I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 26, 2010

:: Kenapa yer ? ::

Hi all !!. Since aku demam 2 minggu yang lepas, aku rase macam badan aku nie sampai sekarang still jugak tak kuat, maksud aku, macam lemah semacam jek lepas demam 5 hari 2 minggu lepas. Masa aku demam 5 hari tu, aku dah jumpe doktor, tapi doktor tak plak bagitahu yang demam aku nie teruk sangat ke ape ke. Cume suhu badan aku jela yang tinggi 38.5. Lepas makan ubat yang doktor bagi, keesokan harinya aku beransur sembuh.

Tapi, sejak-sejak baik demam nie, bahagian belakang kepala aku selalu sakit. Gusi aku selalu sakit, tapi tak lah sakit giler-giler, aku still boleh tahan. Kalo sakit kepala aku tu datang, gusi aku pon akan sakit jugak. Pelik tak?. Tapi, tak la sakit sangat, aku leh tahan lagi. Bawak tidur, jangan layan sakit nie sangat, lama-lama die ok.

Lagi satu, sekarang badan aku macam tak boleh tahan cuaca sejuk. Contoh, petang ni hujan, lepas tu, sejuk kan?, aku mula lah akan cari selimut. Mula lah badan aku jadi sejuk giler. Berselubung dengan selimut lah aku. Lepas tu, badan aku jadi panas, dan rase nak demam. Kena la makan panadaol. Lepas tu, kalo aku makan panadol biasa,maksud aku panadol orang tua tu, demam aku macam tak kebah, tapi, bile makan panadol kanak-kanak tu, demam aku beransur kebah plak. Pelik tak?.hahaha. Panadol kanak-kanak yang warna pink plak tu.

Lagi satu, aku nie dah la sangat kurus, diulangi SANGAT ok!!. Lepas tu, sejak aku demam nie, selera makan aku tak ada. Memang susah sangat nak makan nasi. Korang boleh bayangkan aku leh tak makan nasi untuk 2 hari taw. Memang sekarang badan aku lagi,lagi lagi lah kurus. Sampai pipin pon risau tengok aku.

Apa yang aku kena buat supaya tubuh badan aku kembali macam dulu, kuat makan, tak mudah rasa sejuk, tak mudah rasa demam ??. vitamin?. Itu antara cadangan aku. Aku rasa nak makan vitamin la. Kalo tak jalan jugak macam mana ??..

any idea?.

Thursday, December 23, 2010

:: Astro ::

Hi all !!, malam nie tetiba aku dapat panggilan dari pihak astro. Guess what ??, esok diorang nak datang cnie, sebab nak pasang astro dekat rumah aku!!. Yahoo..Happy giler aku. Yela, aku rase dah 2 bulan kot rumah aku memang xde tb. ade tu ade la, tb yang baru kan, tapy tak boleh nk tengok sebab siaran nye tak dapat. Memang buntu jap la kitorang kat umah. Ade tb kecik, mule-mule ok, lepas tu makin lama, gambar tak nampak, lepas tu dengar sore jek. Boleh plak aku nak tengok macam tu. Tak de feel langsung nak tengok, sebab memang tak nampak ape.

Then, malam nie pukul 9 tady, diorang call. Memang seronok yaw!. Esok pukul 12 diorang datang, bahagia lah jap aku bile ade tv nie, xde la asik menghadap lappy nie jek 24-7. lappy nie pon dah jemu dah tengok muke aku. Kalo die leh cakap dah lama die kate " hak tuih !!, borink nak mampos aku tengok muke ko nie !!". Boleh macam tu??hahaha.

Mesty korang tertanya-tanya, baru sekarang nak ade astro kat umah ko???. Jawapan aku aah, mmng, mmng baru nk ade astro umah aku sekunk, yela aku nie bukan orang kaya beb, lagipon, bg family aku astro nie tak penting pon, asal kan leh tengok tb and dapat chanel2nye. Ini pon disebabkan tb baru kitorang tak dapat chanel langsung, so kitorang terpakse la pasang ASTRO. Kalo tak jangan harap lah nak pasang. Ini pon pasang yang paling murah punye, alaaa, untuk family punye tu. Ini pon dah kire untung sebab banyak gak chanelnye kan.lalala~

Pape pon, tunggu lah hari esok yer~


Finally, Thank too ASTRO, kerana akan menceriakan hari-hariku selepas ini.
hehehehe

p/s : Pada pihak ASTRO, aku harap ko jgn tak datang plak esok, besar kot harapan aku nie nak tengok tv..hahaha..ko tak datang, siap sedia la dengan maki hamun dari ayahanda ku tercinta.lalala~

Wednesday, December 22, 2010

:: Rindu sangat ::

Hi peeps !!, lama dah aku xupdate blog aku nie kn. Adalah dalam seminggu kot aku rase. Tahla, aku tak berape nak ingat la. Since aku demam, lepas tu elok, lepas tu demam balik, aku malas nak online facebook, dan blog aku nie. Tak larat kot nk layan binatang2 nie..hehehe. Sekarang pon, aku still di landa demam lagi, bile malam badan aku jadi sejuk, bile pagi, badan aku ok, cume kepala jek sakit, tapi aku tak berape nak layan sangat.

Sori ok kalo aku jarang online fb dan update blog. Masalah kesihatan la. Aku pon tak tahu bile aku betul-betul nak elok. Makan ubat tak payah cakap la banyak nye. Badan aku pun dah makin kurus, ramai kot yang tegur aku. Da la aku nie mmng dah kurus, lepas tu, demam, tak selera nk makan, terus jadi lagi KURUS..Haish, nasib-nasib..layan kn jela.

okla, nanty aku update lagi ok.

Bye kawan-kawan !!


Sunday, December 19, 2010

:: date yang tak menjadi..kesian aku ::

Hari nie sepatutnye aku keluar dengan ipin. Semalam die dah janji nak bawak aku keluar hari nie. So, dalam pukul 11 tady die datang amik aku dekat rumah. Masa dalam kereta kitorang plan lah nak g mana, sebab mmng kitorang xplan pon nak keluar hari nie. Nie pon sebab semalam tetiba aku ajak die keluar, sebab bosan dah duduk dekat rumah and aku malas nak balik kampung hari nie ikut family aku. So, die ajak aku pergi Bagan Lalang. Aku pon on jela. Sampai kat Bagan, masa nak parking kereta, tengah reves-reves( betol ke aku eja ),tetiba ada bunyi patah kat bahagian depan kereta die. Cuak la sekejap, ingat bunyi tu ade kaitan dengan tayar ke ape ke. Ipin cepat-cepat keluar dari kereta. Bile keluar jek, rupe-rupenye nom plat kereta die patah daaaa.. tersangkut batu-bata.

Pe lagi, die pon dengan nada yang sedih pon berkata "yunk, plat kereta abang patah ". Aku ingat leh la seletip ke ape ke..hahahaha. Last-last xboleh, buat kan tercicir dekat jalan raya lagi satu masalah kunk. Ipin pon termangu jap dalam kereta. Sambil-sambil tu sempat lagi die buat lawak dengan aku. Die buat nada nak nanes and sedih cakap "sobsob, sedihnye, nom plat kereta kite patah plak..sobsob ". boleh macam tu ?.Aku pon cakap kat die, jom balik rumah kite pergi betolkan jap. Nanty dah ok kite keluar la balik eh. Jangan lah sedih.

Kitorang pon teruslah bergerak balik ke Nilai. Dalam perjalanan nak balik Nilai, tetiba die dapat call dari makcik die, dapat khabar yang nenek sedara die dekat kampung area selangor meninggal duni pukul 11 tgh hari tadi. So, die terpakse plak bergerak balik ke kampung tengah hari tu jugak. So, date kitorang terpakse die cancel kan hari ini. Sedih kot, tapi nak wat cmne, die ade hal yang tak dapat dielakkan. Aku kena lah bersabar kan.

So, masa on the way nak hantar aku balik rumah, tetiba mak aku call, die tanya aku dekat mana. Macam tahu-tahu jek mak aku nie yang date kitorang tak menjadi and aku dah on the way nak balik. Aku pun cakap lah ngan mak aku yang aku nak ikut diorang, tak kuase aku nak kena tinggal kat umah yang mmng dah sedia giler buhsan nie.

So, kesimpulannya : hari ni date aku tak menjadi, diulangi TAK MENJADI ok !!. Sedih sangat-sangat. Lagi satu sampai sekarang ipin tak call - call aku lagi yang die dekat mana, macam mana keadaan dekat sana. =(

Friday, December 17, 2010

selesama.

Hi blogger !!,
macam mana nak hilangkan selesama ?,
macam mana ?!.
aku tak suke hidung berair-air,
nak tidor pon tak selesa,
24-7 kena ada sapu tangan ditangan.
Warghh~..benci !.
Lepas tu, lagi satu plak batuk,
yang nie pon lagi satu perkara yang tak nak sembuh-sembuh dari aku demam hari tu.

damn la !!

Thursday, December 16, 2010

::Special Entry to EN. MOHD FARIDUS AHMAD::

Ini adalah special entry untuk:

EN. MOHD FARIDUS AHMAD.


Hari ni hari jadi die. Awak, hari awak dah genap berumur 25 tahun taw. Dah makin besar dah awak kan (sambil usap kepala).hehehe. Tahun depan da 26, tahun depan lagi satu da 27, tahun depan lagi satu dah 28, ah, yang tahun -tahun depan tu awak kira la sendiri. Saya doakan awak :

  1. Sentiase sihat sejahtera.
  2. Semoga segala apa yang awak hajat kan akan tercapai. =)
  3. Kerja rajin-rajin lepas nie.
  4. Jangan ego-ego sangat. =)
  5. Cepat-cepat kumpul duit yo.heheh.
  6. Sentiasa bahagia dunia dan akhirat.
Buat sementare waktu nie, saya xde hadiah lagi nak bagi awak, sebab kesempitan wang, jadi saya bagi awak nie jek dulu eh :


Selamat Hari Jadi
ke-25

Saya harap awak akan sentiasa gembira yer, dan banyak bersabar dalam menempuh dugaan . hidup. Saya sayang awak sangat-sangat, I LOVE YOU. sayang awak ketat-ketat.




p/s : happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you PIPIN, happy birthday to you !!

Sunday, December 12, 2010

:: selamat hari tua kawan *ENTRY KHAS* ::

Semalam adalah hari jadi Best Fren aku. Hari jadi mesty la kne wish mse jam 12 tgh malam tady kan?. Tapi aku sengaja wish lambat dan buat entry nie lambat, sebab nak jadi orang yang paling last wish birthday kat die.heheh.
apa-apa pon :

  • SELAMAT HARI JADI !!
  • SEMOGA HIDUP LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T.
  • DAPAT KERJA YANG BEST-BEST
  • CEPAT-CEPAT KAWEN.
  • SENTIASE SIHAT SENTIASA.

AFIQAH RAIHAN BINTI AFIFUDDIN

SELAMAT HARI JADI YANG KE 21
WELCOME TO 21 YEARS OLD !!





Sudah jatuh ditimpa tangga.

Dah dekat 5 hari kot aku da lama xupdate blog aku nie kn. Since hari khamis yang lepas. Bukan ape, aku banyak masalah dan yang paling teruk sekali aku demam pulak. Lepas tu, adik aku yang nom-3 masuk hospital akubat kemalangan motor. Mula-mula, hari khamis tu, aku tak la demam teruk sangat, cume sejuk-sejuk badan jek, lepas tu bajet nak baring dekat dalam bilik, tetiba ayah aku dapat panggilan telefon dari kawan adik aku mengatakan adik aku kemalangan, mase tu diorang semua dah ade dekat klinik dah.

So, mase tu jugak, aku kene follow ayah aku utk pergi klinik tengok keadaan adik aku macam mane. Sampai dekat klinik, doktor cakap kitorang kena bawak adik aku ke Hospital sebab luke dekat kaki dia agak dalam, jadi doktor dekat klinik takut nak jahit, sebab die takut kalo-kalo ade tulang yang retak, urat-urat yang putus atau apa-apa jangkitan kuman yang lain. Doktor cume boleh balut jek, bagi darah tu tak mengalir keluar.

Daripada klinik, kitorang terus ke Hospital Besar Seremban, sampai sana kitorang terus ke Unit Kecemasan. Dekat 5 jam kitorag dekat sana. Kakitangan HBS, sangat-sangat lembab buat kerja, diorang bagi pesakit tunggu lama, ade ke patut macam tu. dari pukul 5 kitorang dekat ctu, last2 pukul 9 atau pukul 10 baru nama adik aku diorang panggil, da masuk bilik rawatan, kne tunggu doktor plak, bile doktor dah tengok die suh buat x-ray, lepas dah buat x-ray, die suruh adik aku masuk bilik rawatan balik. Lepas tu, tunggu doktor cek lagi. Doktor dah datang, die bukan terus cek, die bagi ceramah kejadah tah, lepas tu dekat setengah jam, baru la die tengok hasil xray dan die buat ape yang patut. Mase tu kitorang ingat die dah jahit ke ape, rupenye just cuci gitu jek. Diorang cakap diorang terpakse tahan wad untuk rawatan selanjutnye.

Nak tunggu proses nak masuk wad tu pon satu hal lagi punye lambatnye, adik aku dah keluar bilik rawatan, lepas tu, datang lagi dua orang doktor, nak tengok luke adik aku, ingat kan diorang leh la tengok kan or jahit waktu tu jugak, tapi tetap xboleh, yang doktor nie, datang buat ape?cuci mate ke?tengok-tengok lepas tu blah macam tu jek, ada ke patut. Aku, linda(awek adik aku) & ayah aku nie dari petang tgu, da la aku nie rase macam nak demam, sejuk lagi, dengan xpakai sweater nye lagi, korang bayangkan lah.

Dalam tengah nak bawak dik aku masuk wad tu, aku dah kol mak, and ipin, suh mintak tolong ipin bawak kan mak dan adik aku zaza ke hospital, malam tu jugak. Pukul 10 macam tu ipin ngan mak aku pon sampai. memang lambat betol keje HBS nie. Ayah aku sampai mengamuk-gamuk sebab ape bukan diorang xboleh buat operation tu cepat, lagipon luke die kecik jek kn, tapi ade doktor pakar bedah tu bgtahu, diorang kne dahulukan sesiapa yang luke die lagi dalam, walaupon orang tu datang lambat. ade ke macam tu? buat kan yang tengah tunggu nie mati macam ne?walaupon luke die xbesa?tapi diorang da la kne pose sampai 3 hari, masuk air jek lebih, leh mati macam tu.

Aku dengan semua family aku terpakse berulang alik ke hospital pagi petang siang malam, sebab nak tengok adik aku. Lagi satu kitorang sampai kadang-kadang sampai xmakan satu hari taw. aku nie dah 4 hari dah demam teruk. Hari nie la baru kebah cikit demam aku nie. Tu pon lepas jumpe doktor malam tadi.

Syukur, everything back to normal.


Wednesday, December 8, 2010

Kau Xpaham Bahase ke ape ??

Hi u all !!. Act, semasa aku menulis articel nie ( betol ke aku eja tu, ah, abaikan ) aku tgh bengang gile vavi la. Kalo korang pernah bace articel aku yang sebelom nie, ataw yang xtahu boleh link kat cnie :


Ok, dah bace kan. ha, utk pengetahuan korang mamat nie kacau hidop aku lagi. Tak serik-serik. Xtahu ape die nak.


Aku ingt kan lepas aku dah remove die, lepas tu dah approve die balik skunk, die ok dah, rupenye makin giler plak mamat nie. Semalam aku online facebook, lepas tu, aku chat dengan die dekat fb. Dalam mase chat tu, die merungut dekat aku sebab xnak jumpe die dekat LCCT malam semalam.

Die nak aku jumpe die dekat LCCT, sebab die baru balik dari Sabah, so,sebelum balik ke rumah jumpe anak bini die, die nak jumpe aku lah dulu, kebetulan dah dekat dengan area rumah aku kan. So, aku cakap dengan die cara baik, yang aku xdapat pergi sebab aku keluar dengan ipin. Dan balik pon mungkin dalam pukul 9.00 malam paling awal. Lepas tu, semalam bile aku online fb, chat dgn die. Mesty korang kate aku nie jenis kaki melayan kn, dah tahu xsuke jangan lah layan. Sebenarnye aku ade reason buat semua nie. Before this, aku ingt die baik, so, aku respect die sbgai seorang abg. Lagipon, aku xnak lah bermusuh dengan die nie. And aku pon dah berterus terang dgn die yang aku nie xpernah menyimpan perasaan ape-ape dekat die, dan aku anggap die mcm abg aku. Aku ingat kn die paham, rupenye die nie spesis xphm bahase kot.

Berbalik pada chat semalam. Die merungut dengan aku, die kate aku sombong, xnk jumpe die. So, aku ckp lah aku keluar balik malam. Lepas tu, die seolah-olah, xnak terima kenyataan, die kate die ade dekat area rumah aku sampai malam. So, leh jek la jumpe. Die ingat aku nie jenis yang boleh keluar malam sesuke hati ke?. Aku keluar dengan ipin tu pon, balik lambat pon,paling lmbat pukul 9.00 tu pon mak aku da bising. Amik mase setahun jugak lah ipin nak yakinkan mak dan ayah aku yang die nie leh dipercayai. Inikan plak, nak kua dengan die, dah la laki orang, mak ayah aku xknl plak tu. Wat gilak jek !!.

Lepas aku kate macam tu, die bengang kot. Die start kutuk ipin. Die kate asal mak dan ayah aku percaya sangat dengan die, Muke ipin tu pon bukan leh caye pon, muke jahat jek. Aku pon ape lagi start la aku hangin satu badan. Ade ke patut die cakap macam tu kat ipin. Bagi aku, xsemstynye muke ko orang nampak baik, perangai ko baik jugak. Macam mamat nie lah, muke jek orang nampak baik, tp hati lom tentu lagi, kalo x, xkan die leh cakap macam tu dekat ipin. Walaupon muke ipin tu jahat ke, xhensem ke, tapi sekurang-kurangnye aku knl hati budi die, aku tahu hati budi die macam mane. Bukan macam ko, manusia bertopengkan syaitan.

Dah aku cakap banyak kali, aku xnak jumpe ko or wat ever lah dengan ko, sebab aku xpernah ada hati dekat ko. Aku bahagia dengan hidop aku. Aku xnak jadi perosak rumah tangga orang, meruntuhkan masjid. Tolonglah, jangan lah kacau hidop aku, aku boleh nak berkawan dengan ko, tapi bukan bercinta dengan ko. Walaupon aku xbercinta dan kawen dengan pipin, aku tetap xkan kawen ataw bercinta dengan ko. Harap maaf yer.


p/s : aku ingat lagi pesan cikgu aku, Kalo kite ganggu kebahagian rumah tangga orang, satu hati nanti, rumah tangga kite plak akan dikacau. Aku akan ingat nasihat tu sampai mati.

:: Jadual Harian ::

10 pagi : Bangun pagi, mandi dan breakfast.

11 pagi : online internet dan tido balik (sebab xde nk buat ape-ape + bosan).

2 ptg : Bangun tidor + makan tengah hari.

3 ptg : Online, online, online, online

7 mlm : Tido jap (hujan best tidor )

9 mlm : Bangun tido + makan malam.

10 mlm : Online.

3 pg : Tidor! ( lambat giler aku tidor ).

ha, inilah rutin harian aku SETIAP HARI, diulang sekali lagi SETIAP HARI ok!. Giler bosan kan hidop aku. Nak kerja, xde lagi yang panggil aku utk bekrja. Memang hidop aku sumpah bosan.
Hari-hari rutin harian aku sama dan serupa. Wargh!!, nak nanes laa.

Oklah, bai-bai !!


Tuesday, December 7, 2010

:: Seremban - Melaka ::

Hi pembaca !!.
Seperti yang telah aku janji kat dekat u alloss semua, hari nie aku nak update aktiviti harian aku, senang citer aku keluar dengan pipin hari nie. Seronok sangat !!. Ok2, aku cerita kan satu persatu eh. First hari nie, aku keluar dengan pipin dari rumah dalam pukul 11 macam tu. Then, kitorang terus ke Jusco Seremban 2, plan nak tengok wayang. Disebabkan pipin lom tengok cerita NGANGKUNG, so die nak tengok jugak cerita tu, jadi aku ikut jela kehendak die. Kirenye aku dah tengok cerita nie 2 kali dah lah. Aku nak tengok Harry Potter lambat, petang sangat, xkuase lak aku nak tunggu sampai ke petang dekat Jusco S2 lelama. Kejadah aku nak buat dekat ctu, Pusing-pusing pon, itu jugak. Maleh la. So, tengok jela cerita Ngangkung kali -2.

Habis tengok wayang, terus nak keluar dari Jusco. Lepas tu, mas otw nak keluar tu, kitorang plan-plan lah nak pergi mana plak lepas nie. Tetiba dalam kereta, pipin cakap"JOM PERGI MELAKA". Mak ai, jaoh kot, tetiba plak nak ajak aku keluar Negeri Sembilan nie pekehe?.hehehe. Aku pon set jela kan. Mule-mule aku ingat die ajak-ajak ayam jek, rupenya betol-betol. Dari Jusco, terus jalan nak ke Pekan seremban, lepas tu terus masuk tol. Bia betik?. Pipin cakap " Bosan dah asik-asik Seremban, kali nie kite g Melaka plak".heheh.

Tiba di Melaka, kitorang pusing-pusing Melaka, lepas tu masuk Muzium Samudera yang Kapal Besar tu. Wah!, best wo!, jadi jakun jap aku. hahah. Yela, bayangkan lah, dah berapa lama aku xjejak kaki ke Melaka nie. paling last aku pergi Melaka pon, dengan mak aku, itu pon rombongan kot. Jadi bile rombongan, xsemua tempat lah aku leh pergi, berbanding dengan pergi sendiri kan. Kali nie ape lagi, jangan lah lepas kan peluang kan. Ayuh!, kite melawat Melaka Bandar Bersejarah!.hehehe.

Best gilak!. Seronok sangat keluar dengan Pipin aku hari ni. Lepas tu, balik-balik dari Melaka, die demam pulak. Kesian die. Xtahu nape tetiba leh demam. Selesema, xsedap badan, batuk. Balik dari hantar aku dekat rumah, die balik terus, sampai rumah mandi, makan ubat, terus tido. Aku tahu die penat. Oklah, korang enjoy gambar-gambar nie k :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cibok jek nyonya belakang tu~

A'Famosa

Pipin mempersembahkan !!

Kami~

Senyum ~

Itu sahaja dari aku eh.
Ada masa dan cerita nanty aku update lagi taw.
Daaa..
Adios !

xoxo~

Monday, December 6, 2010

:: saya setuju dengan mak dan ayah saya ::

Hari nie, lepas aku balik dari keluar dengan Haziq tadi, and lepas jek semua baby-baby dan budak-budak yang mak aku jaga balik, aku, mak dan ayah aku duduk la bersantai-santai dekat luar rumah kitorang. Saja nak duduk rehat-rehat sambil borak-borak. Tetiba mak aku buka cerita pasal kes aku bengang dengan c ali (bukan nama sebenar) dan anak die Timah (bukan nama sebenar jugak). Aku bengang dekat diorng pasal sibok sangat aku x kerja lagi. Tension betol.

Mak : c Timah tu mesti xnak tolong ko dah keje kat *** (nama tmpt terpakse di rahsiakan) tu sebab die dah meradang kat ko.

ayah : Ah biar la diorang, kalo die xde pon, bukan kite xleh cari kerja lain.

aku : Tah, bukan nye xde tempat lain kite leh cari kerja. Macam bagus jek, bajet diorang tu besar sangat la kan.

Mak : Tah la, yang ***** nie pon satu, xpatut la cakap macam tu, ko pergi sana hari tu sepattnye diorang yang cari ko, call ko, bukan ko yang kene cari dorang, sbb kite bukan tahu pon pasal tempat2 dekat ctu, ha, kalo nak sangat ko g umh diorang, diorang la yang ptt kol, bukannye ko. Pastu datang cnie nak marah-marah plak. Tah ape-ape tah.

so, kesimpulan di atas segala perbualan kitorang nie, aku memang bersetuju sangat dengan ape yang mak dan ayah aku cakap tu. Lagipon, aku xsuke orang yang spesis2 diorng nie, jenis yang cakap lepas, bajet bagus, sedar-sedar la ckit ada lagi org yang lagi bagus dari korang, kalo korang ingat korang lagi besar ada la yang lebih besar pangkatnye dari korang.


p/s : Hidup nie kadangkala kite di atas, kadang kala kite dibawah. Jadi beringatlah yer. Selamat Beramal!

:: Tomorrow activity ::

Hello readers !.
Act, aku tgh excited nie.
Esok aku jadi keluar dengan pipin!.
Oh yeah!.
Xsabar nak jumpe die esok.
OMG! OMG!, nak pakai baju ap?, tudung ape?..
aku memang giler excited yaw!.
Korang tgu eh next post aku pasal esok taw.

Bai-bai!
xoxo

:: Lcct + PD ::

Hari nie, sebab aku xde nak plan g mana, so aku bangun pagi pon memang xpayah citer la, lambat gilak!. Hahaha. Tak cukup tidor punye pasal, semalam tido pukul 4.30 pagi, so bangun hari nie pon tengah hari. Tak payah tahu la pukul bape, malu la i. hehehe. Tengah-tengah syok tidor, tetiba dapat call dari member aku, haziq, die nak ajak aku pergi LCCT kate nye nak jumpe kawan kitorang sebab die nak berangkat ke Sabah petang tadi. So, aku pon says ok jela, memandangkan aku tak pergi mana-mana and duduk dekat rumah pon agak buhsan kan. Aku pon setuju nak follow die.

Bila aku dah setuju, die pon suh aku bersiap masa tu jugak, sebab die nak amik aku mase tu jugak, and die dah pon on the way. Aku pon daripada tengah mamai-mamai masa tu, terus bangun dari tempat tidor. Aku tanya die dekat mana, die kate nak dekat dah area rumah aku. Mak ai, aku pon terkocoh-kocoh la bangun, ko bayangkan lah masa tu, keadaan aku yang kucar-kacir,bangun, capai tuala, terus mandi. Apa lagi, kelam kabut la aku bersiap kan. Al maklum la aku nie perempuan babe!, paling-paling cepat aku leh siap pon, satu jam taw. Tapi tady di sebabkan haziq dah nk dekat sampai, aku pon capai jek baju, jeans mana yang depan mata aku, aku garb jek.hahaha.

Lepas tu, 10 minit lepas aku dah siap, die pon sampai dah umah aku. Fuhh~. Penat aku berkejar-kejaran taw. Itu pon, aku rase aku dah bersiap paling sempoi sekali dah. Die sampai jek,kitorang terus gerak. Lagipon die kate nak cepat katenye. Ok, Fine!. Gerak ke Lcct terus. Tiba dekat LCCT, ade ke patut haziq nk jumpe c dina, kawan kitorang tu tepi jalan jek, memang xpatut taw. Tapi nak wat cmne, Haziq memang nak cepat masa tu, ada hal lain katenye lah. Jumpe Dina, borak2 jap, itu pon dalam kereta jek adalah dalam 20 minit kot borak ngan die dekat tepi jalan and dalam kereta. Uish, kedengaran kejam plak.Lepas tu, terus gerak nak hantar aku balik.

Tiba plak area F1, dalam plan yang awal tadi, lepas pergi tgk adina dekat LCCT, nak hantar aku balik terus kononye. Alih-alih melencong plak, haziq ajak aku pergi PD, jumpe kawan sekolah kitorang, afiq. Kate haziq, Afiq buat promotian untuk mesin sukida die. Owh, lupe nak cerita, Afiq nie buat biznes air. Alah, yang mesin sukida tu. Kalo sape-sape budak POLI PD, mesty tahu, lagi-lagi yang selalu beli air kat mesin nie. Mesin yang dekat tepi supermarket and kedai topup kat taman poli tu. Seingat aku lah, aku pon xingat dah location mesin tu. Bagi yang bukan student poli PD, mesin yang selalu orang beli air putih tu, lepas tu, ada gambar chef wan.hahaha.Pandai-pandai la korang cari sendiri kn.

Bila sampai area PD, kitorang terus ke Glory Beach Resort, dimana location Afiq and the geng nie melepak. Bila dah sampai, dah parking pon nie, try call bebudak tu, diorang xangkat plak. Haram jadah betol lah. Dan masa tu plak, perut aku dan Haziw dah mintak diisi, so, kitorang pon keluar la, pergi pekan PD plak, cari port nk makan. Bila dah settle makan, kitorang gerak balik ke Glory, jumpe plak dengan diorang nie. Sebelom tu, sempat lagi aku dengan haziq pergi shopping untuk diorang beli makanan2 lah, air lah. dekat bilion.

Dah tu, terus kitorang ke Glory. Bila sampai kat Glory, nak cari diorang yang masalah nie. Call xberjawab, lepas tu penat lah aku dengan Haziq pusing satu swimming pool tu cari diorang alih-alih diorang dah ade dekat dalam bilik tengah beristirehat. Ceit!. Punye la penat aku dengan haziq pusing-pusing. Lama jugak lah melepak dekat Glory tu, tapi aku xde lah naik bilik diorang. Hang gilak ape!. Aku nie kan pmpn, diorang nie laki semuanya. Xnak aku naik, aku rela lagi tunggu dekat taman permainan dekat sana, dari aku naik atas ke bilik diorang tu. Huyai!.

Dah 1/2 jam c Haziq melepak dekat bilik diorang, aku pon dah penat main buaian dekat ctu, aku pon ajak haziq balik. Haziq la yang kena hantar aku balik nilai balik. Sape suh die ajak aku kan.hahaha. Oklah, sampai cnie jela cerita aku. Nie pon dah cukup panjang dah nie. Lain kali aku cerita lagi eh. Bai-bai!!


:: Berita baik ::

Berita baik!, berita baik!..hehehe. Ap la yang berita baik nie, ha nak tahu ape?, hari selasa ni kan cuti, so ipin dah janji nak bawak aku keluar selasa nie. Yeah!, bestnye!. Saya xsabar nak jumpe awak taw. Dah lama kite tak bertentang mata since saya balik dari JB hari tu kn?. Rindu sangat kat awak.

so, plan aku maybe nak ajak die pergi tengok wayang. amacam ada bagus x?. Antare cerita-cerita yang menjadi pilihan aku adalah :

  • Aku Tak Bodoh
  • Rapunzel
  • Harry Potter
  • 2 Alam
So, mana satu yang ok eh, penin jugak aku pikir nie?.

okla, gtg!
bai!


Sunday, December 5, 2010

:: Borink Weekend ::

Hai readers!. Sedar tak sedar dah sekat seminggu jugak aku xupdate blog aku. Bukak-bukak tady dah naik bersawang dah blog aku nie. Ish, kesian kat blog aku nie, terbiar jek ko eh. Tak pe, skunk dah xbersawang dah kan, semuanya dah clean & clear.hehehe. Ok, kali nie aku nak cerita cikit pasal weekend aku yang mmng teramat borink. Sebab aku tak tahu nak update pasal ape kali nie. Kebuntuan idea la.

For 2 days duduk dekat rumah, semalam just keluar pergi balik kampung jumpe atok. Itu pon sekejap jek. Nak lelame pon watpe kan. Lepas tu, saharian xkeluar g mne-mane. Dok rumah jela aku, duduk menghadap lappy nie, online, online, online. Aku rase kalo lappy nie leh bercakap, dah lame die ckp "asyik-asyik muke ko, xde muke orang lain ke nak duduk depan mate aku, SEMAK!". Nak wat cmne wahai lappy ku yang tercinta, ko jela pengganti bf aku sekunk nie. Ko jela yang selalu temankan aku dikala aku duka nestapa.kihkih.

Mesti korang tertanya-tanya nape aku tak keluar datink??kn,kn,kn,?, sebab bf aku bz, kalah PM taw. PM pon ada mase nakk keluar ke sini, ke sunun, die langsung, haram..sedih kan aku. Jadi, aku pon duduk jela rumah, mnghadap lappy nie. haish.

Da la korang aku xtahu nak cerita ape dah. Wa chow dulu. Bai-bai!

Wednesday, December 1, 2010

:: All Blogger::

Kepada semua blogger :

Di atas beberapa kesulitan, saya tidak dapat memfollow anda buat masa nie. Hal ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat saya elakkan. Maaf di atas segala kesulitan ini.


p/s : Nanti bila everything ok, saya pastikan akan memfollow anda ok!

Tuesday, November 30, 2010

:: Keluar Berhibur + TM buduh ::

Hari nie sedang duduk-duduk merehatkan diri, tetiba dapat mesej dari Faridzul, rakan semasa kerja di Concorde Inn dulu. Die ajak aku keluar. Memang aku dah berjanji dengan die nak keluar minggu nie tapi bukan lah hari ni. Die janji nak keluar dengan aku esok. Tetiba die ajak hari nie plak. Mungkin esok die ada hal lain kot. Al maklum la, anak PM.bahahaha. Bz memanjang. So, bile die ajak aku keluar hari nie, aku pon on jela, sebab aku memang xbuat ape kn.hehe.Lagipon buhsan bile dok kat umah kan. Buntu pale otak aku nie.

Around pukul 3, Faridzul datang amik aku dekat rumah. First, kitorang pergi Jusco Seremban 2, cadang-cadang nak tengok Skyline, tapi skyline lambat sangat waktu tayangan die, so kitorang pon decide nak tengok Ngangkung. Best gak cerita tu. Kelakar + seram sebab ada terkejut-terkejut sikit. hihihi. Aku pon pe lagi asik tutup mate jek sepanjang cerita tu.haha.

"TRI-MAS DEKAT FARIDZUL"

bawak saya keluar & belanje saya tadi eh =)

ok, tutup cerita nie. Skunk aku nak cerita pasal TM nie plak. Bila malam jek buat aku bengang dengan service line die nie. Cam haram jadah la weyh. Aku bayar kot tiap2 bulan, cube la bg service terbaik cikit. Bukan nye aku xbayar. Bila call, buat aduan, suruh aku buat dial up, lepas tu, suruh aku cek-cek kalo ada wayar putus la konon. Wayar putus kejadah hang!. Kalo ada wayar putus baik aku repair sendiri, buat ape nak call korang!. Buang karen jak. Bak kate piko : WAYAR BONTOT KORANG KOT YANG PUTUS. Memang hanjing betul la TM nie. Rasa nak call lepas tu maki hamun, lepas tu letak fon. Baru puas hati. Tapi aku nie bukan la spesis orang yang macam tu. Hish. Geram betol!.

p/s : bak kate ayah aku : kalo line die macam nie, cabut semuanya lepas tu, g pejabat TM, balink kat muke diorang. Puas hati.

Monday, November 29, 2010

:: mimpi ::

Pagi nie aku dapat mimpi yang agak buruk jugak la bagi aku. Aku mimpi ipin tidor dengan perempuan lain. Nauzubillah..Terasa takut yang amat sangat. Kenapa aku mimpi bende-bende macam nie?. Nak kate aku selalu fikir yang bukan-bukan pasal ipin, aku rase xde, sebab aku percaya dekat die. Even, sekarang die jaoh dengan aku sebab dekat Pahang ada kenduri kawen makcik die. Tapi aku percaya yang die xbuat perkara-perkara jahat belakang aku. Aku cume pelik nape aku mimpi macam tu. Da 2 kali taw aku mimpi bende yang sama.

Pagi tadi, bangun-bangun jek dari tidur aku mengigil satu badan akibat dapat mimpi tu. Lepas tu, mula la aku menangis da terus call ipin. Masa dekat JB pon, aku pernah mimpi bende yang sama jugak. Mungkin ke aku trauma dengan bende2 nie?sebab ex-boy aku dulu pernah buat perkara yang sama dekat aku. Sejak dari tu aku terus trauma dengan bende-bende nie. Korang bayangkan lah kalo bf korang meniduri perempuan lain?ha cmne?. Sedih weyh, bukan sedih jek, kecewa, marah, semua perasaan ada. Aku pernah rasa so aku tahu perasaan tu.

Ya Allah, jaohkan lah semua nie dari aku dan ipin. Amin~

:: Kerja , kerja, kerja ::

Korang nesti da tahu kn entry aku kali nie nk cerita pasal ape. Yup, pasal kerja. Da agak lama jugak la aku tanam anggur dekat rumah nie, agak2 da boleh buat jual ke lom eh. Penat dow, jadi petani modem yang agak berjaya nie. Macam-macam gak nak kena pk, benih buah, baja, hal-hal pekerja.bahahaha. Yela sangat, memang petani la aku nie kan. Mana ada la weyh, nak tanam lalang pon lom tentu lalang tu tumbuh, silap-silap, aku tanam jek, esok nye, da maty.ha, camno tu?nie kn plak nak tanam anggur. Memang x la kan. Sejak aku duduk dekat rumah nie dan xbekerja sekadar tulun-tulun mak aku jaga baby jek, lama-lama timbul plak perasaan bosan yang teramat sangat dalam diri nie. Yela, bila da lama xpegang duit and dapat beli barang yang kita nak kn?. Asik-asik nak ape-ape mintak mak ngan ayah. Sampai topup pon mintak dgn diorang lagi. Alamak..malu lak ai.

Aku cuba jugak cari lubang-lubang kerja. Setakat nie, satu pon xde yang nk panggil aku kecuali UTM tu. Itu pon interview jek kot. Da banyak da borang-borang, email-email aku hantar. Satu pon xde jawapan lagi setakat nie. Taim aku xnak bekerja tu, banyak jek yang datang. Taim aku nak berkerja nie, hampeh, satu pon xde. Macam boikot aku lak, bila aku reject mana-mana company yang nak interview aku tu. Diorang nie pakat nk boikot aku reramai ke ape nie. Aduish.

Janganlah macam tu weyh.Merajuk lak korang eh..alololo..bucuk-bucuk. Janganlah merajuk eh. Aku hari tu malas ckit nk kerja, tp sekunk aku da nk kerja da, da rajin da nie. Tolong lah, bg aku kerja balik. Tolong la, datang balik segala interview-interview yang aku tolak tu. Aku janji kali nie aku pergi interview korang eh,eh..see-see, aku lama-lama leh jadi giler + sewel weyh klo macam nie. Masing-masing da sibok bertanya"kerja mana?", "Buat ape sekarang?".Aduyai, aku benci soalan tu. huh!. Tolong la weyh, jangan tanya da. Nanty silap-silap aku kerat lidah korang kalo sibok sangat nk tanya pasal kerja. Kalo korang nak sangat aku kerja, ape kate korang cari kn aku kerja, ha?amacam?.weekkk!

da la, da la..malas nk cakap banyak da.

bai-bai.

Sunday, November 28, 2010

:: Kenduri Khatam Ngaji + Balik Kampung ::

Hari nie, memandangkan xde ape nak buat, pagi tadi mak aku ajak kitorang pergi kenduri khatam ngaji dekat area kawasan rumah aku jugak. Lepas tu, kitorang bergerak balik ke kampung. Dekat kenduri tadi, masa kitorang sampai rasa macam kitorang orang yang pertama yang sampai sana. Bapak giler malu. Segan woo. Jap-jap, nie bukan kenduri kawen taw, nie kenduri KHATAM NGAJI. So, kenduri nya mestilah ala kadar jek. Nie x, kenduri die macam kenduri kawen woo. Buang tabiat betol tuan rumah tu. Siap pakai baju sedondon untuk keluarga tuan rumah, mak2, bapak2, anak2, makcik2, pakcik2, tok nenek.hahaha. lawak!

Da la orang pon xramai nak datang. Yela, nie kan kenduri khatam ngaji bukan kenduri kawen. Mestilah xsemeriah kenduri kawen. Nie x, nak jugak buat kenduri nie macam kenduri kawen. Hang gilak apa?. Dashat-dashat..perasan betoi.

Lepas dari kenduri tu, kitorang pon gerak balik ke kampung jap. Saja ziarah atok aku. Tak la lama sangat pon kitorang dekat sana, just sembang-sembang dengan atok n nenek baru aku, g rumah mak ngah aku yang dekat sebelah tu, lepas tu borak-borak jap ngan die. After that, agak-agak macam da xde ape nak buat, kitorang amik jambu plak. Best nye, dapat makan jambu. Bukan senang, bile balik kampung jek, ada buah. Selalunye, taim-taim kitorang balik minggu nie, minggu depan da xde da buah nya. So, semasa ada buah nie, ape lagi, amik la kn. Dapat makan dengan garam ke, petis ke, kicap ke..pehh..masyukk.

Ni ada sikit gambar buat pencuci mata korang k :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
saya!.
otw nak balik kampung.

ayah.

Emak.


saya makan lolipop!.
nak?

ok laa..
bui-bui!

:: The Beatles - Hey Jude (HQ Original Promo) ::


U alloooss pernah x dengar lagu nie?.
Nie lagu faveret aku taw.
Aku shuke sangat lagu ni.
Aku start suke lagu nie since xboy aku dulu pernah nyanyi lagu nie dekat karoke.
Sejak tu, aku terus minat lagu tu sampai sekarang.
Kalau setiap kali karoke, aku mesty nyanyi lagu ni.
Ade lagi satu lagi lagu, Faizal Tahir- Sampai Syurga, lagu nie pon setiap kali aku pergi karoke mesty aku xpernah nk miss untuk nyanyi.
Kira aku boleh hafal da laa, lirik die, tutp mate pon boleh nyanyi bai..hahaha(tipu la tu).
Dua lagu nie, menjadi kenangan aku sampai sekarang. Aku siap jadi kn lagu Hey Jude nie, ringtone untuk HP aku tu..hahaha
punye la suke gilak aku dengan lagu nie.
ok la.
Nanty aku tulis lagi recently xctiviti aku eh..
bai-bai!

Saturday, November 27, 2010

:: Warghh ::

Makkkk ooiii..
boleh giler aku dok rumah nie bhai..
Dari pagi sampai petang aku tak tahu nak buat ape.
dok jek mengadap lappy nie.
dari PAGI sampai PETANG tau x?!..
Boleh jem pale otak ku ini,
ibarat aku nie mcam katak betina yang duduk jek kat bawah tempurung.
Tak reti nak terbalik kn tempurung tu.
Bagi la idea bhai aku nak buat ape nie?
tulun..tulun..

Friday, November 26, 2010

:: OFFICIAL "KURNIA" MUSIC VIDEO - Mizz Nina feat. Noh (Hujan) ::

Dengarkanlah lagu dulu
Tindakanmu itu melulu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci

Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
‘Tuk merubah hatimu

Chorus
Kurnia bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
Kurnia bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan

Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku

Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu

Ulang Chorus

Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu

Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari





:: Bersalah ::

Tetiba rasa bersalah terhadap die.
maaf.
Sengaja buat awak begitu, dan terpakse membohongi awak,
sebab takut awak akan berkecil hati.
maaf.
Sebenarnya, mungkin saya terlalu rindukan awak.

:'(

bai-bai~

:: meminati secara rahsia ::

Korang pernah tak rasa meminati seseorang secara diam-diam?.
eh,eh, chop2, bukan aku laa..entry nie xde kaitan dengan aku ok.
aku cume nak cerita nie sebab ada kawan aku, minat dekat kawan aku yang sorang ni secara diam-diam.hehehe.aku just tolong kenen2 kn jek.
Dua-dua nye baik, so memang sesuai la kn.
Memang aku mengaku la, aku pon pernah minat dekat seseorang secara rahsia jugak.
Bg aku, minat xsemesty nye kite suke, suke xsemestynye kite jatuh cinta.
Kalo korang ada minat dekat sesiapa diam-diam, better bgtahu perasaan korang tu, supaya die tahu akan perasaan korang dekat die.
Xde la nanty korang frust menonggeng bila dapat tahu, die da kne kebas dek orang lain..alahai melepas..
kadang-kadang ada baiknya jugak, bila minat dekat seseorang dalam diam-diam nie, macam pengalaman aku sendiri, aku pernah minat dekat seseorang nie, last-last dapat tahu die nie laki orang.
ha?, nasib la aku xbgtahu die yang aku minat die kalo x??
mak oiii..malu siotttt...pfftt~

ape-ape pon, korang terus kan la mengusha awek or pakwe yang korang minat tu, sebelum nk berterus terang, selidik la dulu, die da kawen ke lom, da ade gf/bf ke lom..taw,taw?jangan tersilap langkah..malu lu nanty..hee~

ok,ingat pesan gua!

bai-bai =)




Thursday, November 25, 2010

Yahoo..da sampai!!

Yahoo..tB baru dah sampai..amik ko!,
tgk la tb puas-puas lepas nie.
kalo xcukup jugak, xtahu la aku..bahahahaha..

bai-bai =)

i try to do my best.

yer, tajuk post kali nie, lebih kurang jek dengan wall post FB aku. Memang, memang aku tengah cuba melakukan yang terbaik untuk AKU dan DIA. Cuba bersabar dengan sesabar-sabarnya demi die. Tapi sampai bila?, sampai bile aku mesty bersabar dan ikut segala kemahuan die, sedangkan perasaan aku di ketepikan macam tu jek, kemahuan aku diendahkan begitu jek. Sedih, penat, sakit, semuanya aku rasa. Aku bukan minta banyak dari die, sikit jek..cume fahami hati aku. itu jek, itu jek yg aku mintak.

sekian.

hurm.

sedih la.

Nak menangis tapi tak keluar air mata.

Wednesday, November 24, 2010

Birthday.

Hari nie hari jadi saya!, terima kasih yang wish HAPPY BIRTHDAY dekat saya yer!, tak kisah la yang wish dekat FB ke, blog ke, yang call aku, yang mesej. Terima kasih sebab u all ingat jugak birthday aku.apa-apa pon :

SELAMAT HARI JADI TO ME!!

*Aku berdoa dan berharap semoga Allah berkati dan rahmati hidup aku.
*semoga aku dapat menjadi orang yang lebih baik dari sebelum nie.
* Semoga Allah memurahkan rezeki aku selalu.
* Semoga aku menjadi anak yang berguna lepas nie.
* AMIN*

Nak sambut??mungkin bukan hari nie kot..sebab masing-masing semua BZ, lagipon aku da besa la nk sambut-sambut *tp dalam hati tu still lagi nak orang sambut birthday aku.hehe*

THANKS AGAIN TO ALL YANG WISH BIRTHDAY SAYA!!

SAYANG KORANG LEBIH!

LEBIU!

XOXO



Tuesday, November 23, 2010

Telekom Malaysia.

Untuk pengetahuan korang line telefon rumah aku rosak sejak aku balik dari JB hari tu. So, ayah aku pon suruh aku wat report dekat TM, pasal kerosakan telefon rumah kitorang nie. Petang esok nya aku terus la buat report dekat TM. Bila aku call, yang jawab dan amik report aku tu lelaki, bila aku da bagitahu die ape masalah aku and after die da amik semua report aku tu, die pon nak buat la rekod tentang masalah aku tu. Masa die nak amik segala data dan nak send out rekod tu, die tanya aku macam-macam soalan, macam sesi suai kenal lak. Antara soalan-soalan yang die tanya:

1) Umur berapa?
2) Duduk mana ?
3) Keje mana?

Lepas da dapat send rekod aduan aku tu, die tanya, nie nom fon aku ke?, aku pon cakap jela yer and terpakse bagtahu name full aku dekat orang yang amik aduan aku tu. Ok, tutup cerita ni. Kesimpulannya, mamat yang amik aduan aku tu xde kacau aku buat-buat miskol ke, buat-buat salah nombor ke kat nom fon aku. So, alhamdullilah.

Pagi nie, orang TM yang lain call aku plak, sebab die nak datang rumah aku nak betulkan la and tengok ape masalah telefon aku nie. orang TM ni datang tengah hari dalam pukul 1 macam tu la. Masa die tengah betol-betolkan tu, aku pon keluar dari bilik aku, sebab ayah aku suruh aku tengok-tengokkan ape yang patut. Mak aku cakap: kau pergi tengok-tengok kan orang tu, mana tahu kang die fed up kunk die terus balik. hahaha. So, aku pon keluar dari bilik. Bila aku keluar dari bilik, aku just usha dari jaoh jela. Malas aku nak pergi dekat ngan die. Masa tu perangai gatal + miang aku pon datang ( ada tanduk dua muncul kat kepala ).hahaha.

Dari belakang aku usha jela mamat tu, sempat lagi aku sok sek sok sek sikit dalam haty :
- macam hensem jek mamat nie dari belakang.

Bila die pusing jek *MAK OIII!, HENSEM NYE MAMAT NIE!!. muahahaha. Aku control-control cikit la beb, xde la aku tunjuk yang aku minat tengok die kan. Malu la weyh. Setengah jam kemudian, die call rumah aku dari mana tah, die nak pastikan yang telefon rumah aku nie da ok ke lom. Bila die call aku yang jawab, masa tu bertubi-tubi la soalan die tanya aku :

mamat TM : Hello, nie rumah Cik Nor Hafizah ke?
aku : yer saya. nie sapa?
mamat TM : saya dari telekom, yang datang rumah awak tadi.Just nak make sure kan, semua nye da ok ke lom?
aku : ooo.. da ok da.
mamat TM : awak nie yang keluar tady tu yer?
aku : aah, nape?
mamat TM : xde ape, muke awak familiar la, macam muke kawan saya.
aku : ooh, yekew..kebetulan je kot (patutla, ko pandang aku 2 kali tady*dlm haty)
mamat TM : umur berape?
aku : 21..nape?
mamat TM : oohh..sebaya la..dulu belajar dekat mana?
aku : POLI PD.
mamat TM : aik, same la kite!
aku : ha?! sama?..awak kos ape?
mamt TM : Meki.
buat ap sekarang?
aku : tengah mencari kerja. awak kos meki kan?knal shauki?
mamt TM : knl kot.
aku : amar?naim?
mamt TM : knal.
aku : ok..bgus laa..hehehe
mamat TM : nom 012-9730___ tu nom awak ke?
aku : aah, nom saya nape?(soalan bodoh)
mamat TM : oohh, leh la msg2 lepas nie..
aku : *gelak..
mamat TM : ok la, semuanya ok kn.
aku : yup2..
mamat TM : ok, bye!

Tak sangke kan, kecik nye dunia nie. Tup, tup jumpe plak mamat yang satu poli dengan aku. Lawak la bile pk kan balik. Betul-betul xsangke. Ok la, nanty kite citer lagi eh. Bai-bai!!