tapi tetap xboleh, yang doktor nie, datang buat ape?cuci mate ke?tengok-tengok lepas tu blah macam tu jek, ada ke patut. Aku, linda(awek adik aku) & ayah aku nie dari petang tgu, da la aku nie rase macam nak demam, sejuk lagi, dengan xpakai sweater nye lagi, korang bayangkan lah.

Dalam tengah nak bawak dik aku masuk wad tu, aku dah kol mak, and ipin, suh mintak tolong ipin bawak kan mak dan adik aku zaza ke hospital, malam tu jugak. Pukul 10 macam tu ipin ngan mak aku pon sampai. memang lambat betol keje HBS nie. Ayah aku sampai mengamuk-gamuk sebab ape bukan diorang xboleh buat operation tu cepat, lagipon luke die kecik jek kn, tapi ade doktor pakar bedah tu bgtahu, diorang kne dahulukan sesiapa yang luke die lagi dalam, walaupon orang tu datang lambat. ade ke macam tu? buat kan yang tengah tunggu nie mati macam ne?walaupon luke die xbesa?tapi diorang da la kne pose sampai 3 hari, masuk air jek lebih, leh mati macam tu.

Aku dengan semua family aku terpakse berulang alik ke hospital pagi petang siang malam, sebab nak tengok adik aku. Lagi satu kitorang sampai kadang-kadang sampai xmakan satu hari taw. aku nie dah 4 hari dah demam teruk. Hari nie la baru kebah cikit demam aku nie. Tu pon lepas jumpe doktor malam tadi.

Syukur, everything back to normal.


Wednesday, December 8, 2010

Kau Xpaham Bahase ke ape ??

Hi u all !!. Act, semasa aku menulis articel nie ( betol ke aku eja tu, ah, abaikan ) aku tgh bengang gile vavi la. Kalo korang pernah bace articel aku yang sebelom nie, ataw yang xtahu boleh link kat cnie :


Ok, dah bace kan. ha, utk pengetahuan korang mamat nie kacau hidop aku lagi. Tak serik-serik. Xtahu ape die nak.


Aku ingt kan lepas aku dah remove die, lepas tu dah approve die balik skunk, die ok dah, rupenye makin giler plak mamat nie. Semalam aku online facebook, lepas tu, aku chat dengan die dekat fb. Dalam mase chat tu, die merungut dekat aku sebab xnak jumpe die dekat LCCT malam semalam.

Die nak aku jumpe die dekat LCCT, sebab die baru balik dari Sabah, so,sebelum balik ke rumah jumpe anak bini die, die nak jumpe aku lah dulu, kebetulan dah dekat dengan area rumah aku kan. So, aku cakap dengan die cara baik, yang aku xdapat pergi sebab aku keluar dengan ipin. Dan balik pon mungkin dalam pukul 9.00 malam paling awal. Lepas tu, semalam bile aku online fb, chat dgn die. Mesty korang kate aku nie jenis kaki melayan kn, dah tahu xsuke jangan lah layan. Sebenarnye aku ade reason buat semua nie. Before this, aku ingt die baik, so, aku respect die sbgai seorang abg. Lagipon, aku xnak lah bermusuh dengan die nie. And aku pon dah berterus terang dgn die yang aku nie xpernah menyimpan perasaan ape-ape dekat die, dan aku anggap die mcm abg aku. Aku ingat kn die paham, rupenye die nie spesis xphm bahase kot.

Berbalik pada chat semalam. Die merungut dengan aku, die kate aku sombong, xnk jumpe die. So, aku ckp lah aku keluar balik malam. Lepas tu, die seolah-olah, xnak terima kenyataan, die kate die ade dekat area rumah aku sampai malam. So, leh jek la jumpe. Die ingat aku nie jenis yang boleh keluar malam sesuke hati ke?. Aku keluar dengan ipin tu pon, balik lambat pon,paling lmbat pukul 9.00 tu pon mak aku da bising. Amik mase setahun jugak lah ipin nak yakinkan mak dan ayah aku yang die nie leh dipercayai. Inikan plak, nak kua dengan die, dah la laki orang, mak ayah aku xknl plak tu. Wat gilak jek !!.

Lepas aku kate macam tu, die bengang kot. Die start kutuk ipin. Die kate asal mak dan ayah aku percaya sangat dengan die, Muke ipin tu pon bukan leh caye pon, muke jahat jek. Aku pon ape lagi start la aku hangin satu badan. Ade ke patut die cakap macam tu kat ipin. Bagi aku, xsemstynye muke ko orang nampak baik, perangai ko baik jugak. Macam mamat nie lah, muke jek orang nampak baik, tp hati lom tentu lagi, kalo x, xkan die leh cakap macam tu dekat ipin. Walaupon muke ipin tu jahat ke, xhensem ke, tapi sekurang-kurangnye aku knl hati budi die, aku tahu hati budi die macam mane. Bukan macam ko, manusia bertopengkan syaitan.

Dah aku cakap banyak kali, aku xnak jumpe ko or wat ever lah dengan ko, sebab aku xpernah ada hati dekat ko. Aku bahagia dengan hidop aku. Aku xnak jadi perosak rumah tangga orang, meruntuhkan masjid. Tolonglah, jangan lah kacau hidop aku, aku boleh nak berkawan dengan ko, tapi bukan bercinta dengan ko. Walaupon aku xbercinta dan kawen dengan pipin, aku tetap xkan kawen ataw bercinta dengan ko. Harap maaf yer.


p/s : aku ingat lagi pesan cikgu aku, Kalo kite ganggu kebahagian rumah tangga orang, satu hati nanti, rumah tangga kite plak akan dikacau. Aku akan ingat nasihat tu sampai mati.

:: Jadual Harian ::

10 pagi : Bangun pagi, mandi dan breakfast.

11 pagi : online internet dan tido balik (sebab xde nk buat ape-ape + bosan).

2 ptg : Bangun tidor + makan tengah hari.

3 ptg : Online, online, online, online

7 mlm : Tido jap (hujan best tidor )

9 mlm : Bangun tido + makan malam.

10 mlm : Online.

3 pg : Tidor! ( lambat giler aku tidor ).

ha, inilah rutin harian aku SETIAP HARI, diulang sekali lagi SETIAP HARI ok!. Giler bosan kan hidop aku. Nak kerja, xde lagi yang panggil aku utk bekrja. Memang hidop aku sumpah bosan.
Hari-hari rutin harian aku sama dan serupa. Wargh!!, nak nanes laa.

Oklah, bai-bai !!


Tuesday, December 7, 2010

:: Seremban - Melaka ::

Hi pembaca !!.
Seperti yang telah aku janji kat dekat u alloss semua, hari nie aku nak update aktiviti harian aku, senang citer aku keluar dengan pipin hari nie. Seronok sangat !!. Ok2, aku cerita kan satu persatu eh. First hari nie, aku keluar dengan pipin dari rumah dalam pukul 11 macam tu. Then, kitorang terus ke Jusco Seremban 2, plan nak tengok wayang. Disebabkan pipin lom tengok cerita NGANGKUNG, so die nak tengok jugak cerita tu, jadi aku ikut jela kehendak die. Kirenye aku dah tengok cerita nie 2 kali dah lah. Aku nak tengok Harry Potter lambat, petang sangat, xkuase lak aku nak tunggu sampai ke petang dekat Jusco S2 lelama. Kejadah aku nak buat dekat ctu, Pusing-pusing pon, itu jugak. Maleh la. So, tengok jela cerita Ngangkung kali -2.

Habis tengok wayang, terus nak keluar dari Jusco. Lepas tu, mas otw nak keluar tu, kitorang plan-plan lah nak pergi mana plak lepas nie. Tetiba dalam kereta, pipin cakap"JOM PERGI MELAKA". Mak ai, jaoh kot, tetiba plak nak ajak aku keluar Negeri Sembilan nie pekehe?.hehehe. Aku pon set jela kan. Mule-mule aku ingat die ajak-ajak ayam jek, rupenya betol-betol. Dari Jusco, terus jalan nak ke Pekan seremban, lepas tu terus masuk tol. Bia betik?. Pipin cakap " Bosan dah asik-asik Seremban, kali nie kite g Melaka plak".heheh.

Tiba di Melaka, kitorang pusing-pusing Melaka, lepas tu masuk Muzium Samudera yang Kapal Besar tu. Wah!, best wo!, jadi jakun jap aku. hahah. Yela, bayangkan lah, dah berapa lama aku xjejak kaki ke Melaka nie. paling last aku pergi Melaka pon, dengan mak aku, itu pon rombongan kot. Jadi bile rombongan, xsemua tempat lah aku leh pergi, berbanding dengan pergi sendiri kan. Kali nie ape lagi, jangan lah lepas kan peluang kan. Ayuh!, kite melawat Melaka Bandar Bersejarah!.hehehe.

Best gilak!. Seronok sangat keluar dengan Pipin aku hari ni. Lepas tu, balik-balik dari Melaka, die demam pulak. Kesian die. Xtahu nape tetiba leh demam. Selesema, xsedap badan, batuk. Balik dari hantar aku dekat rumah, die balik terus, sampai rumah mandi, makan ubat, terus tido. Aku tahu die penat. Oklah, korang enjoy gambar-gambar nie k :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cibok jek nyonya belakang tu~

A'Famosa

Pipin mempersembahkan !!

Kami~

Senyum ~

Itu sahaja dari aku eh.
Ada masa dan cerita nanty aku update lagi taw.
Daaa..
Adios !

xoxo~

Monday, December 6, 2010

:: saya setuju dengan mak dan ayah saya ::

Hari nie, lepas aku balik dari keluar dengan Haziq tadi, and lepas jek semua baby-baby dan budak-budak yang mak aku jaga balik, aku, mak dan ayah aku duduk la bersantai-santai dekat luar rumah kitorang. Saja nak duduk rehat-rehat sambil borak-borak. Tetiba mak aku buka cerita pasal kes aku bengang dengan c ali (bukan nama sebenar) dan anak die Timah (bukan nama sebenar jugak). Aku bengang dekat diorng pasal sibok sangat aku x kerja lagi. Tension betol.

Mak : c Timah tu mesti xnak tolong ko dah keje kat *** (nama tmpt terpakse di rahsiakan) tu sebab die dah meradang kat ko.

ayah : Ah biar la diorang, kalo die xde pon, bukan kite xleh cari kerja lain.

aku : Tah, bukan nye xde tempat lain kite leh cari kerja. Macam bagus jek, bajet diorang tu besar sangat la kan.

Mak : Tah la, yang ***** nie pon satu, xpatut la cakap macam tu, ko pergi sana hari tu sepattnye diorang yang cari ko, call ko, bukan ko yang kene cari dorang, sbb kite bukan tahu pon pasal tempat2 dekat ctu, ha, kalo nak sangat ko g umh diorang, diorang la yang ptt kol, bukannye ko. Pastu datang cnie nak marah-marah plak. Tah ape-ape tah.

so, kesimpulan di atas segala perbualan kitorang nie, aku memang bersetuju sangat dengan ape yang mak dan ayah aku cakap tu. Lagipon, aku xsuke orang yang spesis2 diorng nie, jenis yang cakap lepas, bajet bagus, sedar-sedar la ckit ada lagi org yang lagi bagus dari korang, kalo korang ingat korang lagi besar ada la yang lebih besar pangkatnye dari korang.


p/s : Hidup nie kadangkala kite di atas, kadang kala kite dibawah. Jadi beringatlah yer. Selamat Beramal!

:: Tomorrow activity ::

Hello readers !.
Act, aku tgh excited nie.
Esok aku jadi keluar dengan pipin!.
Oh yeah!.
Xsabar nak jumpe die esok.
OMG! OMG!, nak pakai baju ap?, tudung ape?..
aku memang giler excited yaw!.
Korang tgu eh next post aku pasal esok taw.

Bai-bai!
xoxo

:: Lcct + PD ::

Hari nie, sebab aku xde nak plan g mana, so aku bangun pagi pon memang xpayah citer la, lambat gilak!. Hahaha. Tak cukup tidor punye pasal, semalam tido pukul 4.30 pagi, so bangun hari nie pon tengah hari. Tak payah tahu la pukul bape, malu la i. hehehe. Tengah-tengah syok tidor, tetiba dapat call dari member aku, haziq, die nak ajak aku pergi LCCT kate nye nak jumpe kawan kitorang sebab die nak berangkat ke Sabah petang tadi. So, aku pon says ok jela, memandangkan aku tak pergi mana-mana and duduk dekat rumah pon agak buhsan kan. Aku pon setuju nak follow die.

Bila aku dah setuju, die pon suh aku bersiap masa tu jugak, sebab die nak amik aku mase tu jugak, and die dah pon on the way. Aku pon daripada tengah mamai-mamai masa tu, terus bangun dari tempat tidor. Aku tanya die dekat mana, die kate nak dekat dah area rumah aku. Mak ai, aku pon terkocoh-kocoh la bangun, ko bayangkan lah masa tu, keadaan aku yang kucar-kacir,bangun, capai tuala, terus mandi. Apa lagi, kelam kabut la aku bersiap kan. Al maklum la aku nie perempuan babe!, paling-paling cepat aku leh siap pon, satu jam taw. Tapi tady di sebabkan haziq dah nk dekat sampai, aku pon capai jek baju, jeans mana yang depan mata aku, aku garb jek.hahaha.

Lepas tu, 10 minit lepas aku dah siap, die pon sampai dah umah aku. Fuhh~. Penat aku berkejar-kejaran taw. Itu pon, aku rase aku dah bersiap paling sempoi sekali dah. Die sampai jek,kitorang terus gerak. Lagipon die kate nak cepat katenye. Ok, Fine!. Gerak ke Lcct terus. Tiba dekat LCCT, ade ke patut haziq nk jumpe c dina, kawan kitorang tu tepi jalan jek, memang xpatut taw. Tapi nak wat cmne, Haziq memang nak cepat masa tu, ada hal lain katenye lah. Jumpe Dina, borak2 jap, itu pon dalam kereta jek adalah dalam 20 minit kot borak ngan die dekat tepi jalan and dalam kereta. Uish, kedengaran kejam plak.Lepas tu, terus gerak nak hantar aku balik.

Tiba plak area F1, dalam plan yang awal tadi, lepas pergi tgk adina dekat LCCT, nak hantar aku balik terus kononye. Alih-alih melencong plak, haziq ajak aku pergi PD, jumpe kawan sekolah kitorang, afiq. Kate haziq, Afiq buat promotian untuk mesin sukida die. Owh, lupe nak cerita, Afiq nie buat biznes air. Alah, yang mesin sukida tu. Kalo sape-sape budak POLI PD, mesty tahu, lagi-lagi yang selalu beli air kat mesin nie. Mesin yang dekat tepi supermarket and kedai topup kat taman poli tu. Seingat aku lah, aku pon xingat dah location mesin tu. Bagi yang bukan student poli PD, mesin yang selalu orang beli air putih tu, lepas tu, ada gambar chef wan.hahaha.Pandai-pandai la korang cari sendiri kn.

Bila sampai area PD, kitorang terus ke Glory Beach Resort, dimana location Afiq and the geng nie melepak. Bila dah sampai, dah parking pon nie, try call bebudak tu, diorang xangkat plak. Haram jadah betol lah. Dan masa tu plak, perut aku dan Haziw dah mintak diisi, so, kitorang pon keluar la, pergi pekan PD plak, cari port nk makan. Bila dah settle makan, kitorang gerak balik ke Glory, jumpe plak dengan diorang nie. Sebelom tu, sempat lagi aku dengan haziq pergi shopping untuk diorang beli makanan2 lah, air lah. dekat bilion.

Dah tu, terus kitorang ke Glory. Bila sampai kat Glory, nak cari diorang yang masalah nie. Call xberjawab, lepas tu penat lah aku dengan Haziq pusing satu swimming pool tu cari diorang alih-alih diorang dah ade dekat dalam bilik tengah beristirehat. Ceit!. Punye la penat aku dengan haziq pusing-pusing. Lama jugak lah melepak dekat Glory tu, tapi aku xde lah naik bilik diorang. Hang gilak ape!. Aku nie kan pmpn, diorang nie laki semuanya. Xnak aku naik, aku rela lagi tunggu dekat taman permainan dekat sana, dari aku naik atas ke bilik diorang tu. Huyai!.

Dah 1/2 jam c Haziq melepak dekat bilik diorang, aku pon dah penat main buaian dekat ctu, aku pon ajak haziq balik. Haziq la yang kena hantar aku balik nilai balik. Sape suh die ajak aku kan.hahaha. Oklah, sampai cnie jela cerita aku. Nie pon dah cukup panjang dah nie. Lain kali aku cerita lagi eh. Bai-bai!!


:: Berita baik ::

Berita baik!, berita baik!..hehehe. Ap la yang berita baik nie, ha nak tahu ape?, hari selasa ni kan cuti, so ipin dah janji nak bawak aku keluar selasa nie. Yeah!, bestnye!. Saya xsabar nak jumpe awak taw. Dah lama kite tak bertentang mata since saya balik dari JB hari tu kn?. Rindu sangat kat awak.

so, plan aku maybe nak ajak die pergi tengok wayang. amacam ada bagus x?. Antare cerita-cerita yang menjadi pilihan aku adalah :

  • Aku Tak Bodoh
  • Rapunzel
  • Harry Potter
  • 2 Alam
So, mana satu yang ok eh, penin jugak aku pikir nie?.

okla, gtg!
bai!


Sunday, December 5, 2010

:: Borink Weekend ::

Hai readers!. Sedar tak sedar dah sekat seminggu jugak aku xupdate blog aku. Bukak-bukak tady dah naik bersawang dah blog aku nie. Ish, kesian kat blog aku nie, terbiar jek ko eh. Tak pe, skunk dah xbersawang dah kan, semuanya dah clean & clear.hehehe. Ok, kali nie aku nak cerita cikit pasal weekend aku yang mmng teramat borink. Sebab aku tak tahu nak update pasal ape kali nie. Kebuntuan idea la.

For 2 days duduk dekat rumah, semalam just keluar pergi balik kampung jumpe atok. Itu pon sekejap jek. Nak lelame pon watpe kan. Lepas tu, saharian xkeluar g mne-mane. Dok rumah jela aku, duduk menghadap lappy nie, online, online, online. Aku rase kalo lappy nie leh bercakap, dah lame die ckp "asyik-asyik muke ko, xde muke orang lain ke nak duduk depan mate aku, SEMAK!". Nak wat cmne wahai lappy ku yang tercinta, ko jela pengganti bf aku sekunk nie. Ko jela yang selalu temankan aku dikala aku duka nestapa.kihkih.

Mesti korang tertanya-tanya nape aku tak keluar datink??kn,kn,kn,?, sebab bf aku bz, kalah PM taw. PM pon ada mase nakk keluar ke sini, ke sunun, die langsung, haram..sedih kan aku. Jadi, aku pon duduk jela rumah, mnghadap lappy nie. haish.

Da la korang aku xtahu nak cerita ape dah. Wa chow dulu. Bai-bai!

Wednesday, December 1, 2010

:: All Blogger::

Kepada semua blogger :

Di atas beberapa kesulitan, saya tidak dapat memfollow anda buat masa nie. Hal ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat saya elakkan. Maaf di atas segala kesulitan ini.


p/s : Nanti bila everything ok, saya pastikan akan memfollow anda ok!